Anak Sungai Derhaka |
Kamalia buktikan dirinya lebih berani dari kebanyakkan pemimpin lelaki UMNO.. Posted: 20 Apr 2013 12:39 AM PDT Tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas membuktikan bahawa beliau sendiri adalah jauh lebih berani dari lain-lain pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan. Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu. Meskipun beliau seorang wanita namun sifat berani yang ditunjukkannya itu sebenarnya meletakkan beberapa orang pemimpin lelaki UMNO menjadi lebih wanita dari dirinya. Beberapa orang lelaki yang menjadi pemimpin UMNO yang namanya tidak tercalon dilaporkan hanya berani menyuarakan kononnya mereka akan tetap bertanding dalam PRU13 ini biarpun sebagai calon Bebas. Malah ada yang dilaporkan menagis teresak-esak di dalam sebuah Masjid setelah selesai solat Jumaat baru-baru ini. Namun bila memikirkan salah laku mereka yang akan dibongkar jika mereka bertindak melawan arahan pimpinan tertinggi UMNO.. Mereka hanya mampu menggigit jari... Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas Gambar-gambar sekitar penamaan calon Parlimen Permatang Pauh sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan