Isnin, 8 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Nak balas budi kerana kuat menyalak... Wooff... woooff. !!

Posted: 07 Apr 2013 09:00 PM PDT


Maharaja Perkasam nak kempen agar Memanda Menteri Perkasan dicalonkan bertanding atas tiket BN di Pasir Mas. Nak tau kenapa...?? 

Senang nak diperlembukan kot?? Tambahan pulak... si katak yang menjadi Memanda Menteri Perkasam tergedik-gedik nak jadi YB lagi. Jadi... katak diperlembukan pun, tak kisahlah, kan?? Lembu pun lembulah.. janji dapat menyalak. 

Aaaikkk.... lembu pun boleh menyalak?? Ini special punya katak. Dialer katak... dialer lembu dan dialer yang menyalak. 

But too bad... si katak ni dah tak winnable dah. Orang Pasir Mas pun dah getik tengok kelaku si katak 3 in 1 ni.  Chedet yang diangkat menjadi Maharaja Perkasam jerk yang suka. Yang lelain di Pasir Mas kata.. No no no no Brahin Ali, please!!

Kah kah kah kah...

Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Al

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.
"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen. -Mkini

Antara LKS, CSL dan Ghani Osman... siapa tak der TELOR??

Posted: 07 Apr 2013 07:02 PM PDT


Setelah diteliti dengan sehabis teliti... aku rasa yang TAK ber-TELOR ialah si apek Chua Soi Lek. 

Kah kah kah kah... 

Whatever pun dia punyer reason tapi persepsi orang, dia TAKUT nak berdepan dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah. Takut KALAAAAHHH beb!!

Lim Kit Siang.... telornyer maintain intacted. Ghani pulak terpaksa tunjuk dia ada telor. Terpaksa beb... kalau tak, terkubur pulak. Di Johor dia sudah tak bersinar lagi... Jadi untuk terus bersinar, terpaksa ler setuju berdepan dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah. Demi survival.... kena tunjuk ada telor sikit.

Soi Lek enggan berhadapan Kit Siang, kemungkinan besar Ghani, kata sumber BN

 KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Chua Soi Lek telah disuruh untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan tetapi presiden MCA itu menolak tawaran tersebut menyebabkan Barisan Nasional (BN) perlu memikirkan semula calon mereka untuk pertempuran terhangat di negeri Umno, kata sumber dari gabungan pemerintah itu. 

The Malaysian Insider difahamkan, MCA mencadangkan Menteri Besar kerajaan sementara Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk melawan penasihat DAP itu tetapi kemarahan pengundi Melayu dan pengundi Cina yang kuat menyokong pembangkang mungkin akan mengagalkan rancangan itu.

"Sesetengah di bilik perang BN merasakan ianya akan menjadi perlawanan hebat dan Dr Chua cukup kuat untuk berhadapan dengan Kit, akan tetapi presiden MCA itu mengatakan tidak," kata seorang sumber dari BN kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pemimpin pembangkang veteran itu.

Sepenuhnyer di sini.

Tiada ulasan: