Khamis, 18 April 2013

Addin

Addin


Rupanya Calon BN Ni Ahli PAS

Posted: 18 Apr 2013 09:00 AM PDT

IPOH - Pas Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon  muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar pada 5 Oktober 2013 dengan nombor ahli 441563.

Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad tidak diketahui Umno Bahagian Tambun sebelum ini dan difahamkan, beliau menyertai Umno secara kebetulan memandangkan beliau adalah menantu bekas Menteri Besar Perak.

"Perkara ini sudah tentu memberi kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana sebelum ini mereka diberitahu latar belakang semua calon telah ditapis.

"Walaupun hanya ahli biasa, beliau (Mohamad Ziad) turut menyumbang tenaga dalam membantu Pas ketika pilihan raya umum 2008," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Negeri Perak, semalam.

Tambahnya, Pas Perak sekadar berkongsi maklumat mengenai latar belakang calon berkenaan dan mengucapkan selamat bertanding kepada Mohamad Ziad pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Mohamad Ziad ketika dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan mengatakan beliau adalah ahli Pas dan menganggapnya satu provokasi daripada pembangkang. ~sinar harian




Iklan C (ii)






Umno BN Makin Nazak.. Lagi Calonnya Tarik Diri

Posted: 18 Apr 2013 07:44 AM PDT

Kurang 24 jam selepas Umno terus menerima tamparan hebat apabila seorang calon yang sudah diberikan watikah perlantikan mengumumkan untuk menarik diri, hari ini nasib malang parti itu berterusan!Jika semalam, calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjung Bidara, Melaka menarik diri, hari ini berjangkit pula ke Negeri Sembilan, salah satu negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, mengesahkan beliau menemui Pengerusi BN negeri, Mohamad Hasan pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.Beliau yakin keputusan menarik diri daripada bertanding itu dibuat untuk kebaikan semua pihak, sekali gus memberi peluang BN menang pada pilihanraya umum kali ini.

"Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol.Sebab itu saya tarik diri kerana tidak mahu melihat perpecahan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini.Sementara itu, Mohamad Hasan, mengakui seorang lagi calon BN di negeri ini berhasrat menarik diri bertanding pada pilihanraya kali ini.

Bagaimanapun, katanya, calon berkenaan dinasihat berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad."Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak."Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di Seremban, hari ini.

Dipercayai Mohd Fadzil tidak diterima oleh penduduk di Johol sejak sekian lama dan perlantikannya hanya akan menyebabkan BN bakal kehilangan kerusi tradisi itu sejak 50 tahun lalu.Difahamkan, lapan pusat daerah mengundi (PDM) menutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa.Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'.

Seramai 120 ahli jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon PAS, Nor Azman Mohamad. 





Iklan C (ii)




Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah Pantai

Posted: 18 Apr 2013 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 APRIL: BN pasti akan 'bungkus' di Parlimen Lembah Pantai apabila Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang terpalit skandal rasuah anaknya diletakkan sebagai calon BN, melawan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ini berikutan pemberian projek kepada anak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu bernilai RM30.8 juta yang tentunya memberi kesan buruk kepada pengundi.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, Siddik Ibrahim berkata, Nong Chik yang masih belum memberi penjelasan berhubung skandal itu hanya akan melingkupkan BN kawasan.

"Peluang untuk KEADILAN menang tetap cerah. Ini kerana isu Nong Chik sampai sekarang belum selesai. Rakyat sekarang celik, mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling.

"Sepatutnya sebelum bertanding, Nong Chik perlu bersihkan nama. Sama-sama kita tunggu BN lingkup kali kedua di Lembah Pantai," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ia bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa.

"Apabila dicalonkan, mana ada masa lagi nak bersihkan nama, Nong Chik hanya akan terus berkempen, dan semua itu akan jadi sia-sia kerana rakyat bukan bodoh untuk menilai," kata Siddik.

Selain skandal itu, Nong Chik juga dilaporkan antara tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia.

Nong Chik disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation.

Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Prof. Dr. Muhaya Bidas Kelucahan Melampau Umno

Posted: 18 Apr 2013 02:03 AM PDT


Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.

Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik. ~harakahdaily



Iklan C (ii)




Lagi Protes Penyokong Umno BN Terhadap Najib

Posted: 18 Apr 2013 01:03 AM PDT


JEMPOL - "Kami bantah pencalonan Datuk Lilah," demikian antara dilaungkan lebih 200 warga Felda Dun Palong yang membantah pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi kerusi Dun Palong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Bantahan aman selama satu jam di padang awam Felda Palong 11 ini turut menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi sepanduk bertulis 'Pulang hak kami', 'jangan khianati kami' dan 'Datuk Lilah perampas'.

Ketua Penerangan Umno cawangan Felda Palong 13, Ab Hamid Talib berkata, penduduk di situ mahu calon Dun Palong terdiri daripada warga Felda, sama ada di kalangan peneroka, penerokawati atau generasi kedua Felda.

"Kita tidak benci Datuk Lilah, malahan sebelum ini pun kita sentiasa sokong beliau. Kami hanya mahu calon warga Felda sendiri, itu sahaja.

"Lagipun sudah menjadi tradisi Adun Palong sebelum ini merupakan orang tempatan iaitu warga Felda sendiri. Bagaimanapun, kita tidak akan sabotaj parti dan akan sentiasa menyokong BN dalam PRU ini.

"Jika calon ini tidak ditukar, maka kita terpaksa jugalah terima, tetapi orang lain (penduduk) saya tidak tahulah bagaimana pilihan mereka," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang anak peneroka, Mohd Rafi Mezali, 36, berkata, sebagai mewakili generasi kedua Felda, dia sebulat suara menolak pencalonan Lilah.

"Pengundi yang menentukan hala tuju Dun Palong, jadi kami mahu suara ini didengar, kami mahu calon daripada anak tempatan, bukannya individu luar," katanya.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Palong Lapan, Zailani Ramli, 45, merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Jempol berkata, tidak mungkin tiada calon yang berwibawa untuk mewakili 16,000 pengundi Dun Palong.

"Ketandusan calonkah kita? Pada pendapat saya, kita tidak ketandusan kerana pemimpin bersilih ganti malahan tidak perlu calon luar yang menjadi wakil Dun Palong," katanya.

Dalam pada itu juga, beberapa peserta bantahan turut bertindak menurunkan bendera BN di sekitar Felda Palong 11, di sini.

Lilah diumumkan bertanding di Dun Palong pada PRU13 setelah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya. ~sinar harian



Iklan C (ii)




Tembelang Tengku Adnan Akhirnya Terbongkar..

Posted: 17 Apr 2013 11:26 PM PDT

Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah. Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.

Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan). Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.

Ku Nan juga pernah mencatatkan kisah pilu buat umat Islam apabila berusaha bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk memeliki saham dalam Bukit Tinggi resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat aktif dalam kegiatan berjudi "mesin".

Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.

Sampai masanya untuk Ku Nan berundur. ~tranungkite



Iklan C (ii)




Akibat Tidak Di Calonkan.. Wanita BN Boikot PRU13?

Posted: 17 Apr 2013 07:14 PM PDT

SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

"Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya.

"Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

"Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

"Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

"Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
"Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

"Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan," katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. ~sinar harian




Iklan C (ii)




Rupanya Ini Punca Zulkifli Nordin Jadi Calon Parlimen Shah Alam

Posted: 17 Apr 2013 07:00 PM PDT


Pelik dan hairan. Zul Nordin ni taraf macai je dalam PERKASA. Ibrahim Ali adalah pengasas serta Presiden PERKASA merangkap orang kesayangan Dr Mahathir Muhammad. Mengapa Zul Nordin pulak yang dapat kerusi tapi Ibrahim Ali tidak?

Sedangkan Zul Nordin adalah liabiliti yang lebih besar berbanding Ibrahim Ali. Sekurang2 nya tiada video jelas Ibrahim Ali memaki dan menista kaum dan agama Hindu.

Pencalonan Zul Nordin bakal menyebabkan undi India kepada BN jatuh dengan menjunam. Ditambah Zul Nordin ahli PERKASA yang dibenci oleh kaum Cina.

Pencalonan Zul Nordin sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat dengan sebegitu besar terutama di kawasan2 campuran. Dan Dato Najib maklum berkaitan perkara ini.

Dan Ibrahim Ali sudah dikenali di kerusi Parlimen Pasir Mas tu sejak zaman berzaman. Ditambah pula Ibrahim Ali adalah penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas. Tiada sebab pencalonan tidak diberikan kepada Ibrahim Ali kerana beliau mampu menawan kembali kerusi tersebut dari PAS.

HABIS TU KENAPA CALONKAN ZUL NORDIN JUGAK? DI SHAH ALAM PULAK TU?

Ramai lupa, sewaktu isu pembunuhan Altantunya berlaku, kedua2 pegawai polis Sirul dan Azilah telah mengambil Zul Nordin sebagai peguam mereka.

Mengikut kawan lawyer Tulang Besi, di dalam simpanan Zul Nordin adalah akuan bersumpah kedua2 anggota polis tersebut.

Tak tau apa kandungan akuan bersumpah mereka, namun kalau sampai boleh bertanding di Shah Alam tu, konfirm la akuan bersumpah tu sangat2 panas bagi orang2 besar BN. ~tulang besi



Iklan C (ii)




Warga Internet Belasah Najib Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 17 Apr 2013 04:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 APRIL: Sempena perdebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Razak yang dijadual berlangsung malam ini, pengguna di laman facebook Ketua Umum KEADILAN dilihat meragui serta memperlekeh keberanian Perdana Menteri untuk hadir. Kira-kira 8,000 pengguna menyukai foto Anwar yang ditandakan 'HADIR' manakala foto Najib pula diletakkan tanda soal. Grafik tersebut dipapar dalam facebook Anwar pada semalam.

Salah seorang pengguna, Tam Sem Hoong yang mengulas foto tersebut menulis, "Najib pun tak berani debat dengan Rosmah (Mansor), macam mana nak debat dengan Anwar".

Tok Ayah Li pula menulis, "Najib mana berani…Cakap berdegar-degar kat TV. Ajak debat takut…".

Seorang lagi pengguna, Zaidi Mahat mengulas, "Penakut.. Mana berani dia datang…Macam inikah sikap ketua BN? Nahaslah rakyat kalau pilih pengecut jadi pemimpin. Kalau perang dia lari dulu…Hampeh!", demikian antara komen yang disusuli 600 ulasan lain.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar mengesahkan kehadiran melalui jadual dan laman facebooknya Isnin lalu yang bertulis 'Saya akan hadir', dan status tersebut mendapat 5,277 jumlah 'LIKE'.

Terbaru, kira-kira jam 6.55 minit petang ini, Anwar sekali lagi mengulangi pemberitahuan akan hadir ke program itu.

"Malam ini selepas acara di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, saya akan ke Desa Pinggiran Putra dekat Putrajaya – ceramah bersama TG Nik Aziz, Dato' Husam dan sdr Borhan Aman Syah," tulis Anwar di facebook.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Najib masih belum memberi sebarang kata putus, malah beliau dilaporkan akan menghadiri program pelancaran manifesto BN di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Dalam perkembangan sama, Bersih dilaporkan akan membuat satu kejutan kepada hadirin jika Najib atau wakilnya gagal hadir.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin pada forum malam ini," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dipetik. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Tiada ulasan: