Isnin, 22 April 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Harapan Mat Taib dan ramai lagi terhadap PAS (22/4/13)

Posted: 21 Apr 2013 11:32 PM PDT


Saya baru sahaja mengikuti video klip ucapan Tan Sri Muhammad Taib selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS sebenatar tadi. Saya kira ucapan beliau tidak banyak lari dari ucapan seorang lagi Ketua Bahagian Umno yang pernah menyerahkan borang sama kepada Pesuruhjaya PAS ketika itu sejurus PAS menang melalui PR di Selangor iaitu Kapt (B) Zahar Hashim.
Dan saya percaya begitulah juga harapan mereka yang lain yang menyertai PAS dari zaman ke zaman. Mereka semua mahu lihat Islam dimartabatkan melalui PAS. Mereka yakin hanya PAS yang mampu memperjuangkan Islam di Negara ini.

Bagi Tan Sri contohnya, yang pernah menjadi MB Selangor selama 11 tahun sebelum ini, negeri Selangor ini benar sudah menjadi negeri maju. Kata beliau sampai masanya perubahan dilakukan supaya negeri yang dinamik membangun ini ada pengisian rohnya. Dan roh negeri Selangor ini kata beliau hanya boleh diisi dengan roh ISLAM.
Dan kata beliau lagi tidak ada parti yang mampu mengisi roh ISLAM ini selain parti yang memperjuangkannya iaitu PAS. Beliau mahu melihat PAS nanti, apabila memiliki kuasa, melaksanakan segala arahan dalam al Quran sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Itulah "expectation" atau pengharapan beliau dan saya yakin ratusan ribu malah mencecah juta pengundi yang bakal keluar mengundi PAS terhadap PAS. Para pemimpin PAS memikul amanah besar bagaimana merealisasikan pengharapan Tan Sri dan mereka seumpama beliau.
Kita mahu lihat Islam kembali bersinar sebagaimana yang telah berjaya dibina dan didirikan oleh Rasulullah saw. Sekiranya menang semoga pimpinan PAS memenuhi impian ini yang merupakan doa dan harapan yang hidup dan ramai yang telah mendahului kita dalam perjuangan yang penuh liku dan cabaran ini.

 

 

Bila Aznil Nawawi sokong BN (22/4/13)

Posted: 21 Apr 2013 10:42 PM PDT


Sokongan dan kecenderungan politik adalah hak setiap warganegara. Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi tiada sesiapa sepatutnya dianaktiri, disenarai-hitam atau diapa-apakan lantaran sokongan dan kecenderungan politiknya.
Di Malaysia bagaimana?

Hari ini dalam akhbar The Star pelakon Sazzy Falak dan personaliti TV Aznil Nawawi dilaporkan semalam berkempen di sekitar Pavillion Bukit Bintang, mengedarkan Tshirt dan topi menyokong "Najib for Malaysia", iaitu mempromosi kempen BN.

Apabila Aznil ditanya pemberita tidakkah beliau bimbang yang sokongan terbukanya terhadap BN akan menjejaskan popularitinya dikalangan peminatnya yang pro Pakatan, Aznil berkata:

"Saya mahu diminati lantaran bakat saya. Sekiranya peminat menyokong saya kerana politik, saya merasakan ianya sesuatu yang sempit. Sesiapa sahaja bebas berpandangan."
Turut disumbangkan adalah persembahan dan nyanyian oelh artis-artis lain termasuklah Altimet, Awi Rafael dan Narmi.

Sayangnya padangan Aznil itu rasa saya tidak dikongsi oleh BN. Selama yang kita tahu dasar BN kalau sesiapa yang menyokongnya dan sedia bekerja untuknya, maka selamatlah masa depan orang berkenaan tetapi jika menentang apalagi jadi calon pula macam Dayangku Intan, Aishah dan Herman Tino gelaplah masa depan.
Pada awal zaman reformasi dahulu, seorang petugas RTM pernah tunjukkan pada saya suatu surat pekeliling yang melarang DJ RTM yang bertugas dari memutarkan lagu Allahyarham P.Ramlee "Azizah". Dan pernah juga komposer M.Nasir berhadapan masalah apabila mempertikaikan "Siapa Mahathir" di waktu kepimpinan Dr M dulu.

Sepatutnya semua individu bebas memberi sokongan dan cenderung pada sesiapa yang mereka mahu. Benar biarlah golongan artis contohnya diminati lantaran bakat mereka, begitu juga penulis, sasterawan, doktor, peguam, apa sahaja profesyion.
Jangan nanti kerana mengiringi abangnya semasa hari penamaan calon dua hari lepas, maka Azwan Ali di "gam" pula oleh stesyen TV.

Semoga semua pihak lebih terbuka dan toleran dalam hal ini kerana ia membabitkan hak rakyat. Saya yakin kiranya PR menang Aznil boleh terus berkerjaya di TV.

Tahniah Mat Taib (22/4/13)

Posted: 21 Apr 2013 09:17 PM PDT


Tan Sri Muhammad bin Hj Muhammad Taib dengan rasminya menjadi ahli PAS hari ini, dua hari selepas proses penamaan calon PRU ke 13. Beliau sebelumnya adalah Ketua Umno bahagian Kelana Jaya dan bekas Menteri Besar Selangor, 1986-1997.
Blog ini banyak mengulas berkenaan beliau sebelum ini, ternyata Tan Sri memiliki rekod yang berwarna-warni. Tetapi ditakdirkan Allah swt pada usia 67 tahun Tan Sri memilih menyertai perjuagan menegakkan Islam sebagaimana dipelopori oleh PAS, semoga beliau istiqamah dan membantu menegakkan Islam sebagaimana dasar perjuangan PAS.

Hari ini Tan Sri Muhammad adalah ahli PAS. Mulai hari ini beliau akan mencatitkan rekod sejarah saki baki hidupnya menggalas perjuangan sebagai seorang pejuang Islam. Adapun yang sebelum ini adalah sejarah lampau beliau, sebagaimana manusia biasa kita semua punya sejarah lampau, semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat beliau, dan buat kita terhadap sejarah lampau kita.
Kita mendoakan semoga Tan Sri dapat memberi sumbangan besar terhadap perjuangan Islam ini khasnya dalam tempoh berkempen PRU ke 13 ini.

Tahniah Tan Sri.

Tiada ulasan: