Selasa, 30 April 2013

Addin

Addin


Dalang Sebenar Tragedi 13 Mei Terbongkar..

Posted: 30 Apr 2013 10:37 AM PDT


Dato' Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969.

Lihat video pendedahan oleh Tamrin Ghafar Baba.. saksikanlah!!







Iklan C (ii)

  



Apabila MB Di Panggil Pakcik

Posted: 30 Apr 2013 08:52 AM PDT

"ASSALAMUALAIKUM," laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan.

Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara. Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka.

Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin."Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan," kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: "Hang tau dak saya ni sapa?""Minta maaf pakcik, saya tak tau ...," jawab si anak muda, jujur."Tak pa, hang boleh tanya depa ni," balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.

Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: "Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah."Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya."Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat.

Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik," kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik menteri besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar.

Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong."Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor.

Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu," kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.

"Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq.

Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual," katanya.Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, "mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.

"Selepas makan, saya bertanya kepada setiausaha politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz tak buat kenduri di Alor Setar?Jawab Sanusi: "Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah.

Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang."Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja," katanya.

Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya."Sebagai menteri besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah.

Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya," katanya.Cerita mengenai Ustaz Azizan mengingatkan saya kepada Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, MB Kedah kelapan yang memerintah antara 1999 hingga 2005.Syed Razak adalah contoh pemimpin yang sangat 'down to earth'.

Sudah banyak kali saya lihat sendiri cara Syed Razak berdepan dengan rakyat yang mendorong saya buat kesimpulan, dia pemimpin yang sangat baik, bukan buat-buat baik!Ketika hadir kenduri di sebuah kampung di Kubang Rotan, belum pun kami yang lain sempat keluar dari kereta, dia awal-awal saya lihat sudah menyeberang titi usang untuk ke rumah kenduri di seberang tali air.

Tiba di rumah itu, dia cuba bersalam dengan 100 peratus orang yang ada, tidak kira siapa pun mereka hingga ditegur oleh seorang lelaki, "Datuk tok sah (tak usahlah) dok mai la bersalam dengan kami ni, Datuk tu menteri, kami ni gedohok (pembantu kenduri) saja. Datuk tok sah mai tang ni, sat gi kotoq habih seluaq kasut!"Lalu dijawab oleh Syed Razak: "Hangpa jangan dok kata lagu tu! Tak dak hangpa, tak dak kenduri."Selepas habis bersalam, dia melangkah masuk ke dalam rumah kenduri tanpa sebarang rasa kekok.

Gayanya menunjukkan dia sudah terlalu biasa dengan tuan rumah, orang kampung dan juga keadaan di  rumah itu.Rupa-rupanya Syed Razak mencari seseorang - tuan rumah - yang uzur dan terbaring di katil berhampiran dapur.

Melihat menteri besar datang, lelaki warga emas yang membahasakan dirinya sebagai Pak Long cuba untuk bangun.Ketika tangannya diurut-urut oleh sang menteri, Pak Long berkata: "Pak Long ni sabit (bersebab) tak mengaji (bersekolah tinggi).

Kalau tidak, Pak Long tak biaq kat dia ni (Syed Razak) jadi menteri besaq, Pak Long pun nak jadi (menteri besar) jugak."Kata-kata Pak Long dibalas oleh Syed Razak: "Orang tua ni, dok terkedang (terbaring) atas katil pun nak bercakap politik lagi.

Sudah-sudahlah tu ..."Kami semua tertawa.Apa yang dapat anda simpulkan jika anda berada di tempat saya?Ini satu daripada banyak peristiwa menyentuh hati saya mengenai  kemesraan Syed Razak.Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.

Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang 'down to earth' seperti Syed Razak?Selamat mengundi! ~sinar harian

Manifesto Pakatan Rakyat Di Terima Rakyat.. Ini Buktinya

Posted: 30 Apr 2013 07:37 AM PDT


SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.
Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. ~sinar harian



Iklan C (ii)

  

Faizal Tahir Kena Belasah Pulak Dengan Tun Faisal, Ketua Unit Media Baru BN

Posted: 30 Apr 2013 04:18 AM PDT


Semalam Faizal Tahir telah membelasah  Norman KRU, tetapi hari ini Ketua Unit Media Baru dari Umno BN, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang bestnya adalah jawapan dari Faizal Tahir yang mematahkan hujah Tun Faisal. Saksikanlah printscreen di atas iaitu Tun Faisal membelasah Faizal Tahir.

Manakala di bawah pulak ialah printscreen jawapan dari tweet Faizal Tahir. Jawapan yang meamtikan hujah Tun Faisal. Faizal Tahir... anda memang BERANI..




Iklan C (ii)

  

Ahmad Idham Pula Belasah Norman KRU

Posted: 29 Apr 2013 11:40 PM PDT

PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.


Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.

"Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.


Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.

Pemikiran sempit

Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek. ~mStar



Iklan C (ii)

  

Bukti Terbaru Umno BN Terdesak Pertahan Putrajaya Tersebar

Posted: 29 Apr 2013 07:30 PM PDT

Tak cukup dengan bekas perdana menteri dan bekas timbalan perdana menteri, seorang lagi tokoh besar Umno pun turut tumpang semangkuk, membayangkan bahawa Barisan Nasional (BN) cukup terdesak untuk mempertahankan Putrajaya.

Terbaru, Daim Zainuddin menyelar Pakatan Rakyat sebagai "pakatan keliru" dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "penipu besar" malam tadi, selepas bekas menteri kewangan itu menjadi veteran BN terbaru berkempen di Putrajaya.

Daim berkempen untuk calon BN di Putrajaya itu tiga hari selepas Mahathir Mohamad melakukan perkara serupa.

BN juga menggunakan bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam untuk berkempen menjelang pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.

"Bila nak pilih kerajaan mesti pilih yang baik, bukan yang nak menjahanamkan ... Keliru tak habis-habis, kerana mereka yang keliru. Jangan percaya yang keliru ni, nanti kelak merana," kata Daim di sini merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menuduh Anwar sebagai tidak kompeten semasa menjadi menteri kewangan pada awal 90an, mengatakan Anwar terpaksa merujuk kepadanya hampir setiap hari tentang bagaimana untuk menguruskan kementerian tersebut.

Daim merupakan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 dan Anwar mengambil alih selepas itu. Beliau kembali ke jawatan tersebut pada 1999 selepas kononnya membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997.

Beliau mengatakan Anwar menipu dan menggunakan namanya untuk mendapatkan sokongan ketika mahu merebut jawatan timbalan presiden Umno yang melayakkan beliau untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bercakap kepada hadirin yang kebanyakkannya ahli dan pekerja parti, Daim menggesa penyokong BN di Putrajaya untuk bersatu dalam pilihan raya 5 Mei dan mengundi Adnan untuk mengalahkan calon PAS, Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu.

"Yang boleh menyelesaikan masalah ni cuma Adnan je, dia setiausaha agung Umno ... Presiden Umno pula ialah perdana menteri," katanya.

Daim membuktikan dirinya masih popular apabila ratusan hadirin di Presint 8 di pusat oentadbiran kerajaan persekutuan itu mengejutkannya dengan lagu "Selamat Hari Jadi" awal malam tadi.

Hadirin walau bagaimanapun, sangat kurang daripada ketika Mahathir memberikan ucapan di Presint 9 minggu lepas.

Lebih kurang 15,000 pengundi, kebanyakkannya penjawat awam akan mengundi di Putrajaya yang di lihat sebagai kubu kuat kerajaan.

Sehari sebelum itu pada Ahad, Daim muncul dalam muka depan akhbar harian berbahasa Melayu kawalan rejim Umno, Mingguan Malaysia, di mana beliau menjangkakan kekalahan Pakatan Rakyat.

"Saya melihat pembangkang tidak akan menang kali ini kerana mereka ada banyak perbeaan. Dalam banyak hal mereka gagal berpakat.

"Kita lihat bukan sahaja soal pembahagian kerusi dan calon, ini termasuk perbezaan antara prinsip perjuangan," kata beliau kepada akhbar itu. ~jalan pulang



Iklan C (ii)

  

Laman Web Harakahdaily Kena Godam

Posted: 29 Apr 2013 05:57 PM PDT


Nampaknya Barisan Nasional sudah memulakan taktik kotor mereka dengan cara menggodam laman sesawang rasmi Harakahdaily. 

Laman web yang menjadi lidah rasmi Parti Islam, PAS itu sebentar tadi menyiarkan artikel yang dipercayai bukan ditulis oleh pengendali asal laman web tersebut atau dengan kata lainnya ia telah digodam (hacked).

Harap pihak pengendali laman Harakahdaily segera mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. ~milosuam



Iklan C (ii)

  

Wajib Baca!! Bingkisan Penjawat Awam Di Putrajaya

Posted: 29 Apr 2013 05:48 PM PDT


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini. ~detikdaily



Iklan C (ii)

  


Tiada ulasan: