Isnin, 8 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Papagomo Akan Kuburkan Anwar di Permatang Pauh...

Posted: 08 Apr 2013 06:51 AM PDT


Ini adalah laporan yang paling menggerunkan buat kebanyakkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..

Malah beberapa Blog macai-macai UMNO telah melaporkan kononya Anwar Ibrahim telah pucat lesi dengan pengumuman PapaGomo ini..

Penulis blog kontroversi Papagomo yang digugurkan daripada perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan rasuah mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untuk menamatkan kerjaya politik Anwar. PDRM pada akhir bulan lalu menjelaskan bahawa Wan Muhammad Azri dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene menjelaskan demikian susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

"Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

"Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos," kata Mortadza dalam kenyataan itu ~ Malaysiakini

Dan berikut adalah jawapan dari beberapa individu yang sempat ditanya pandangan mereka tentang laporan ini..

"APA?? PapaGomo nak lawan Anwar??.. Kah.. Kah.. Kah... "

Jawapan yang diterima dari kebanyakkan yang ditanya adalah hampir sama iaitu.. "Kah.. Kah.. Kah... "

Cuma seorang Pak Cik yang memberikan jawapan yang berbeza.. iaitu "Papa Gomo?.. Hish.. menatang apa pulak tu?"

Bagaimanapun bagi meraikan demokrasi.. Kami ucapkan selamat datang ke Permatang Pauh buat Papa Gomo..

Datangmu tak diundang.. Pergimu tak dihalang.. berhati-hati menyebar fitnah disini.. takut nanti telur tembelang yang melayang..

Media Antarabangsa juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan..

Posted: 08 Apr 2013 02:51 AM PDT


Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Dalam laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Ini sebahagian dari laporannya..

Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's

Malaysian Prime Minister Najib Razak pledged to fight corruption, bring down living costs and build a pan-Borneo expressway if his coalition retains power in elections due in a matter of weeks.

These were all policies mooted by opposition leader Anwar Ibrahim in his manifesto released six weeks earlier than the one Najib's governing National Front unveiled at a weekend rally in Kuala Lumpur. The Election Commission meets this week to set a date for polls after the prime minister dissolved parliament on April 3. .

"They had the benefit of time to study our manifesto over the past month and incorporate some elements," Ong Kian Ming, a political analyst at Kuala Lumpur's UCSI University and an opposition election strategist, said by phone.

"Unlike us, there's nothing in there about electoral reform. That's something a lot of people are concerned about."

In the lead-up to the polls, Najib has boosted government spending, distributed a second round of cash handouts to the poor, and raised salaries of civil servants, police and the military. He also delayed implementing a goods-and-services tax and froze plans to wind back state subsidies on essential items. The manifesto offers increased handouts for the poor, and lowered car costs and broadband fees.

"My sincere apologies to all Malaysians if we have done anything wrong," the prime minister said in a speech at the rally, broadcast live on national television. "At the end of the day, we are ordinary humans. If we are given a strong mandate, I can assure you that we will do better in the next five years."

Housing, Health

Najib promised more specialist graft courts and greater public disclosure of government contracts if the National Front is allowed to extend its 55 years of unbroken rule. Among the pledges are more affordable housing, and improved health care and transportation, including a high-speed rail link between Kuala Lumpur and Singapore.

"A lot of the ideas have already been mooted by the opposition, like lowering car prices, cheaper Internet and a pan-Borneo highway," James Chin, professor of political science at the Malaysian campus of Australia's Monash University, said by phone yesterday. "Najib talked mostly about things that are popular with the people. He didn't give details on macro- economic issues like implementing GST and cutting state subsidies."

Worst Performer

To stay in power, Najib, 59, must see off a resurgent opposition led by Anwar, a former deputy prime minister. Brokerages including Bank of America Merrill Lynch and Citigroup Inc. expect an even closer election result than in 2008, when the National Front retained power by its narrowest margin since Malaysia's independence from Britain in 1957.

The risk of the ruling coalition losing seats in the election has helped make the FTSE Bursa Malaysia KLCI Index Southeast Asia's worst-performing benchmark in 2013. The stock gauge is down 0.3 percent this year, compared with a 14 percent gain in the leading index in Indonesia and a 7 percent increase in Thailand's benchmark gauge.

The KLCI was trading 0.2 percent lower as of 9:58 a.m. in Kuala Lumpur today, while the ringgit was little changed to the dollar at 3.0564.

Najib, who inherited a country in recession when he replaced Abdullah Ahmad Badawi as leader mid-term in 2009, wants a mandate to complete his economic and government reforms started less than three years ago. He's focusing on his track record in boosting investment and improving incomes as he seeks a popular mandate for the first time.


Laporan penuh sila baca di SINI

Video Pejuang Kalimah Allah jerit Bontot! Bontot! Bontot! ketika Al-Quran dibaca tersebar!! .. Saksikan!!

Posted: 08 Apr 2013 12:27 AM PDT


Suatu masa yang lalu.. sebelum Najib mengumumkan pembubaran Parlimen.. Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada ketika itu telah menuntut apa yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO iaitu, kebenaran penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam di Pulau Pinang..

Maka mengelupurlah macai-macai UMNO menentang dan seterusnya mengadakan beberapa siri demonstrasi ke seluruh negara bagi mengutuk tindakan Guan Eng tersebut..

Mereka menggambarkan bahawa Guan Eng adalah seorang yang biadap serta cuba mencetuskan kekecohan dengan membuat tuntutan tersebut..

Bagi mereka.. Kalimah Allah itu adalah hak mutlak bagi agama Islam dan tiada agama lain yang dibenarkan menggunakannya..

Walhal yang membenarkan penggunaan kalimah Allah tersebut adalah seorang pemimpin dari UMNO sendiri, parti yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama Islam di negara ini.. buktinya lihat di ( SINI )

Malangnya dalam mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan agenda memperjuangkan Kalimah Allah tersebut melalui berbagai kaedah antaranya ialah mengedarkan stiker kereta 'Save Kalimah Allah' dan menaikkkan berbagai jenis banner.. mereka membuktikan mereka langsung tidak menghormati ayat-ayat yang Allah telah turunkan buat semua ummat Islam..

Dalam satu siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor baru-baru ini, macai-macai UMNO ini telah menjerit bontot! Bontot! Bontot! setiap kali Datuk Seri Anwar membaca ayat Quran.

SAKSIKAN!!

  

Kononnya merekalah pejuang 'Kalimah Allah'.. tapi dalam masa yang sama mereka juga menghina ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan Allah...

Tidakkah jelas sifat MUNAFIK macai-macai UMNO ini??..

Apa saja yang boleh digunakan untuk memperbodohkan rakyat akan diguna mereka bagi meraih undi..

Jadi jangan biarkan bangsa kita Malaysia terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO.. Undilah siapa saja calon asalkan bukan dari UMNO dan Barisan Nasional!!

Turun Harga Kereta: Bukti jelas Pemimpin UMNO perlu dipimpin.. bukannya Pemimpin..

Posted: 07 Apr 2013 10:14 PM PDT


Laksana lalang yang condongnya berubah mengikut hala tiupan angin, itulah perumpamaan yang sesuai bagi pendirian anak lelaki Mahathir ini.

Jika dulu, bila Rafizi Ramli memperkenalkan agenda untuk menurunkan harga kereta, langkah beliau itu telah dikritik oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dengan berbagai kritikan..

Antaranya sila lihat pada image di ( SINI )

Tetapi apabila Najib menciplak agenda tersebut dan memasukkannya ke dalam Manifesto BN untuk PRU13 ini.. mereka yang dulunya menolak dengan berbagai alasan menyokongnya pula..

Hanya kerana untuk membodek Najib mereka menjilat kembali apa yang mereka telah ludah dulu..

Dalam hal ini anak Mahathir yang dulunya mendakwa agenda yang diperkenalkan oleh Rafizi itu sebagai mengelirukan mendakwa BN mampu menunaikannya..

Faham betul-betul apa maksud ayatnya ini..

"Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, " kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Maksud ayatnya ini ialah, BN akan turunkan harga kereta sekiranya Rakyat memberi mandat sekali lagi kepada BN.

Persoalannya ialah kenapa perlu dijadikan perkara ini sebagai manifesto sedangkan ketika Rafizi memperkenalkannya dulu, UMNO/BN sedang berkuasa?

Sepatutnya mereka melaksanakan perkara tersebut bukannya memperlekehkannya ketika itu..

Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di Kuala Lumpur semalam.

Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama

Apa yang jelas disini ialah.. selain dari budaya bodek.. dalam UMNO hanya ada manusia yang perlu dipimpin untuk menjadi pemimpin.. bukannya pemimpin yang memimpin..

Adakah kita perlukan pemimpin yang dipimpin untuk menjadi pemimpin? atau kita perlu pemimpin yang punya kemampuan untuk memimpin?

Tiada ulasan: