WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
Posted: 05 Mar 2013 12:54 PM PST SEPERTI kata YB Azmin Ali, "Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu. "Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi dan kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?" Bukti jelas kegagalan Najib dan sepupunya Hishamuddin, sekaligus kegagalan Umno/Bn menjaga keselamatan negara ini dan parti ini tidak layak untuk diteruskan menjadi kerajaan lagi selepas PRU ke 13 nanti. Nasi sudah menjadi bubur, suka atau tidak, meluat mahu pun jijik dengan perangai pemimpin yang hanya tahu mahu mengekalkan kuasa ini, pasukan keselamatan Polis dan Tentera terpaksa juga menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat untuk menjaga keselamatan negara tercinta ini. Kini mereka sedang berjuang di perbatasan Sabah. Selepas selesai misi ini nanti, perjuangan seterusnya adalah untuk bersama rakyat menumbangkan rejim Umno/Bn yang terbukti gagal dan mengecewakan rakyat di dalam menangani isu keselamatan negara ini. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan