Addin |
- "Kami Akan Pastikan Calon BN Tewas" - Dato' Seri Shariff Omar
- Belum Pun Penamaan Calon, Calon BN Dah Mula Tarik Diri
- Bongkar!! Calon BN Terlibat Jenayah Wang Haram
- Cerita-Cerita Pemberontakan Umno Di Seluruh Negara.. Saksikanlah!!
- 5 Calon BN Bertanding Guna Ijazah Palsu?
- Gara-Gara Pilih Zulkifli Nordin, BN Shah Alam Tutup Bilik Gerakan?
- Tujuan BN Letakkan Ghani Othman Di Parlimen Gelang Patah Tersebar
"Kami Akan Pastikan Calon BN Tewas" - Dato' Seri Shariff Omar Posted: 17 Apr 2013 09:55 AM PDT TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN). Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa. Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu. Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu. "Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon," ujarnya. "Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya. ~harakahdaily |
Belum Pun Penamaan Calon, Calon BN Dah Mula Tarik Diri Posted: 17 Apr 2013 08:39 AM PDT Belum pun sampai tarikh penamaan calon 20 April ini, Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi khabar buruk, kali ini dari Melaka pula. Maklumat terbaru yang dipetik dari sumber Umno mengesahkan bahawa seorang calon Umno yang diletakkan untuk bertanding kerusi DUN sudah MENARIK DIRI! Calon Umno yang dimaksudkan adalah Ab Karim Sulaiman yang akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara dalam parlimen Masjid Tanah. Menurut sumber, Ab Karim tidak akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya selama dua penggal atas sebab-sebab tertentu yang masih belum diumumkan. Dipercayai ia berkaitan dengan masalah kesihatan selain mahu menumpukan kepada perniagaan yang dibinanya selama ini. Mesyuarat BN sedang berlangsung di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara dan BEKAS ketua menteri, Ali Rustam yang bertanggungjawab sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri nampaknya tidak meneliti terlebih dahulu faktor penting seperti kesihatan sebelum menyenaraikan calon kali ini. Iyalah, bukan setakat kewangan dan populariti yang diutamakan tetapi faktor kesihatan dan tidak muflis juga mesti diambil kira dan Umno negeri semakin tergugat dengan perkembangan terbaru ini. Ini sekaligus membuktikan transformasi yang kononnya dibawa BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya BOHONG belaka! Lain pula ceritanya di Kelantan. Sebaik sahaja Ibrahim Ali disahkan tidak tersenarai dalam senarai calon BN, khidmat pesanan ringkas (SMS) bertebaran memaklumkan ia hanya wayang Umno untuk memujuk rakan-rakannya dalam BN. Menurut sms itu, Ibrahim Ali akan disahkan sebagai calon BN apabila calon BN yang diumumkan, Datuk Johan Che Pa akan ditolak dengan beberapa masalah teknikal. "Ketika itu, bila calon BN tidak sah kerana masalah teknikal, para penyokong BN akan diminta menyokong Ibrahim Ali. "Itulah rancangan Umno, jadi orang-orang Cina dan India dan lain-lain tak boleh kata Ibrahim adalah tajaan Umno," kata SMS itu. Ia disebarkan di merata kawasan bahkan di Pasir Mas sendiri. Sebelum ini, ketika tidak diumumkan sebagai calon, Ibrahim Ali melahirkan rasa kesalnya. Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata tidak mengetahui mengapa dirinya tidak terpilih sebagai calon PRU Barisan Nasional (BN). "Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," katanya dipetik dari laman sesawang Astro Awani. Ekoran itu, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas. PAS Kelantan akan mengumumkan senarai calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN malam ini. Jurucakap Perhubungan PAS negeri berkata, calon-calon tersebut dikenali umum dan sebahagian besar tinggal di kawasan yang akan ditandingi mereka. Katanya, saringan pemilihan calon dilakukan sejak tahun lepas, di mana dikemukakan bermula dari peringkat akar umbi. "Nama-nama tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Machang malam ini. "Program tersebut bermula solat Maghrib, munajat, solat Isya dan kemudian diikuti majlis pengisytiharan calon," katanya di sini. Ceramah perdana pula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Husam Musa, bekas Speaker Dun Kelantan, Nasuruddin Daud dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah. Program tersebut bertema "Kekalkan Kelantan Ubah Putrajaya". Dijangka puluhan ribu rakyat Kelantan bakal membanjir padang Majlis Daerah Machang malam ini, mengulangi sejarah yang pernah dicatat sebelum ini. Sementara itu kemelut dalaman Umno semakin terserlah selepas nama-nama calon diumumkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan semalam. Difahamkan banyak kumpulan yang tidak puas hati dengan calon yang ditampilkan. Mereka sebelum ini dikatakan akan berhimpun di hadapan pejabat Perhubungan Umno Kelantan, namun tidak ramai hadir kerana hujan lebat. Malah suara-suara tidak puas hati mulai kedengaran di Rantau Panjang dan Kubang Kerian apabila ketua bahagian di kawasan tersebut dipinggirkan. Ekoran masalah dalaman tersebut kemungkinan besar calon PAS di Rantau Panjang dan Kubang Kerian tidak berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi tersebut. Di Gua Musang pencalonan semula Tengku Razaleigh Hamzah menyebabkan beberapa anggota jawatankuasa Umno Gua Musang melahirkan rasa tidak puas hati. Malah ada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan. ~jalan pulang |
Bongkar!! Calon BN Terlibat Jenayah Wang Haram Posted: 17 Apr 2013 03:27 AM PDT PETALING JAYA 17 APRIL: KEADILAN mendedahkan penglibatan calon Umno BN di Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed dalam jenayah aliran wang haram RM31 juta yang diperoleh dari Bangladesh antara Ogos 2000 hingga 2004. Naib Presiden, Sivarasa Rasiah berkata, Mohd Zin menerima wang haram itu ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Shah Alam. "Wang haram ini diberikan oleh salah seorang daripada dua rakan kongsinya di Bangladesh iaitu Sheikh Farid Ahmed. Di Bangladesh, Farid dikenali sebagai Manik. "Pada tahun 2000, mereka bertiga menubuhkan Silkways Cargo Services Ltd di Dhaka, Bangladesh dan memujuk syarikat MAS untuk melantik syarikat ini sebagai ejen jualan am MAS di Bangladesh yang mengendalikan hal ehwal tiket dan kargo," jelas Sivarasa. Beliau mendedahkan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Sambung Sivarasa, penghantaran wang haram atau lebih dikenali sebagai 'Hundi' di Bangladesh disedari oleh pemegang sebahagian saham Mohd Zin iaitu Mohamad Tahir Fazal Mohd yang mempunyai sebanyak 24% daripada 49% saham Mohd Zin. "Tahir kemudiannya membuat laporan polis terhadap Farid di Dhaka pada 2007 yang menyebabkan Farid ditahan pada 27 Julai 2007. "Selepas didapati bersalah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. Difahamkan beliau sedang merayu diringankan hukuman," kata Sivarasa yang akan mempertahan kemenangan KEADILAN di Parlimen Subang. Sivarasa mempertikai Mohd Zin yang bukan sahaja masih bebas bahkan dipilih sebagai calon Umno BN di Sepang. "Tahir melaporkan jenayah ini kepada BPR (Badan Pencegah Rasuah kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)) pada 2004 tetapi tiga orang pegawai BPR yang ditemui mendakwa PM (Tun Abdullah Badwi) tidak membenarkan siasatan terhadap Mohd Zin. "Ini isu besar ketika ini kerana laporan SPRM yang dikeluarkan berkaitan calon Umno BN boleh diragui kredibilitinya," kata Sivarasa menambah, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan kes berkenaan segera disiasat. ~keadilandaily |
Cerita-Cerita Pemberontakan Umno Di Seluruh Negara.. Saksikanlah!! Posted: 17 Apr 2013 01:37 AM PDT Meneliti senarai calon yang ditampilkan Umno dan Barisan Nasional (BN) semalam, rupanya protes demi protes terbuka sudah dijangka hampir di seluruh negara. Tindakan Pengerusi BN, Najib Altantuya kononnya hanya akan mengumumkan senarai calon BN enam hari sebelum penamaan calon bagi mengelakkan sabotaj dan protes nampaknya memakan diri. Bukan setakat MCA Wangsa Maju dan Gelang Patah sudah menghentikan gerak kerja kempen, malah ia turut berjangkit dalam Umno sendiri! Mendahului senarai ialah Umno bahagian Shah Alam yang dikatakan hampir 'lumpuh' ekoran perlantikan naib presiden Perk@sa, Zulkifli Noordin sebagai calon BN parlimen majoriti Melayu itu. Setakat ini, lapan bilik gerakan BN di parlimen itu dikhabarkan sudah ditutup sejak petang semalam sebagai tanda protes terhadap pencalonan Zulkifli. Lain pula halnya dengan BEKAS timbalan menteri pertanian, Mohd Shariff Omar yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas menentang calon BN, Shabudin Yahya di parlimen Kepala Batas. Shariff yang dijanjikan oleh BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi bahawa Nor Mohamed Yakcop cuma akan dicalonkan selama dua penggal sebelum diserahkan kembali kepadanya terasa ditipu hidup-hidup. Ramai yang tahu, Shariff rapat dengan Anwar Ibrahim masa dalam Umno dulu, Sharif naik zaman Anwar jadi Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang, cuma lepas Anwar kena pecat, Shariff bernaung bawah payung Abdullah. Shariff, 66, adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1995 hingga 1999 dan sebelum itu, exco kerajaan negeri dari 1982 hingga 1990. Lepas Anwar dipecat, Pak Lah bawa Shariff ke peringkat nasional jadi Timbalan Menteri Perhatian, namun sepak terajang politik Shariff tidak hebat mana di peringkat nasional, pada 2008, beliau tidak dipilih oleh Pak Lah untuk bertanding di Tasek Gelugor diganti dengan Nor Mohamad. Shariff kemudian kalah pertandingan Ketua Umno bahagian dan kini hanya ketua Umno cawangan Pengkalan Haji Hassan. Terbaru, Umno bahagian Sungai Petani pula bergolak sakan setelah nama Dr Shamsul Anuar Ismail diletakkan bertanding di kerusi parlimen itu menentang bekas penyandang dari KEADILAN, Johari Abdul. Dr Shamsul ditolak beberapa pemimpin Umno bahagian kerana mereka mahukan calon pilihan, Shahanim Mohd Yusof sebagai calon mereka. Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan pejabat Umno bahagian dipercayai penyokong Shahanim yang juga naib ketua puteri Umno Malaysia sebagai tanda bantahan. Dipercayai tindakan penyokong Shahanim ini bakal memberi laluan cerah buat Johari untuk mempertahankan kerusinya buat penggal kedua berturut-turut. Demonstrasi aman yang bermula jam 10.45 pagi tadi terus mencalar imej Umno dan BN sekaligus hinggakan kepimpinan Umno bahagian kini dipercayai terpecah dua. Menurut akhbar The Star, penyokong Shahanim yang tidak berpuas hati dengan keputusan Najib Altantuya itu mengugut akan memboikot Dr Shamsul semasa hari penamaan calon 20 April ini. Juga di Kedah, kali ini melibatkan calon BN bagi DUN Ayer Hitam yang juga anak kepada BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad tidak ketinggalan turut menyatakan bantahan aman semalam. ~jalan pulang |
5 Calon BN Bertanding Guna Ijazah Palsu? Posted: 16 Apr 2013 11:00 PM PDT Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan. Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding. Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata. Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi. Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah; 1) P 103 Puchong - A Kohilan Pillay (Gerakan) 2) P 110 Klang - Teh Kim Poo (MCA) 3) N 33 Taman Medan - Ab Wahab Ibrahim (Umno) 4) N 47 Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) 5) N 25 Kajang - Lee Ban Seng (MCA) Menurut Kian Ming, kelima-lima mereka ini tidak mempunyai ijazah yang sah yang dikeluarkan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. A Kohilan Pillay yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Gobind Singh Deo rupanya menerima ijazah sarjana (Master) dalam bidang Commercial and Industrial Economy (sic) dari Pacific Western University di Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai universiti dianggap kilang ijazah palsu (mill degree). Bagi Teh Kim Poo pula, walaupun menjawat jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), rupanya sijil kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari New Port University juga di Amerika Syarikat juga diragui status kesahihannya. Ini kerana menurut bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, pada 2006, universiti berkenaan juga merupakan universiti yang mengeluarkan kilang ijazah palsu seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 2009. Universiti ini jugalah yang mengeluarkan PhD yang diragui kepada BEKAS menteri besar Pelis, Md Isa Sabu pada 2007. Sementara calon BN bagi kerusi DUN Taman Medan, Ab Wahab Ibrahim, yang mendakwa mendapat PhD dalam bidang perkhidmatan awam dari Universiti Antarabangsa Ireland juga diragui kesahihannya. Stesen penyiaran British BBC melaporkan universiti itu mengeluarkan ijazah palsu kerana melanggar peraturan operasi universiti pada 2008. Tidak ketinggalan juga, penggerak syarikat jualan langsung CNI iaitu Ching Eu Boon juga terpalit dengan penipuan ini. Kian Ming dalam siasatannya mendakwa ijazah PhD dalam bidang rangkaian perniagaan (network marketing) dari Universiti Antarabangsa St George dari Amerika Syarikat juga dikesan mengeluarkan kilang ijazah palsu. Bagi calon BN Kajang, Kian Ming mendakwa Lee Ban Seng yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Rutherford (dahulu dikenali dengan nama Senior University International and Stratford International University) juga tergolong dalam kategori yang sama. Jika kesemua mereka yang disenaraikan BN untuk dicalonkan bagi menentang calon Pakatan Rakyat, ini bakal membawa padah terhadap sistem dan kepercayaan wakil rakyat sekaligus imej negara di peringkat antarabangsa seperti Kohilan yang merupakan BEKAS timbalan menteri luar terjejas. Kian Ming juga mencabar kesemua nama yang disenaraikan ini untuk membuktikan bahawa siasatannya tidak benar dan menyeru rakyat supaya menolak calon BN yang menggunakan ijazah palsu semata-mata untuk menjadi terkenal dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga. |
Gara-Gara Pilih Zulkifli Nordin, BN Shah Alam Tutup Bilik Gerakan? Posted: 16 Apr 2013 08:25 PM PDT Khabar gembira buat penyokong Pakatan Rakyat apabila Umno Shah Alam menerima tamparan hebat susulan daripada pengumuman Zulkifli Noordin sebagai calon BN semalam. Dipercayai setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bilik gerakan Umno sudah ditutup sejurus mengetahui Zulkifli dipilih untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad dari PAS. "Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan. Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ. "Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan. "Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid. Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam. ~jalan pulang |
Tujuan BN Letakkan Ghani Othman Di Parlimen Gelang Patah Tersebar Posted: 16 Apr 2013 05:46 PM PDT JOHOR 17 APRIL: Tindakan meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah dipercayai usaha untuk menamatkan karier politiknya, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Faidhi Saidi. Calon Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kedudukan Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah tidak terjamin kerana terpaksa mengharapkan undi Melayu semata-mata. "Melihat situasi politik semasa, undi kaum Cina kepada Pakatan pasti bertambah berbanding PRU 12. "Malah, lawan Ghani ialah Lim Kit Siang yang bukan calang-calang orang. Beliau tokoh politik terkenal," katanya kepada Keadilan Daily. Ghani tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang diwakilinya empat penggal, sebaliknya 'dipaksa' untuk berdepan Kit Siang. Parlimen itu terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676 pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06 peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus). Bagaimanapun, Faidhi berkata, Ghani juga tidak selamat jika kekal bertanding di DUN Serom ekoran kegagalannya menyelesaikan masalah tanah. "Dulu janji selesaikan isu tanah setinggan dan penduduk kampung yang belum ada geran terutama di selatan Johor tapi sudah berbelas tahun, belum selesai. "Jadi ada penolakan dari akar umbi. Kalau tanding DUN pun, belum tentu menang," katanya. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan