Addin |
- Pengundi Permatang Pauh Pastikan Papagomo Hilang Deposit
- Dr. Juanda Jaya Menghadap Raja Perlis Minta Perkenan Bertanding PRU13?
- SD2 Bala Cukup Bukti Untuk Di Siasat - Musa Hassan
- Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Untuk Hancurkan Anwar Tersebar
- Panas!! Papagomo Mohon Calon Untuk Lawan Anwar Di Permatang Pauh?
- Pesuruhjaya PAS Perlis Umum Tarik Diri
- Senarai Terkini Calon Pakatan Rakyat Untuk PRU13
Pengundi Permatang Pauh Pastikan Papagomo Hilang Deposit Posted: 08 Apr 2013 04:00 PM PDT PERMATANG PAUH 8 APRIL: Hasrat Papagomo bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh akan menjadi mimpi ngeri kerana pengundi Parlimen itu mahu pastikan penulis blog upahan Umno tersebut bakal kehilangan deposit. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Amir Md Ghazali menyifatkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo hanya boneka Umno BN yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN. "Papagomo dari segi moralnya tiada kredibiliti. Dia bekas polis perasuah dan boneka Umno. "Kalau betul dia mahu bertanding, kami di Permatang Pauh akan dedahkan siapa sebenarnya alat Umno ini," kata Amir kepada Keadilan Daily. Polis pada 28 Mac lalu mengesahkan identiti Azri sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah. Mengikut kenyataan media polis, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap. Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan. Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri disabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 November 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah. Dengan rekod ini, Amir yang juga Ketua AMK Negeri percaya pengundi Permatang Pauh teruja mahu mengenali wajah sebenar boneka kebanggaan Umno itu. "Kalau sebelum ini hanya ada laporan TV dan akhbar, di sini (Permatang Pauh), rakyat boleh tengok muka Papagomo yang suka tabur fitnah. Saya pasti beliau akan dimalukan pengundi. "Sekalipun ada orang mahu pilih beliau, saya yakin orang itu berminat dengan politik fitnah dan kotor," kata Amir. Polis dalam kenyataan turut menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara 'panjang lebar' selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis. Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.~keadilandaily |
Dr. Juanda Jaya Menghadap Raja Perlis Minta Perkenan Bertanding PRU13? Posted: 08 Apr 2013 09:00 AM PDT Nampaknya 'kegembiraan' Barisan Nasional (BN) apabila Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim gagal mengumumkan bakal calon parlimen Kangar malam tadi tidak lama. Sebenarnya bukan setakat KEADILAN bermasalah dengan PAS yang juga meletakkan calonnya, rupanya Umno bahagian juga berkeras menolak calon pilihan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya! Malam tadi, Anwar sepatutnya mengumumkan calonnya, bekas mufti Perlis yang berasal dari Sarawak, Juanda Jaya sebagai calonnya tetapi menangguhkannya di saat-saat akhir. Anwar dipercayai mahu Juanda menghadap Raja Perlis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Maka dengan itu, satu pertemuan tertutup diadakan antara Juanda yang menghadap Raja Perlis di Istana Arau selepas Zohor tadi. Pertemuan tersebut kini menjadi tanda tanya dan perkembangannya sedang diperhalusi. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno dijemput ke pertemuan tersebut. Difahamkan isu yang timbul mengenai beberapa maklumat yang terpaksa dirahsiakan buat masa ini. Cuma yang boleh dipastikan, ada perbincangan dan perkembangan terbaru mengenai hasratnya untuk bertanding di parlimen itu. Barangkali Umno menggunakan istana untuk cuba mempengaruhi Juanda supaya tidak bertanding kerana dikatakan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di negeri ini, Juanda bakal dilantik ke jawatan tinggi. Sementara itu, belumpun calon BN disenaraikan, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar. Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Najib Altantuya tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno. Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad. Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan tersebut. "Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya," kata sumber. Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad; Mat Hassan (ADUN Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) turut hadir dalam perhimpunan tersebut. Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib Altantuya mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar. Menurut mereka, Umno dan BN Kangar mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan. Selain Radzi, Kangar turut mempunyai beberapa nama lain yang berwibawa untuk bertanding di Kangar seperti Azam sendiri, Hashim Suboh (bekas Ketua Penerangan Umno Perlis) dan Azihani Ali (Exco Wanita Umno Malaysia) Mat ketika dihubungi hari ini berkata, beliau menghadiri perhimpunan berkenaan. "Perhimpunan tersebut hanya suara ahli Umno bahagian supaya menghormati kehendak Umno Kangar."Keputusan untuk mencalonkan Fathul Bari belum muktamad," katanya. Radzi yang hadir sama dalam perhimpunan itu, bagaimanapun enggan mengulas. Usaha menghubungi Aziz juga tidak tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab. ~jalan pulang |
SD2 Bala Cukup Bukti Untuk Di Siasat - Musa Hassan Posted: 08 Apr 2013 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, siasatan berhubung paksaan mengubah perakuan sumpah pertama (SD1) P Balasubramaniam boleh dibuka semula. Ini kerana pengakuan peguam Americk Singh Sidhu yang diberitahu Cecil Abraham bahawa akuan bersumpah kedua (SD2) untuk bekas penyiasat persendirian itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya rasa ini bukti baru. Sekiranya ada bukti baru bermakna siasatan boleh dibuka semula," kata Musa pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Americk Sidhu Begitu juga katanya jika ada keterangan baru dalam kes berkenaan maka perlu siasatan. "Saya nyatakan, kalau ada keterangan baru mesti ada siasatan. Kalau siasatan dah ditutup, (ia) perlu dibuka semula. "Terpulang kepada polis atau pun Jabatan Peguam Negara," kata Musa. Americk, bekas peguam kepada mendiang Bala mendedahkan SD kedua untuk bekas penyiasat persendirian itu adalah atas arahan Perdana Menteri, Najib Razak. Pengakuan itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Peguam Malaysia (Bar Malaysia) di Kuala Lumpur 16 Mac lalu. Perkembangan tersebut disambut Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar. Katanya, siasatan akan dibuka semula terhadap dakwaan bahawa Bala dipaksa membuat SD palsu jika terdapat bukti baru. Bagaimanapun, sehingga hari ini tidak ada tindakan dari PDRM mahu pun Jabatan Peguam Negara. ~keadilandaily |
Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Untuk Hancurkan Anwar Tersebar Posted: 08 Apr 2013 03:02 AM PDT Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan. Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012 Tarikh: 15 Disember 2012 Masa: 8.30 malam Tempat: Bilik Operasi Senarai Kehadiran Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi Abdul Rahman Karimun Raja Arif Kamaruddin Osman Abdul Majid Rahiman Salleh Majid Hj Daud Syed Abul Hussin Syed Kismas Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha 1.Ucapan Pengerusi Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan. Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013. 2. Perkara-perkara berbangkit. Datuk Dr Sidek Baba Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti. Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama. En Osman Abdul Majid En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai. En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan. En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat. En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri. Syed Abul Hussin Syed Kismas Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus. Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand 4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri. Raja Ariff Kamaruddin YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka. YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja. YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum. 3. Lain-lain hal Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang. Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013 Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013. Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara. Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek. Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita. Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili. Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya. Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal'As. ~wargamarhaen |
Panas!! Papagomo Mohon Calon Untuk Lawan Anwar Di Permatang Pauh? Posted: 07 Apr 2013 10:46 PM PDT Blogger Lucah 1Malaysia PapaGomo semalam tido awal sebab hari ini dia akan ke SPR untuk memohon menjadi CALON untuk Parlimen Permatang Pauh menentang Anwar Ibrahim. Dan nampaknya dia dah memang nak bertanding.. Tunjuk hebat. Aku mendapat maklumat bahawa Papagomo dan Team Nadi Rakyat yang terdiri dari Pas Beruk, Azmy Awang, Suara Dari Bumi, Afiq KL Town dan beberapa blogger2 lucah 1Malaysia akan ke Pejabat SPR Putrajaya pada jam 2.00 petang ini untuk mengambil borang pencalonan PRU13. Yang akan hadir itu adalah PAPAGOMO juga dikenali sebagai WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS. Papagomo akan menjadi CALON BEBAS yang ditugaskan untuk memecah undi Pakatan Rakyat Permatang Pauh dan dia akan bawa nama PAPAGOMO vs PAPAHOMO. Apa punya nama lah, langsung xde imej politik! Memalukan!!! ~erapasca |
Pesuruhjaya PAS Perlis Umum Tarik Diri Posted: 07 Apr 2013 08:09 PM PDT Sah Pesuruhjaya Pas Perlis, Ust Hashim Jasin tidak bertanding kali ini.Beliau mengumumkan penarikan diri dari bertanding pada PRU 13 semasa berceramah Jelajah Merdeka Rakyat Perlis malam tadi. "Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding pada PRU13" kata Ustaz Hashim Jasin. Saya menarik diri kali ini bukan kerana saya ada salah laku, bukan kerana ditekan atau bukan kerana tidak di pilih oleh pimpinan Pas pusat ,tetapi saya dengan rela hati memberi laluan kepada muka baru bertanding pada kali ini. Dengan nada merendah diri Ustaz Hasim berkata beliau memohon maaf kepada semua penyokong baik kawan atau lawan kerana sebagai manusia beliau tak lari dari melakukan kesilapan. Ustaz Hashim memegang tiga penggal sebagai adun Sanglang semenjak pru 1999.Pada tahun 1988 menang pilihan raya kecil Arau dengan mendapat undi 12,864 mengalahkan calon BN. |
Senarai Terkini Calon Pakatan Rakyat Untuk PRU13 Posted: 07 Apr 2013 05:45 PM PDT Selepas pengumuman terbaru oleh Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim malam tadi, berikut merupakan senarai terkini calon-calon yang sudah disahkan bertanding dalam pilihanraya umum tidak lama lagi. Anwar mengumumkan seorang jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (gambar, baju kuning) diletakkan sebagai calon KEADILAN bagi mempertahankan kerusi parlimen Merbok. Pengumuman dibuat sendiri Anwar pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok kira-kira jam 11.10 malam tadi. Penyandang kerusi itu, Rashid Din dijangka bertanding di salah satu kerusi DUN di Kedah. Dalam pilihanraya umum lalu, Rashid memperoleh 25,541 undi, menewaskan Tajul Urus Mat Zain yang juga ketua Umno bahagian yang mendapat 22,443 undi. Dengan pengumuman Anwar, maka lengkap sudah kesemua calon KEADILAN yang akan bertanding di negeri ini kecuali parlimen Langkawi. Bagi calon parlimen Kangar, ia masih dalam peringkat rundingan antara PAS dan KEADILAN, walaupun dua nama sudah disenarai pendek iaitu Juanda Jaya (KEADILAN) dan Baharuddin Ahmad (PAS). Ia juga melibatkan perkembangan terbaru di Kelantan di mana bekas ADUN Bunut Payong, Takiyuddin Hassan kini dikatakan akan dicalonkan bertanding di parlimen Kota Bharu menggantikan penyandang, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Sekiranya perkembangan ini benar, Takiyudin dijangka akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Fatmi Che Salleh yang merupakan ketua Umno bahagian. Dalam perkembangan sama, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dijangka akan mengumumkan calon bagi kerusi parlimen Bakri dan Kulai hari ini. Bekas ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dijangka kekal dicalonkan sekali lagi manakala calon bagi kerusi parlimen Kulai dijangka akan diisi oleh penyelaras kempen DAP negeri, Yeo Tung Siong. Sementara kerusi parlimen Seputeh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyaksikan penyandangnya, Teresa Kok Suh Sim bakal digantikan dengan pengarah MERAP, Ong Kian Ming kerana DAP meminta Teresa yang juga bos DAP Selangor kekal di DUN Kinrara bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri ini. Inilah senarai calon Pakatan Rakyat terbaru setelah dikemaskini setakat jam 6.45 pagi tadi. SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 08 Apr 2013 - 0645 hrs) Perlis Indera Kayangan (3 kerusi) P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS) P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS) Kedah Darul Aman (15 kerusi) P 004 - Langkawi - TBC P 005 - Jerlun - TBC P 006 - Kubang Pasu - TBC P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang) P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang) P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN) P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN) P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS) P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang) P 013 - Sik - TBC P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN) P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang) P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS) P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang) Kelantan Darul Naim (14 kerusi) P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang) P 020 - Pengkalan Chepa - TBC P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan) P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan) P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan) P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS) P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS) P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan) P 027 - Tanah Merah - Dr Nik Saidina Nik Omar (PAS - belum disahkan) P 028 - Pasir Puteh - TBC P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan) P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan) P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang) P 032 - Gua Musang - TBC Terengganu Darul Iman (8 kerusi) P 033 - Besut - TBC P 034 - Setiu - TBC P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS) P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS - belum disahkan) P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang) P 038 - Hulu Terengganu - TBC P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) P 040 - Kemaman - Azan Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Indera Mahkota - belum diumumkan) Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi) P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) P 042 - Tasek Gelugor - TBC P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang) P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang) P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang) P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti) P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus - belum disahkan) P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan) P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang) P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang) P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak) P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN) Perak Darul Ridzuan (24 kerusi) P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan) P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan) P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS) P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang) P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN) P 059 - Bukit Gantang - TBC P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang) P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN) P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang) P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan) P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan) P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan) P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan) P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong) P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang) P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS) P 070 - Kampar - TBC P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang) P 072 - Tapah - TBC P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN) P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN) P 075 - Bagan Datoh - TBC P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang) P 077 - Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan) Pahang Darul Makmur (14 kerusi) P 078 - Cameron Highlands - TBC P 079 - Lipis - TBC P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP) P 081 - Jerantut - TBC P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN) P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang) P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN) P 085 - Pekan - Mohamad Bukhairy Sofian (Gerakan Mahasiswa 13, dengan keizinan Pakatan Rakyat) P 086 - Maran - TBC P 087 - Kuala Krau - TBC P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS) P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) P 090 - Bera - Zakaria Abdul Hamid (KEADILAN - belum disahkan) P 091 - Rompin - TBC Selangor Darul Ehsan (26 kerusi) P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN) P 093 - Sungai Besar - TBC P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan) P 095 - Tanjong Karang - TBC P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang) P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang) P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang) P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang) P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) P 101 - Hulu Langat - TBC P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang) P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang) P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan) P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang) P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang) P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang) P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang) P 109 - Kapar - TBC P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang) P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang) P 112 - Kuala Langat - TBC P 113 - Sepang - TBC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi) P 114 - Kepong - TBC P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang) P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN) P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang) P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN) P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS) P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang) P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang) P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan) P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang) P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 125 - Putrajaya - Husam Musa (kekal bertanding di DUN Salor - belum diumumkan) P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN - belum disahkan) Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi) P 126 - Jelebu -TBC P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang) P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan) P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang) P 131 - Rembau - TBC P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan) P 133 - Tampin - TBC Melaka Darul Azim (6 kerusi) P 134 - Masjid Tanah - TBC P 135 - Alor Gajah - TBC P 136 - Tangga Batu - TBC P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN) P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang) P 139 - Jasin - TBC Johor Darul Takzim (26 kerusi) P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN - belum disahkan) P 141 - Sekijang - TBC P 142 - Labis - TBC P 143 - Pagoh -TBC P 144 - Ledang - TBC P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang - belum diumumkan) P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN) P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan) P 148 - Ayer Hitam - TBC P 149 - Sri Gading - TBC P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN) P 151 - Simpang Renggam - TBC P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera) P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN) P 154 - Mersing - TBC P 155 - Tenggara - TBC P 156 - Kota Tinggi - TBC P 157 - Pengerang - TBC P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN) P 159 - Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (KEADILAN) P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN) P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian) P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur) P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan) P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan) P 165 - Tanjong Piai - TBC Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi) P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN) P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN) P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN - belum disahkan) P 170 - Tuaran - Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN) P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan) P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang) P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan) P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan) P 175 - Papar - TBC P 176 - Kimanis -TBC P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN) P 178 - Sipitang - TBC P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN) P 180 - Keningau - TBC P 181 - Tenom - TBC P 182 - Pensiangan - TBC P 183 - Beluran - TBC P 184 - Libaran - TBC P 185 - Batu Sapi - TBC P 186 - Sandakan - TBC P 187 - Kinabatangan - TBC P 188 - Silam - TBC P 189 - Semporna - TBC P 190 - Tawau - TBC P 191 - Kalabakan - TBC Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi) P 192 - Mas Gading - TBC P 193 - Santubong - TBC P 194 - Petra Jaya - TBC P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa) P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan) P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN) P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN) P 199 - Serian - TBC P 200 - Batang Sadong - TBC P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN) P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN) P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN) P 204 - Betong - TBC P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian) P 206 - Tanjong Manis - TBC P 207 - Igan - TBC P 208 - Sarikei - TBC P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN) P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN) P 211 - Lanang - TBC P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan) P 213 - Mukah - TBC P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN) P 215 - Kapit - TBC P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN) P 217 - Bintulu - TBC P 218 - Sibuti - TBC P 219 - Miri - TBC P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN) P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan) P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP) ~jalan pulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan