Muslimeen United |
- '50 tahun jadi kerajaan sudah tahap boleh nyanyuk'
- Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup
- Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan
'50 tahun jadi kerajaan sudah tahap boleh nyanyuk' Posted: 17 Apr 2013 05:30 PM PDT PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN sudah diberi peluang lebih 50 tahun untuk mentadbir negara, namun peluang itu tidak digunakan dengan baik oleh parti itu. Sebaliknya, peluang itu katanya digunakan untuk menindas rakyat dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk mengkayakan segelintir kelompok mereka. Rakyat katanya, boleh menilai beza pentadbiran 50 tahun BN dengan lima tahun di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khsusnya Selangor, Kedah, Pulau Pinang. Penilaian bukan sahaja boleh dilihat kepada bantuan dan isentif yang diberikan kepada rakyat, malah juga ketelusan dan integriti pengurusan sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara. "Lima puluh tahun (BN) tak tahu nak guna peluang, tak tahu nak buat perubahan, maka berlakulah apa berlaku hari ini. "Lima puluh tahun bagi usia satu-satu kerajan sudah sampai pada taraf boleh nyanyuk, dan ini perlu dipulihkan," katanya sambil menyeru rakyat membuat perubahan. Beliau berkata demikian pada ceramah Tawan Putrajaya 2013 di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang. Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan taktik umpanan yang sering dibuat parti pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya. Pelbagai bantuan tersebut ujarnya bersifat sementara dan diumumkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dari segala kepincangan pentadbiran yang berlaku supaya rakyat terus menyokong mereka. "Kita diumpan dengan pelbagai umpan, disogok dengan pelbagai sogokan. Masa nak pilihan raya dia dinaikkan gaji, dinaikkan elaun, lepas pilihan raya dia naikkan harga barang, inflasi tidak terkawal. "Apa maknanya, menandakan mereka tidak boleh mengurus negara dengan baik," katanya lagi. Sementara itu, ceramah Pakatan Rakyat di sini malam tadi adalah yang pertama selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa diisytihar sebagai calon PAS bertanding bagi kerusi Putrajaya. Turut berucap pada ceramah ini termasuk Husam sendiri, calon PAS Sepang Hanipa Maidin serta calon Dengkil Borhan Aman Shah dari PKR. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadual hadir bagaimanapun diumumkan terpaksa membatalkan kehadirannya disaat akhir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Mengulas kehadiran ramai malam tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata ianya mencerminkan semangat prubahan di kalangan rakyat dan beliau melahirkan keyakinan, bahawa tidak mustahil Putrajaya boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat. "Pada asalnya saya nak cakap sikit sahaja, bila tengok ramai ni naik semangat pulak. "Dengan kehadiran ini saya yakin dan percaya, jumlah seramai ini mampu menggerakkan putrajaya," katanya. -Hrkh |
Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup Posted: 17 Apr 2013 05:29 PM PDT Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ. "Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan. Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ. "Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ. "Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau. Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka. Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam. Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN. Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam. "Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -HD |
Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan Posted: 17 Apr 2013 05:28 PM PDT MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini. Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan. Dr Mohd Izani Hussin (kiri) menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat (kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu. Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor. Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding. Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok. Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:- Tumpat Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi Pengkalan Chepa Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru) Kijang – Wan Ubaidah Omar Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah Kota Bharu Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah) Tanjong Mas – Rohani Ibrahim Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru) Pasir Mas Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru) Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru) Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman Rantau Panjang Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff Meranti – Datuk Nasuruddin Daud Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru) Kubang Kerian Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah) Salor – Datuk Husam Musa Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru) Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru) Bachok Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru) Tawang – Ustaz Hassan Mohamood Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru) Jelawat – Abdul Aziz Kadir Ketereh Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru) Kadok – Haji Azamin Mohd Noor Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru) Tanah Merah Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman Pasir Puteh Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah) Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru) Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru) Machang Pulai Chondong – Zulkifli Mamat Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru) Jeli Parlimen – Mohd Apandi Mohamad Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya'kob Kuala Krai Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah). Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah). -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan