A Mum Of Three Mohd |
- Perempuan ada telor dijumpai
- Sahhh...!! Katak akan terkubur.
- Kita terpedaya. Kita diperdaya. Hampeehhh...!!
- Weh... Silap besor ler.
Posted: 20 Apr 2013 03:48 AM PDT Jantan tak bertelor banyak terdapat dalam negara kita, tapi.... pompuan ada telor tak pernah kita dengor lagi. Sejak negara dilanda wabak demam pilihan raya... seorang perempuan telah dijumpai dan dikesan ada telor. Hebat... bukan calang-calang pompuan. Berani dan tegas wa cakap lu... Bukan macam Najib Nazak. Kata T-piem.... pompuan ni dipecat tapi macam mana nak pecat kalau dia siang-siang lagi udah letak jawatan. Mengarutler T-piem ni.. Orang udah letak jawatan mana boleh pecat Pak Din. Kang... kata bangang kang marah... Tapi ituler T-piem kita. Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim hari ini bertindak menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding atas tiket bebas. Dia bertindak demikian kerana kecewa dihina jantan tak bertelor apabila dia hanya dipilih untuk jadi calon DUN jek. KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim keluar daripada semangat kesepakatan parti dengan mengemukakan pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Tindakan beliau mendorong tindakan segera Umno untuk memecat keanggotaan Kamilia dalam parti secara automatik. Pemecatan beliau diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di Kuala Kangsar. [ Lagi di sini] Hello... dia tak main ler DUN... DUN... Hahahhaa... lu boleh simpan ler kerusi DUN tu. Orang besor... kerusi pun kena ler glamor sikit. Ini Kamilia Ibrahim, ek... bukan Hamidah Osman, okay?? Kamilia Ibrahim ada harga diri. Hamidah Osman... wallahu'alam. Kerana itu... Parlimen Kuala Kangsar akan menghadapi pertandigan 3 penjuru... BN, PAS dan Kamilia Ibrahim sebagai calon bebas. |
Sahhh...!! Katak akan terkubur. Posted: 19 Apr 2013 09:00 PM PDT Kah kah kah kah.... SAH...!! Katak Pasir Mas sudah hampir pasti akan terkubur di bumi sendiri seperti yang diidam-idamkannyer. PRU 13 ni Pasir Mas akan direbut oleh dua orang calon. Hebat yob... Satu lawan satu!! Sorang katak tua bebas dan sorang muka baru lagi muda. Hahahaha... Brahing Ali akan lawan anak Tok Guru iaitu Nik Abduh dari PAS. Dulu si katak tua bertanding atas tiket PAS tapi sekarang atas tiket bebas. Mungkin calon proksi UMNO kot, memandangkan UMNO tak bertanding pon. Apa-apa pun.. all the best kepada kedua-duannyer tapi doa aku adalah kepada Nik Abduh. Katak bebas boleh mampoh kena 'sembelih' oleh rakyat Pasir Mas. Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan anak Nik Aziz Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan. Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini. Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut. BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin. Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas. Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri. Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.-Mkini |
Kita terpedaya. Kita diperdaya. Hampeehhh...!! Posted: 19 Apr 2013 07:04 PM PDT Isu calon: Jawapan Dr Juanda 20 April 2013 BEBERAPA soalan: 1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya? 2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi? 3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku? 4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok? 1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat. 2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain. 3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini. 4. Kejutan? Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka. Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis |
Posted: 19 Apr 2013 10:31 AM PDT Hindraf dah berjilat balik dengan BN. Hindraf anggap ia sebagai titik bersejarah. Fuuuhhh... Don't play-play beb. Bersejarah wa cakap lu. [Sini dan more di sini] Najib tentu suka amat dengan perkembangan ini, sebab.... Hindraf ini sinonim dengan kaum India. Dalam keadaan BN yang tengah nazak nak mampos, dia mengharapkan sokongan kaum India untuk membantu menyambung hayat kuasanyer. Persoalannyer, apakah kaum India akan terpengaruh dengan langkah yang diambil oleh Hindraf dan bakal memberikan undi mereka kepada BN. Hahahaha.... aku rasa silap besor ler kalau Najib beranggapan sedemikian dan silap besor juga kalau Hindraf fikir ia boleh mempengaruhi kaum India untuk menyokong Najib dan BN Kalau dilihat secara mata kasar, banyak kaum India yang memang sudah getik akan UMNO/BN, especially golongan muda. Mereka kini bijak menilai akan layanan UMNO/BN terhadap kaum India selama 55 tahun UMNO/BN memerintah. Di bawah UMNO/BN... rata-rata masyarakat India masih terpinggir. Jauh ketinggalan dalam arus pembangunan. Yang hidup kaya raya ialah mereka yang terlibat dalam politik negara yang menjadi sekutu kepada UMNO. Sapa..?? MIC ler, sapa lagi. Macam jugak para pemimpin UMNO... MIC pun 2X5. Mereka lebih pentingkan tembolok serta perut mereka saja. India terbanyak... pandai-pandai lu orang ler nak hidup. Setelah dipinggirkan selama 55 tahun UMNO memerintah, Hindraf silap besor ler kerana masih menaruh kepercayaan dan harapan pada UMNO untuk membela kaum India, terutama ketika Najib menjadi kaplanye. Alamat... harapan tinggal harapanler. Hahahaha.... pasti janji dicapati ler!!! Mengapa baru sekarang Najib sibuk nak berbaik dengan Hindraf sedangkan dulu ia dianggap sebagai musuh?? Sebagai politkus oportunis... Najib akan grab apa saja asalkan dapat menyelamatkan 'nyawa'nyer. Pada aku, Hindraf memang bodoh ler untuk merelakan dirinya diperdaya dan diperguna sedemikian. Sepatutnya.... Hindraf all out bersama dengan musuh politik UMNO/BN untuk menguburkan lanun-lanun negara ini. Malangnyer... Hindraf mengambil langkah terkebelakang. Hindraf... melawan arus tsunami yang bakal melanda. Well... what can I say except... lu sukak la!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan