AdukaTaruna |
Posted: 16 Apr 2013 06:34 PM PDT Semangat ada. Tapi disalurkan dengan cara yang membazir. Itu pendapat gua. Di Kelantan malah mungkin di mana2 (kecuali tempat gua kawasan bandar); ramai sungguh orang buka pos. Pos ni macam khemah atau port la. Dihiasi dengan bendera2. 1. Apa fungsi post ni selain tempat lepak? Nak kata tempat mesyuarat bukan. Nak kata keselamatan, tak logik. Nak kata pos cantik mampu menambah undi, lagi la tak munasabah. Untuk buat dan hias pos ni, perlukan 5 pekerja. 3 hari. Siap. Ada beribu pos di Kelantan. 5 pekerja darap 3 hari darap 5000, kalau disalurkan tenaga dan semangat ini kepada benda yang sepatutnya, seawal tahun 1990 an lagi, Selatan Thai akan menjadi milik Kelantan. Haha. 2. Replika. Ini lagi gile. Kapal selam ada. Beg tangan Rosmah pun ada. Cantik2 plak tu. Ni kerja 7 orang. 7 hari siap. Malah ada yang sampai bermasam muka pasal nak siapkan benda ni. Cuba tanya berapa orang yang dah lari undi dari BN dengan berhala2 tak berguna tu. Ngaaaa... Tapi sebenarnya seronok gak tengok memember kreatif nih. Kalau gua buat, memang tak sudah siap dah jahanam. Pasal tak sabar. 3. Di negeri2 PAS, kempen dilakukan secara ortodok. Tepek muka TGNA dan TGHA. Pastu cetak mesej. "Undilah PAS". Hahaha. Seb baik banyak kat Kelantan yang ilmu agamanya dah rata. Kalau kat bandar, memang tak berguna langsung. Kita nak undi dasar. Patut cetak logo cabang2 dalam manifesto. Pastu mesejnya Undilah PAS. Ada sejenis billboard di Kelantan. Muka TGNA besar bas. Ayat 7 DOSA besar kereta. Pastu petikan kata2 TGNA besar side mirror. Bersepah billboard ni kat Kelantan. Dia ingat orang naik kereta sempat kot baca petikan kata2 tu. Akhirnya dah jadi 7 DOSA bergambar TGNA. 4. Ada rakan2 yang bila diajak berkerja seperti edar risalah, pidato hit n run, macam2 alasan. Tapi bab eskot orang2 ternama no 1. Semangat lebih. Tapi membazir. Yassin artis tu pun dia eskot. Kah3.. apa bahaya Yassin untuk UMNO pun gua tak tahu. Sedang cuci 7 dosa besar. Apa pun, memang bodoh la orang Kelantan kalau tukar PAS ke UMNO kali nih. |
Aktivis lagi mulia dari ostad. Posted: 16 Apr 2013 05:13 PM PDT Baik punya claim. Aktivis lagi mulia dari ostad. Lama dah gua dah menulis. Banyak kat FB jer. Tapi kali ni gua nak tulis lah. Luahan perasaan. Haha. [1] Kelantan ni boleh dikatakan kerusi selamat untuk PAS. So, berebut2 gua cakap lu. Ada pemuda yang dikatakan takut nak bertanding di kerusi Pasir Mas sebab Ibrahim Ali. Nak letak parlimen lain, calon yang lepas adalah lelaki. Bila lelaki, mereka jenis melawan. Last2, letak kat Rantau Panjang. Sebab calon lepas pompan. Ada harapan tak melawan. Penyokong pompan bangkit menentang plak. Last sekali bila Ibrahim Ali tak dapat jadi calon, kembali semula ke Pasir Mas. Kalau betul, maklumat ni, pening. Kerat kote lah. Penakut. Tahu nak play safe jer. Kalau betul la maklumat tu. [2] Ni ada satu kes kat Bachok plak. Sekor orang tua ni dah lama dah jadi calon PAS. Bila turn nama dia tak dicalonkan, dia bleh plak bertanding bebas. Ak a laaa... Gua ingat dia bertanding bebas sebab tak setuju kerusi bagi kat PKR atau apa. Tapi sebab PAS tukar calon. Sudah2la bai.. kasi orang lain plak la. Tak jadi calon, tak boleh berjuang ke apa? Tu pasal gua cakap, aktivis lagi mulia dari ostad2 ni. Duk barisan depan tanpa parti. Tanpa fikir nak jadi calon. Tapi bila buat ayat claim ni, jadi macam jobo plak. [3] Cikgu Bard pun gua ingat dah kena main dengan Azmin Ali la. Kesian gak gua. Orang jenis yang layak duduk parlimen kena main. Cikgu Bard ni, kalau bertekak kat parlimen, jadi apa2, gua dan geng boleh sampai kat parlimen tu la. Insyaallah. Mula2, nama dia tak tersenarai. Cikgu Bard pun keluar status akan jadi jentera rakyat biasa. Then, Kepala PKR umumkan nama Cikgu Bard di Sungai Acheh. Sebelum PAS umum. Gua pelik. Last sekali, Cikgu Bard dilihat berbalah dengan PAS. PKR meninggalkan Cikgu Bard keseorangan untuk settle sendiri kalau nak kerusi tu. Massa tidak lagi marah PKR. Tapi marah PAS. [4] Apa pun, untuk seketika ni. Untuk kali ni, demi Malaysia Baru, pejam mata lah. Tolak calon bebas. Undi Asal Bukan Cap Dacing. Setiap undi penting demi manjatuhkan UMNO. Selepas tu, barulah demokrasi terbuka. Insyaallah. Di harapan rakyat Malaysia selepas itu akan mengundi idea calon. Bukan jenama. Wallahualam. Ostad Apis cuba memujuk gua supaya tidak bertanding melawan abangnya di Putrajaya. Kah3.. ni keluar gambar ni, tak pasal2 Ostad Apis dan Husam dibabitkan dengan fikrah gua. Padahal dia takda kena-mengena. Ni gambar ketika Pelancaran KEKAL. Pemuda, kalau nak mudah dan selamat dalam berjuang, kerat kote, main masak2 la.. Tak berani kerat, meh gua keratkan. Buang kopiah. Pakai tudung. |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan