Addin |
- Dr. Juanda Tidak Jadi Calon, Ini Penjelasan Beliau
- Mahasiswa Kena Tipu, Ingatkan Program Komuniti Tapi Jadi pencacai Umno
- Kejutan-Kejutan Hari Penamaan Calon PRU13
- Ustaz Azhar Idrus Gempur Kubur Ali Rustam
- Penyanyi Popular Tentang Noh Omar Di Tanjung Karang
- Rahsia Shafie Afdal Akhirnya Terbongkar
Dr. Juanda Tidak Jadi Calon, Ini Penjelasan Beliau Posted: 20 Apr 2013 04:12 PM PDT BEBERAPA soalan: 1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya? 2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi? 3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku? 1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat. 2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain. 3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini. 4. Kejutan? Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka. Dr Juanda Jaya Mufti Perlis |
Mahasiswa Kena Tipu, Ingatkan Program Komuniti Tapi Jadi pencacai Umno Posted: 20 Apr 2013 08:18 AM PDT SINTOK, 20 April : Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) sebentar tadi telah mendedahkan pentadbiran universiti telah menyediakan enam buah bas untuk ke pusat penamaan calon. Namun, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum itu dimaklumkan bahawa enam buah bas itu akan menyertai sebuah program khidmat komuniti di Sungai Petani dan Ayer hitam. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila enam buah bas berkenaan terus ke pusat penamaan calon serta diberikan baju percuma, makanan percuma dan pelepasan kelas Ko-Kokurikulum bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional. ~king of goblok |
Kejutan-Kejutan Hari Penamaan Calon PRU13 Posted: 20 Apr 2013 07:21 AM PDT JOHOR BARU, 20 April — Beberapa kejutan dapat dilihat ketika hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini apabila beberapa pemimpin sama ada daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dipecat kerana mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Beberapa nama besar daripada BN seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah dilucut jawatan apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Selain itu, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Mohd Shariff Omar juga telah dilucut jawatan apabila bertanding di Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas. Bagi PR, dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini. Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana. Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk memerintah di negara ini. Selain itu, bagi pilihan raya kali ini turut menyaksikan beberapa kerusi Parlimen ditandingi sehingga tujuh calon yang majoritinya adalah mereka daripada calon bebas seperti di Parlimen Kajang. Kejutan juga dapat dilihat apabila calon BN untuk kerusi Pasir Mas Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan sekaligus memberikan penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan pemimpin PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Datuk Seri Ong Tee Keat juga dilihat menarik diri daripada Pilihan Raya 2013, namun meletakkan bekas pembantunya Allan Tan sebagai calon bebas untuk bertanding di kerusi Pandan. Calon bagi kerusi i Parlimen Gelang Patah R. Rajandran yang seharusnya bertanding sebagai calon bebas menarik diri pada saat-saat akhir penamaan calon, yang mana turut memberikan pertandingan satu lawan satu antara menteri besar Johor sementara Datuk Abdul Ghani Othman menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang. Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih 13.3 juta pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia. ~the malaysian insider |
Ustaz Azhar Idrus Gempur Kubur Ali Rustam Posted: 20 Apr 2013 04:52 AM PDT Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus akan berceramah di Kg Bukit Katil malam esok jam 8.00 malam. Program yang sepatutnya berlangsung di Taman Krubong Perdana dipindahkan ke Bukit Katil kerana ada pihak yang menghalangnya. Program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Namun dilhat kehadiran Ustaz Azhar Idrus seolah-olah menggempur kubur Ali Rustam. Yang pasti Ustaz Azhar Idrus adalah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Dijangkakan kali ini Ali Rustam tewas kepada Ketua AMK, Shamsul Iskandar di Parlimen Bukit Katil. Ini kerana DUN Bukit Baru yang berada dalam Parlimen Bukit Katil di jangkakan aka di menangi oleh calon PAS,Dr. Khalid Kassim. Jikalau dilihat dari keputusan PRU 2008 serta komposisi kaum dan mood rakyat yang mahukan perubahan, Parlimen Bukit Katil bakal menjadi kubur buat Ali Rustam. Untuk ceramah UAi, seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir. |
Penyanyi Popular Tentang Noh Omar Di Tanjung Karang Posted: 20 Apr 2013 12:05 AM PDT Lagi ahli Umno bertanding menentang Umno!Jika di parlimen Kuala Kangsar, naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang geram tidak dapat dicalonkan atas tiket Barisan Nasional (BN), seorang lagi personaliti Umno juga bertanding bebas! Penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang BEKAS penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman. Keputusan mengejut Herman untuk bertanding adalah dipercayai kerana Noh agal memainkan perana sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal.Herman ketika ditemui berkata, walaupun kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno, ia tidak menjadi penghalang buatnya bertanding bagi memastikan suara penduduk tempatan didengar di parlimen. Ini sekaligus memberi tamparan hebat terhadap peliang Noh untuk mempertahankan kerusinya kerana sudah pasti sekali lagi undi kepada BN akan terpecah dua, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di parlimen itu.Ia juga mencerahkan peluang PAS untuk merampas kerusi di kubu kuat Umno itu walaupun berdepan laluan sukar kerana jentera pilihanraya yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat. Difahamkan Herman akan memulakan kempennya petang ini juga bagi bertemu seberapa ramai penduduk yang majoritinya berketurunan Jawa di parlimen itu.Herman ditemani penyokongnya berarak ke pusat penamaan calon di pekan Tanjong Karang dengan disaksikan penyokong BN dan Pakatan Rakyat. |
Rahsia Shafie Afdal Akhirnya Terbongkar Posted: 19 Apr 2013 10:19 PM PDT Keputusan Perdana Menteri untuk mencalonkan adik salah Naib Presiden UMNO, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, 'Banduan Politik' yang digantung keahlian selama satu penggal kerana politik wang menunjukkan Tranformasi Politik yang cuba dibawanya gagal diserlahkan. Amat malang bagi demokrasi di Silam kerana Najib tidak tegas dengan keputusannya untuk memilih sekurang-kurang AJK UMNO Bahagian sebagai Pra-syarat untuk dipilih sebagai calon kerana memilih Yusof yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Bahagian atau UMNO; melainkan pelobi projek dan pemburu komisyen 20 % bagi pihak abangnya untuk semua projek mega NKRA. Walaupun ramai calon yang layak, terutama yang berada di luar bahagian setaraf dengan Yusof, seperti Haji Matusin Sunsang, Haji Yusof Serangit; atau dalam bahagian seperti Saleha Abdul Wahid; tetapi kesilapan Najib mendengar 'pujuk rayu' Yusof dan abangnya, Shafie telah menyebabkan DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam berada dalam risiko terlepas kepada pembangkang, terutama PKR. Sekalipun lawan Yusof, Dr Hamid Awong hanyalah pendatang baru dalam politik, tetapi Pfoffesor yang mengukir nama dalam bidang penyelidikan marin di Australia dan Amerika ini mempunyai kekuatan peribadi untuk mendapatkan undi protes daripada Wanita dan golongan yang marah dengan 'Penjajahan Orang Semporna' di Lahad Datu dan Parlimen Silam sejak di zaman Tun Sakaran lagi. Hamid hanya memerlukan sedikit undi daripada ahli UMNO yang kecewa kerana Anak Jati Lahad Datu yang 'Anti-Semporna' bertekad untuk memastikan Yusof kempunan dalam PRU-13 setelah sekian lama politik Lahad Datu di bawah ketiak pemimpin Semporna. Entah badi apa yang menimpa Silam/Lahad Datu sehingga tidak ada anak tempatan yang layak menjadi Ahli Parlimen kerana semua Ahli Parlimen sejak merdeka adalah 'Bidan Terjun' ataupun 'Sehek' dari Semporna. Bermula daripada Dara Lampad (bapa Ketua Wanita UMNO Semporna Hajjah Manismuka); Tun Sakaran Dandai (Semporna); Abdillah Abdul Hamid (Semporna); Datuk Railey Jeffrey (Keeling Island, Cocos); Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman (Semporna); Salleh Kalbi (Semporna) dan baru pertama kali Parlimen Silam diwakili Anak Jati Lahad Datu iaitu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. Tindakan Najib memilih Yusof umpama meletakkan nila setitik ke dalam segelen susu kerana menyebabkan luka lama berdarah kembali dengan dendam kesumat; apatah lagi Yusof turut bersubahat dengan abangnya menaja pembangkang dalam Pilihanraya Kecil Batu Sapi 2010. Walaupun video pengakuan jujur 'mangsa tipu' telah diserahkan kepada Perdana Menteri, namun Najib tetap memilih Yusof dan membuang Salleh Kalbi yang selama ini banyak menaikkan nama BN di Parlimen terutama melancarkan perang psikologi terhadap Anwar Ibrahim. Jika punca utama Salleh Kalbi digugurkan kerana menghadiri dan berucap di Majlis SAPP; apa bezanya dengan Yusof dan abangnya Shafie kerana menaja pembangkang (bukti mencukupi ada pada beberapa orang yang dipercayai turut memiliki Videoklip mangsa). Bagi mengelakkan BN kecundang buat pertama kali di Lahad Datu, ada baiknya Yusof mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada Anak Jati Lahad Datu seperti Ketua Wanita, Ketua Puteri atau Ketua Pemuda? Sebagai pemimpin yang 'dibuang' daripada UMNO melalui Lembaga Disiplin dan tewas pada pemilihan UMNO 2008, Yusof seharusnya sedar diri dan berhenti bermain 'wayang' terutama mimpi lama untuk menjadi Ketua Menteri Sabah setelah abangnya gagal menumpaskan Musa Aman. Masih ada 24 Jam dari sekarang untuk Yusof berundur secara terhormat sebelum dimalukan oleh Anak Jati UMNO yang kini berjinak dengan Dr Hamid Awong dan calon STAR, Ariffin Hamid Marican. ~sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Inexpensive nike oxygen max shoes or boots, diminished nike golf ball running [URL=http://www.okay2shoes.net][b]Wholesale Jordans Shoes[/b][/URL] footwear
Cheap atmosphere utmost 90 permit your every night living pleasureinexpensive air max 90 is constantly on the apr twenty-Five, also also despite the fact that wethersfield people designer l'ensemble des lourigan's man or ladies operate furthermore addresses the particularalphabet, premium:29.The actual inexpensive affordable o2 utmost 90 will certainly get whitened-Colored contrast stitches concerning the ball of the [URL=http://www.okay2shoes.net/nikeairjordanairjordan8-c-1_16.html][b]Cheap Air Jordan 8[/b][/URL] foot, inexpensive nikeshoesthe inexpensive cost-Effective oxygen maximum about it just one may well properly end up being mainly darkish yet could even attribute quite a fewparticular features of each and every single guy or even females red-Colored-Colored-Colored and also vivid incorporated as well.Nike jogging shoes shoelaces and laces and ribbons circles.Once we understand the air circulation only,Http://www.Nikesolds.Com we are going to issue to find out the way knowledgeable recently been made.Of those issue, nike cleared up withbasic phrase: "That that you simply do has been provide the bottoms filled with o2 flow as they are, nike oxygen max sports footwear yet keep apart the top of the a componentinside in the footwear and practice that to mould any evident product into which form".While using dependable elements in order to symbolize complexion along when using thebackbone that belongs toward sneaker resembling the person spine, a low cost nike oxygen utmost last year was centered close to the individual anatomy.Althoughretailers are actually reluctant to investment this kind of nike operating shoes shoe thinking about people of their better architectural as well as for your cause greaterworth label.Http://www.Nikesolds.Com is just one of the organization-New layout of nike o2 max great deal of thought designed by simply way of the calendar year of '09.This nike shoe utilizesthe majority of the actual rejuvenating shoes most recent developments created by nike.Cheap air maximum ninety days the actual o2 max 2009 footwear would certainly consider good thing about greatcomprehending gives together along with smooth to supply most significant cozinessnike air max sports footwear.The key substance is air maximum.The location inside the low-Cost nike air max last year footwear presented inside leather-Based as well as fine mesh area, and alsothe actual high heels amount while using the air-Cushion.That's recognised acquiring a higher-Quality sporting activities and leisure time cheap nike footwear.That performs a good essentialportion inside buffing your foot, safeguard the toes basically, make your living a lot more contentedly, cheap atmosphere maximum ninety days permit your own each evening existence isfull regarding have confidence in and also pleasure.
Catat Ulasan