PENYAPU SIAL |
Posted: 26 Apr 2013 09:39 PM PDT Hishammuddin: Dakwaan saya dan isteri orang bangsawan adalah bodoh KLUANG, 26 April — Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Kerusi Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan beliau dan isteri golongan bangsawan serta tidak bergaul dengan masyarakat setempat sebagai dakwaan bodoh. “Saya katakan dakwaan itu bodoh kerana mereka (yang lemparkan dakwaan) tidak tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dan isteri (Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah) dengan masyarakat di Semberong. “Hanya orang di Semberong sahaja yang tahu,” katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Melayu Batu Empat, Paloh yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh Teo Yap Kun, di sini hari ini. Kata Hishammuddin, hubungan beliau dan isteri dengan penduduk di kawasan Parlimen Semberong adalah seperti sebuah keluarga besar. Dalam pada itu beliau turut meminta pengundi di Johor agar menolak kehadiran orang kuat pembangkang yang mencuba nasib di negeri berkenaan. Jangan bagi peluang mereka bertapak di negeri ini, katanya yang meminta pengundi menggagalkan usaha penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertapak di Johor dengan “menghantar roket ke bulan”. Beliau juga meminta pengundi mengekalkan Johor sebagai kubu kuat Umno dan BN. – Bernama
penyapu sial
bila masakah rakyat sembrong tau...???....yang rakyat sembrong tau dia nie kaki klentong dan kaki tungang arak adalah...!!!! sotong nie faham apa yang dia cakap....selalu memang begitulah cakapnya merapu terkena gas yang di lepaskan oleh bini sepupunya di putrajaya... turun sekali skala di sembrong dah sibuk tidak mengaku dari golongan bangsawan...turun pun cuma nak beli undi ( rasuah ) rakyat sana terutama di musim PRU buat apa..kalau betul prihatin dengan rakyat di sana cuba usahakan bantu rakyat mengurangkan kos dan tekanan hidup dengan penurunan harga minyak dan barangan serta penambahbaikan pendapatan rakyat supaya mampu menampung hidup masa kini hapuskan pptn dan pelbagai cukai serta peningkatan sosio ekonomi rakyat itulah lebih di utamakan dari rhetorik slogan 1 malaysia yang ntah apa apa...dan kebanyakan meniru idea pakatan rakyat...!!!! |
Posted: 26 Apr 2013 09:17 PM PDT Kita menggesa Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan menjadi dalang kepada insiden pencerobohan di Lahad Datu. Sekiranya Ahmad Zahid (gambar) gagal mengemukakan nama-nama berkenaan, ia jelas menunjukkan itu adalah “fitnah” yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Amat mengejutkan Zahid Hamidi gagal memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan liar dan berbahaya itu. Kenyataan itu jelas untuk menyebabkan kemusnahan politik kepada Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.. Semalam, agensi berita nasional Bernama melaporkan Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. “Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah,” katanya. Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut, sebaliknya berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13. Naib Presiden Umno itu juga menegaskan segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya Ia adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan BN menangani insiden Lahad Datu yang berlarutan sehingga beberapa bulan..
penyapu sial
kan kita dah kata...UMNO buat sandiwara dengan kerabat sulu...pakatan rakyat dan rakyat sulu yang tak berdosa jadi mangsa...permainan busuk UMNO yang dah nazak untuk mengekalkan kuasa yang semakin terhakis.. dengan mengaitkan pemimpin pembangkang tujuannya adalah untuk menutupi kejahatan najib dan UMNO yang menjadi dalang pencerobohan rakyat sulu yang di mangsakan...tapi rakyat bukan bodoh untuk menerima bulat2 fitnah..majoriti rakyat sabah tau hal ini di dalangi 300% oleh UMNO
ahmad zahid apco sila jelaskan nama berkenaan ...jika tuduhan tidak benar heret anjing ini kemuka pengadilan... |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan