Telok Bakong Online |
Video Rintihan Rakyat Yang Kecewa Terhadap BN Di Perak Tengah Posted: 30 Apr 2013 06:44 AM PDT | ||||||||||
Posted: 29 Apr 2013 05:06 PM PDT
Mungkin kerana kebernasan jawapan Tuan Guru tersebut,telah menyebabkan Ketua Kampong berasa panas hati menyebab beliau memberi amaran dan ugutan kepada Tuan Guru bahawa beliau tidak lagi dibenarkan mengajar di Masjid berkenaan untuk selama lamanya.Tuan Guru membalas,semuanya didalam perancangan Allah,tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan izin Nya.Apabila timbul kebenaran,segala kebathilan akan lenyap.Insaflah sebelum terlambat,semakin fajar menyinsing..semakin hilang kegelapan malam. Ketua Kampung masih tidak berpuashati.Pada malam harinya,Ketua Kampung telah meminta pendapat semua JKK Masjid yang rata ratanya penyokong UMNO.Hampir semua JKK Masjid telah bersetuju untuk singkirkan Ustaz dari masjid untuk selama lamanya.Cuma seorang JKK telah membantah keputusan tersebut kerana beliau merasakan Ustaz tersebut cuma mahu menyatakan kebenaran dan menyatakan hukum hukum Allah. Menyaksikan peristiwa tersebut sesungguhnya telah memberi hikmah dan kesedaran kepada kaum wanita yang menghadiri kuliah berkenaan.Rata rata telah mempersetujui dengan hujah hujah yang diberikan oleh Tuan Guru.Tindakan Ketua Kampung yang menghalau itu dirasakan adalah untuk melindungi kedudukan dan kepentingannya sahaja,dan bukannya kerana ingin menegakkan Islam.Berdasarkan kesedaran inilah,ada dikalangan muslimah berjanji akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat didalam PRU 13 bagi menjamin kehidupan yang sejahtera dunia dan akhirat. Bagi pihak Pakatan Rakyat,nasib guru agama ini akan dibela.Pengakuan dari salah saorang ahli Jawatan Kuasa Masjid pula berjanji akan melakukan rombakan besar besaran terhadap organisasi masjid yang selama ini dimonopoli oleh ahli UMNO.Selepas 5 hb Mei,Sekiranya ditakdirkan rakyat memberi mandat kepada PR untuk memimpin negeri,Ustaz ini akan dibenar untuk mengajar dimana mana surau dan masjid,dengan tiada halangan.Calun PKR DUN Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim berjanji dan akan berusaha bersungguh sunguh mengalakkan aktiviti dan program yang berunsur keagamaan diadakan didalam DUN Bota.Peristiwa ini telah dimaklumkan kepada beliau.Beliau memandang serius dan akan melakukan tindakan tindakan yang sewajarnya untuk mengangkat kembali syiar Islam seandainya Pakatan Rakyat kembali mentadbir negari Perak . |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan