Rabu, 17 April 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


zul kolom cari penyakit di shah alam setelah jadi bacul di kulim....kah kah kah....!!!

Posted: 16 Apr 2013 10:27 PM PDT

Kehadiran zul kolom  akan ditolak pengundi Shah Alam kerana tidak mewakili nilai masyarakat kawasan tersebut. ini selepas pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak kelmarin  untuk meletak ahli politik ultra Melayu, kolom dibawah tiket gabungan tersebut pada pilihan raya 5 Mei depan.

Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa kolom adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu..

Kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan bersederhana, dan zol kolom  tidak mewakili nilai-nilai yang mereka pegang.

BN  di kritik kerana meletak calon bebas dan bukannya wakil daripada Umno, dimana ia isyarat jelas BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Calon Umno Datuk Abdul Aziz Shamsuddin tewas kepada Khalid pada tahun 2008 dengan majoriti 9,314.

Sebelum itu, pada tahun 2004 Abdul Aziz menewaskan dengan majoriti 13,410.

Kemasukan kolom (gambar) ke dalam BN bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan sebelum ini mengatakan beliau telah berkempen di kerusi bandar tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kempennya, Zol kolom  menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan anti-Islam kerana membenarkan bukan Muslim untuk menggunakan kalimah suci "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka. Kebanyakkan penganut Muslim di Malaysia mempercayai perkataan arab tersebut hanya ekslusif untuk mereka sahaja.

Sejak 2008, perubahan sokongan di kalangan penduduk Melayu Shah Alam terhadap PR terutamanya tentang pandangan gabungan pembangkang dalam beberapa isu kontroversi termasuk Kristian yang menuntut hak penggunaan kalimah "Allah" bagi merujuk tuhan mereka dimana kebanyakkan rakyat Malaysia mempercayai ia ekslusif untuk masyarakat Muslim...

Zul kolom juga sering menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa dengan kenyataan -kenyataan menyingung yang direkodkan dalam video serta tersebar luar.

Beliau juga mempertikaikan kesucian Sungai Ganges yang juga dikenali sebagai Ganga di India, dimana ia dianggap suci kepada penganut Hindu.

Isu terbaru adalah melibatkan kontroversi yang dilakukan naib presiden Perkasa tersebut yang baru-baru ini melabel masyarakat India sebagai "Keling"

Pengundi Shah Alam terdiri daripada 70 peratus Melayu.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

 

 

penyapu sial

 

pengundi shah alam pasti akan membuat zul terkolom buahnya sendiri...kah kah kah...!!!

tu dia BRIM...barang rosak 1 malaysia....belum apa apa lagi dah terpancut dalam seluar...Lima calon BN Selangor dituduh mempunyai ijazah palsu....kah kah kah

Posted: 16 Apr 2013 10:10 PM PDT

salah seekor  malaun BN yang suka pakai barang barang palsu...

doktor  gigi palsu...siang malam kerja buat  part time  cabut gigi palsu untuk buat banglow  rm 24 juta...!!!

 

Integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor , termasuk seorang timbalan menteri,di persoalkan  setelah di ketahui  “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.

Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim  telah menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.

Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan integriti mereka dipersoalkan.

Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam..

Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, dan  ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.

Jadi kita  menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.

Kita ingin  mengingatkan , Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed  yang  mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.

Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation pada 2008 sebagai palsu...

Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS.

 

 

penyapu sial

 

 

jangan lupa UMNO-BN pun punya seorang doktor gigi palsu siang malam buat OT kununnya nak siapkan banglow RM 24 juta di selangor....kah kah kah

Tiada ulasan: