Senyum Tangis Sendu |
Panas: Inilah Punca Kuliah Azhar Idrus Berpindah Lokasi Posted: 21 Apr 2013 03:39 AM PDT Surat JAIM Rupa-rupanya inilah puncanya kuliah Azahar Idrus di Surau Krubong terpaksa dipindahkan ke lokasi di tanah di Bukit Katil. Jabatan Agama Islam Melaka mempunyai skandal untuk menghalang kuliah tersebut setelah diugut oleh gangster setelah laporan polis dibuat mengenai kewujudan pusat judi haram dan snooker yang dibuat oleh penduduk Taman Krubong Perdana. Walaupun penduduk Taman Krubong Perdana itu telah membuat laporan pada hujung tahun lalu, namun tindakan pengecut jabatan agama dalam membanteras kegiatan judi dan snooker yang melibatkan penduduk yang majoritinya adalah orang Islam. Dendam ini bermula dengan campur tangan pihak yang mahu melindungi pusat judi dan juga mereka yang tidak mahu sebarang aktiviti kuliah agama. Dengan alasan Ustaz Azhar Idrus adalah penceramah luar dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Melaka. Ini merupakan penghinaan kepada mereka yang ingin menyampaikan kuliah tetapi aktiviti judi yang dilaporkan tidak ditangani dengan betul. Laporan polis Berikut ialah premis-premis yang tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa walaupun laporan polis telah dibuat: 1. NO.13 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA 2. NO.19 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA 3. NO.37 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA 4. NO 57 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA Kegiatan itu telah berlanjutan lebih setahun yang lalu dan memorandum mengumpulkan tandatangan seramai 130 penduduk telah dilakukan dan diserahkan kepada pihak yang terbabit: 1. PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA 2. PEJABAT SUK NEGERI MELAKA 3. DATUK BANDAR MBMB 4. KETUA POLIS MELAKA 5. PEJABAT AGAMA NEGERI MELAKA Walaupun telah dibuat laporan ia masih berleuasa. Penduduk taman bimbang berlaku jenayah kecurian dan pecah rumah. Datuk Bandar MBMB juga menyatakan bahawa premis itu tidak mendapat lesen tetapi masih beroperasi. P/s: Patutlah Islam di Melaka mati. Duit zakat pun kena songlap. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan