Khamis, 18 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah Najib perli Husam..

Posted: 18 Apr 2013 03:37 AM PDT


Tak pasal-pasal dalam pertemuannya dengan Kakitangan Kerajaan di Putrajaya hari ini, Najib menyelar calon PAS bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang merayu undi di sini sejak pencalonannya diumumkan minggu lepas.

"Saya tak lupa jasa penjawat awam ... Kalau sayang saya, tolong saya nanti," kata Najib kepada penjawat awam yang memenuhi auditorium hotel The Everly di sini yang mengangkat sepanduk "Saya Sayang PM" kepadanya.

"Kalau ada sehari dua ni orang turun nak minum teh dengan kita di kantin. Hati-hati lah ya," kata Najib merujuk kepada Husam yang sudah mula mendekati penjawat awam di sini.

"Ini bukan soal dia daripada negeri ambo ... Ini soal masa depan negara kita," kata Najib.

Mungkin Najib dah nampak kot masa dia lintas di Foodcourt Presint 8, P-125 Putrajaya, Husam Musa bersama kakitangan kerajaan ni..


Catatan Husam mengenai pertemuan ini..

Pakcik ini seorang Kakitangan Kerajaan, ketika terserempak dengan saya, beliau terus menyapa dan bersalam kemudian tiba2 menangis dihadapan saya ketika tangan saya masih menggenggam tangan beliau.

Pertemuan bermakna itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau... Banyak masalah beliau luahkan pada saya dan mohon saya bantu beliau dan saya telah berjanji akan bantu selesaikan masalah beliau sebagai saudara sesama Islam dan juga atas dasar kemanusiaan...

Naib Ketua Wanita UMNO pula memberontak!!.. beri kata dua kepada Najib..

Posted: 17 Apr 2013 11:00 PM PDT


Antara kata-kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.."Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

"Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya.

Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa

SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

"Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. "Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat.

Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya.

"Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

"Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

"Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

"Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

"Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

"Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan," katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut ~ Sinar Harian

PANAS!! Dua lagi pemimpin BN Pulau Pinang akan tanding Bebas dan 70% Bilik Gerakan UMNO lumpuh..

Posted: 17 Apr 2013 09:11 PM PDT


Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..

Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak.

Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas.

Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon.

Difahamkan 70% Bilik Gerakan UMNO telah tidak berfungsi berikutan dengan tindakan petugas yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih..

Sumber dari pihak tertinggi UMNO mendedahkan Kawasan Parlimen yang terlibat ialah Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

Dan satu lagi maklumat dari pihak tertinggi UMNO juga mendedahkan sekurang-kurangnya 42 Kawasan Parlimen yang sebelum ini di kuasai oleh UMNO/BN sedang bergolak dan pertempuran sesama sendiri sedang berlaku.. akan didedahkan senarai tersebut nanti..

Protests mount in Penang by disgruntled

BN hopefuls Following the outburst of three BN leaders dropped from the coalition's candidacy list, more Penang divisions are coming out to protest the candidates picked to contest in the 13th general election to be held on May 5.

Two more BN leaders - BN coordinator for Machang Bubuk Ooi Suan Hoe from Gerakan and Penang MIC Youth chief J Dhinagaran - are said to be thinking of resigning from their respective parties and contesting as Independents.

Three protests in Kepala Batas, Seberang Jaya and Bagan Dalam were held yesterday by supporters of Umno leaders who were either dropped or not considered as candidates.

It is learnt that 70 percent of Umno's operations centre around Penang were inactive due to the discontent of party workers as their preferred candidates failed to make it to the list, which was announced in Penang on Tuesday.

According to a highly placed Umno source, the affected centres include those in Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh and Tasek Gelugor parliamentary constituencies.

Ooi declined to confirm when asked about his decision, but sources close to him said he felt the party leadership had been "unfair" to young politicians in the mainland.

"They ignore our hard work and simply parachute their cronies who do not serve the constituency to contest in the coming election," the source told Malaysiakini.

Teng did his best

When contacted, an upset Dhinagaran said he had been offered by certain parties to contest Perai and was in the midst of considering it.

"I am now being pressured by my Youth members who are disappointed with the BN list.

"Some of the candidates put up by the leadership did not even wear the BN shirt for five years (since the 2008 general election), nor did they do any work on the ground, but today they are candidates," the MIC Youth leader said.

However, Dhinagaran, a young businessperson, did not blame state BN chief Teng Chow Yeow for the candidacy list "fiasco".

"He did his best, it is Prime Minister Najib Abdul Razak who should listen to the state chairperson but he did not consider his (Teng's) report, he does not practise his 'Janji Ditepati' promise of selecting winnable candidates".

Meanwhile, Bagan Wanita chief Mugaambigai Singaram claimed residents of Bagan Dalam do not want candidate M Karrupanan, who has been fielded by the party leadership, as they felt division chief Henry Benedict was more suited for the seat.

"The candidate is not a local person and we are not familiar with his work. It took time to build up this division and we put in a lot of effort since 2008," she said.

"Suddenly, they sent someone new here, and the residents say they want to protest against his candidacy and I told them go ahead and express how you feel," she said.

However, she denied that the MIC branch had organised the gathering two days ago.

Candidacy 'fated by God'

Also on Tuesday, about 50 supporters of incumbent Arif Shah Omar Shah held a protest in Seberang Jaya to demand their incumbent assemblyperson be retained as the candidate.


Protester Abd Shaari Che Lah said Arif Shah  had served the constituents for the last two terms and there was no reason to replace him.

"Why change the candidate when the people are satisfied with an elected representative who has been serving the constituents without any complaints," the Taman Mohd Amin Rumah Pangsa Residents Association chairperson said.

They protesters said they do not want to support candidate Mohammad Nasir Abdullah, who they deem "an unknown person and a stranger" there.

When asked about it, Permatang Pauh Umno division head Abdul Jalil Abdul Majid said Mohammad Nasir's candidacy was "fated by God and all party members should accept it", adding they were all God's servants.

"To me, those who do not cooperate with us are not from the same party. Where is their sense of loyalty to the party, religion, race and nation?" asked Abdul Jalil.

Abdul Jalil himself was dropped as a candidate in Permatang Pauh but said he accepted the party decision.

'No factionalism within BN'

Last night, about 30 people turned up for a rally to reject the Umno candidates for Penaga and Bertam.

They wanted the leadership incumbents state opposition leader Azhar Ibrahim and Zabariah Abdul Wahab be allowed to defend their seats.


However the event was cancelled when the protestors, among them NGO members, citing "political interference".

Amidst all these protests, state Gerakan chief Dr Teng Hock Nan said there was no point in arguing the matter when the decision for candidates had already been decided by Najib.

Asked if the state Gerakan list was similar to the one announced, he said "even if different, nothing can be done now as decisions have been made".

"We must look forward and fight the battle. No point to argue who is better and who is not, wait for election result," he said.

Hock Nan denied there was factionalism within the party and that candidates were chosen based on their loyalty to certain leaders.

"I don't know about others but I feel Najib is above that all and has made a wise decision. We have to concur by it.

"We must now support the selected ones. It is unfortunate that seats are limited but hopeful candidates were many." Similarly, other BN leaders such as Peoples' Progressive Party president M Loga Balan said those who protest the list must refrain from being "self-centred".

"For 18 years I didn't get any seats as PPP state chief, but I did not do anything.

"One must be loyal to the party. For those who say they now want to become independent, are not loyal to the party.

"Whatever excuse their give, they are not loyal to the party. They should not question the process of selection because the state chief recommends and Najib decides." ~ Malaysiakini

Hmmm... Macai UMNO tunggu apa lagi??

BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin kata pemimpin MIC

Posted: 17 Apr 2013 10:25 AM PDT


Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan 'PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi ~ The Malaysian Insider 

 

Tiada ulasan: