Khamis, 11 April 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO MEROMPAK MCA?

Posted: 11 Apr 2013 07:30 AM PDT

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

NONESetiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak -  akan "dipinjamkan" kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di  Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

mca member ngo support yew teong look 100413 2Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.

[Baca berita penuh]

ARAHKAN KEKALAHAN?

Posted: 10 Apr 2013 06:14 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan  Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.

"Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, 'tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai," kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak.

Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju.

Bagi parlimen Setiawangsa, PKR mencalonkan anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1973-1983, Ibrahim Tan Sri Yaacob.

Beliau pernah bertanding di parlimen tersebut pada 2008 tetapi tewas kerana terdapat undi pos di kawasan tersebut.

Ibrahim bertugas secara sukarela di pejabat ketua umum sejak enam tahun lalu dan berkelulusan bahagian kewangan dari universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat saham.

Selain itu Anwar mengumumkan bekas menteri Datuk Tan Kee Kwong untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju, menggantikan calon Wee Chee Keong yang keluar daripada parti dan menjadi calon bebas.

Anwar juga mengumumkan Tian Chua mempertahankan kerusi parlimen Batu dan Menteri Besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak.

Ditemui Malaysiakini selepas pengumuman tersebut, Ibrahim berkata beliau yakin untuk merampas kerusi Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, sekiranya beliau dapat mendapat undi tentera sebanyak 5,000 undi, maka beliau yakin kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya, pada pilihan raya umum lalu, undi biasa memihak kepadanya melainkan undi pos sahaja.

"Undi askar ada yang mengundi pos dan ada yang mengundi awal sebagai undi (seperti amalan) biasa. Jadi peluang menang, Insya-Allah kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, peranan lima bekas jeneral tentera yang menyertai Pakatan akan membantu kemenangan beliau dan mereka mula menerima penerangan yang dibuat.

Tiada ulasan: