MIMPI SENJA |
- Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
- Penyanyi belasah suami hingga mati
- OPS DAULAT : Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Rabu
- Agbimuddin Kiram dan pengikut masih hidup. Akan bebas 4 tawanan didepan Palang Merah dan Media Antarabangsa
- LAHAD DATU : Ops Daulat diteruskan pagi ini - keadaan terkawal
- Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu - Prof Koo Kay Kim
- OPS DAULAT : 600 Penduduk telah dipindahkan 2 hari lepas
- Minta Filipina Ekstradisi Jamalul Kiram
- 15,500 warga Felda Sahabat selamat - Ahmad Maslan
- Anwar: TV3, Utusan melampaui batas
- Kerabat Sulu nafi pembangkang Malaysia jadi dalang
- 3 jet pejuang F18 dan 5 Hawk digunakan untuk serang Kg Tanduo - Zahid
Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri Posted: 05 Mar 2013 09:29 PM PST 6 Mac 2013 SHAH ALAM - Susulan serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi semalam, pengikut Sultan Sulu yang dilapor masih berkubu di Lahad Datu, Sabah engggan menyerah diri, sebaliknya mahu beralih kepada perang gerila. Pasukan keselamatan meneruskan serangan hari kedua hari ini. "Putera mahkota, pasukan keselamatan dan parajurit ramai yang pergi berjuang secara sukarela demi mencapai impian untuk mendapatkan kembali hak nenek moyang kami," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, semalam. Beliau merujuk kepada bapa saudaranya Agbimuddin yang juga digelar sebagai raja muda atau putera mahkota yang mengetuai kumpulan penceroboh di Sabah. "Apa yang kami mampu sekarang ialah memohon doa kepada ALLAH SWT untuk melindungi rakyat kami yang kini sedang berada di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan seluruh Sabah," katanya dipetik Philippine Star. Beliau menambah, Agbimuddin sendiri akan terus berjuang bagi menuntut dan menyelesaikannya secara aman. Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani turut memaklumkan yang Agbimuddin terselamat dari serangan pihak berkuasa Malaysia. "Raja muda dan pihak tentera kami masih hidup dan mereka selamat. Kali terakhir saya menghubungi baginda ialah pada pukul 2.30 petang semalam," katanya. Tambahnya, Agbimuddin dan para pengikutnya meninggalkan kubu mereka selepas diserang pihak berkuasa Malaysia. Pada masa yang sama, Idjirani turut menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim," katanya. |
Penyanyi belasah suami hingga mati Posted: 05 Mar 2013 08:49 PM PST AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun. Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat. Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. "Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya. Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. "Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. "Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak. Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran. Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian. Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. |
OPS DAULAT : Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Rabu Posted: 05 Mar 2013 08:13 PM PST LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu. Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung. Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati. Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain. "Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi. "Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi," kata kenyataan itu. Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam. "Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu," laporan Utusan Malaysia dipetik. Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat "khabar" yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan. Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan, yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam, menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh. Sementara itu, akhbar The Star pula hari ini melaporkan pasukan tentera memindahkan penduduk dari dua buah kampung berdekatan - Kampung Labian dan Kampung Batu. Penduduk tempatan sebelum ini mendakwa kumpulan penceroboh memasuki kawasan tersebut dan menawan penduduk. Pasukan keselamatan, setakat malam tadi, masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi besar-besaran diketuai pasukan polis. Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini pula sekadar menyebut bahawa seorang penceroboh dipercayai maut selepas berbalas tembak dalam kawasan operasi pada kira-kira jam 6.45 pagi ini. "Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam," kenyataannya dipetik. Ismail juga tidak memberi sebarang pengesahan mengenai status Azzumudie Kiram, yang dilaporkan terbunuh dalam operasi semalam. Laporan mengenai kematian Azzimudie itu dinafikan media Filipina yang memetik kenyataan jurucakap kesultanan Sulu. Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam. Lapan buah pesawat tentera Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo. |
Posted: 05 Mar 2013 07:16 PM PST KUALA LUMPUR, March 6 ― Rebel leader Agbimuddin Kiram and his band of militants have survived Malaysia's aerial assault and "mop-up" operations, Sulu "princess" Jacel Kiram claimed this morning on national television in the Philippines. The daughter of the elderly Jamalul Kiram, one of the nine claimants to the Sulu Sultanate, said her uncle was willing to release the four Malaysian hostages they claim to be holding captive, but wanted to do so in front of the international media and the International Red Cross and Red Crescent Committee to prove they were unharmed "Kiram: Raja Muda is still safe, willing to release captives but in front of Red Cross and int'l media to show they were safely released," ABS-CBN News Channel said in a Twitter posting on its interview with Jacel. After several skirmishes last weekend with the Malaysian police, the armed Filipino militants claimed they had captured four Malaysians ― one policeman, two military personnel and a government official. Their claims have yet to be verified. Malaysian security forces moved in on the armed rebels in the remote Kampung Tanduo in Sabah's Lahad Datu yesterday, kicking off with a dawn airstrike by F18 and Hawk fighter jets on the village. But almost immediately after, news reports in the Philippines said Agbimuddin and his men had merely stood by and watched the attacks and explosions from hidden locations about 1km away from where the bombs were dropped. In a phone call to the Sulu Sultanate's spokesman, Abraham Idjirani at about 9.30am, Agbimuddin said his men were not hit and were ready to fight on. After the airstrike, ground troops moved in on the village, entering the "mopping up" stage of Ops Daulat by pounding on doors and scouring the perimeter to sniff out the intruders. But they later admitted that none had been caught in the attack. News reports showed calm and silence at the Lahad Datu district hospital, which has been placed on high alert in anticipation of another armed confrontation. Instead, news in the Philippine media claimed that Agbimuddin's crew are receiving reinforcements with 10,000 Suluks sailing in small batches from their homes in Basilan, Sulu, Tawi-Tawi and Zamboanga in the Philippines to aid their brethren in Lahad Datu. In its report yesterday, French news wire AFP said Malaysian security forces would be ridiculed for incompetence if it were shown that the severely outnumbered and outgunned group of 200 or so militants had slipped the dragnet. It further added that this would heighten fears of violence spreading. Jacel, in her interview with ABS-CBN News Channel, appeared to confirm this as she slammed the Aquino administration for being subservient to Malaysia, adding that she was still hopeful of a peaceful end to the standoff. The Sulu "princess" was also unhappy with the "terrorist" label that the administration reportedly applied on her uncle and his men, saying this showed the government was only trying to stifle any possible aid that may stream in from the international community. "We are Filipinos. As the leader of this country, you must protect the interests of the people," she said in her message to President Benigno Aquino III, according to ABS-CBN's Twitter page. "We know we are armed with the truth," she said. In the disquiet that settled after yesterday's attacks, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar admitted during a press conference that his men were yet to find any dead militants. Agbimuddin and his band of armed rebels had landed in the coastal village on February 9 without fanfare from Tawi-Tawi in southern Philippines, in an incursion that exposed the lax security on the Malaysian coastline. The group, claiming to be followers of the Sulu Sultanate, insist that Sabah is theirs as it had been granted to the Kiram family by the Brunei Sultan in the 17th century.- TMI Apakah benar bagai didakwa, 4 tawanan [1 polis, 2 askar dan 1 peg kerajaan] berada dalam tahanan mereka? Penjelasan pihak berwajib amat diharapkan. |
LAHAD DATU : Ops Daulat diteruskan pagi ini - keadaan terkawal Posted: 05 Mar 2013 06:45 PM PST LAHAD DATU 6 Mac - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini. Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo. Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka. Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang. Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai. - BERNAMA |
Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu - Prof Koo Kay Kim Posted: 05 Mar 2013 06:25 PM PST PETALING JAYA: Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah. "Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah. "Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya. Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882. Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin. "Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya. Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah. "Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya. |
OPS DAULAT : 600 Penduduk telah dipindahkan 2 hari lepas Posted: 05 Mar 2013 07:32 AM PST LAHAD DATU: Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa. Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani. Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ. "Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatanpenduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan. "Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapatdiselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,"katanya kepada Bernama. Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.-BERNAMA Saki Baki Pengganas Sulu Di Lahad Datu Terus Diburu KUALA LUMPUR: Hampir 20 minit jet pejuang F18 dan Hawk membedil sekitar Kampung Tanduo di timur Sabah selepas pasukankeselamatan bertekad tiada lagi pilihan setelah usaha penyelesaian tanpapertumpahan darah isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas wilayah berdaulatMalaysia selama 21 hari tidak mendatangkan hasil. Hampir empat jam kemudian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan Op Daulat melibatkan serangan udara dan darat 'menepati objektifnya'. Beliau bagaimanapun sehingga lewat petang ini tidak mengumumkan bilangan musuh yang terbunuh, cedera atau ditangkap. Reaksi spontan rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat menyokongtindakan Malaysia itu dalam menjaga kedaulatan negara. Malah, ada yang mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram IIIyang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Sulu' untuk dibicarakan di negara inikerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehinggamengorbankan lapan anggota polis Malaysia. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar misalnya berkata desakan itu wajar kerana walaupun Jamalul Kiram IIItidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, dia bolehdianggap bersubahat berdasarkan sokongan yang ditunjukkan melalui beberapakenyataannya. Op Daulat yang dilancar pasukan polis dan tentera yang bermula seawal 7 pagiitu, kini diteruskan dengan gerak gempur melalui darat bagi memburu danmenangkap anggota kumpulan pengganas dari Sulu yang menceroboh Lahad Datu. Serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk itu, diikuti serangan mortardan gerak gempur melalui darat. Tiga letupan kuat diikuti beberapa letupan kecil didengari di kawasan ituselepas setengah jam bunyi jet pejuang memenuhi ruang udara kawasan berkenaan. Serangan pasukan keselamatan yang bertumpu di kawasan seluas empat kilometerKampung Tanduo itu disifatkan Ismail sebagai berjaya mencapai objektif yangditetapkan operasi itu. Beliau berkata sejak serangan dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapattentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dantentera. "Tiada kecederaan atau kematian di pihak anggota keselamatan," katanya. Kumpulan bersenjata dan berpakaian ala tentera itu yang menaiki bot pancungmendarat di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Feb lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkatakerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaanmengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. "Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyatMalaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya. Ismail pada sidang akhbar pukul 4 petang ini berkata Op Daulat itu masihberjalan kerana polis percaya masih ada anggota kumpulan itu di kampungberkenaan. Tindakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah dijalankan secaraberhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera. Katanya semangat dan moral pasukan keselamatan terus membara untukmenyelesaikan misi dengan jaya demi kedaulatan negara berkat sokongan dandorongan kuat rakyat Malaysia. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mod Zin pula berkata selainsemangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitumembanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tenteradalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan BiruKebangsaan. Sementara itu, polis menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar danmembuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlahkematian atau mereka yang cedera. "Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedangberjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangandalam 'Op Daulat' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo. Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalammempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabahtidak tergugat.-BERNAMA |
Minta Filipina Ekstradisi Jamalul Kiram Posted: 05 Mar 2013 06:23 AM PST KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan. "Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini. Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji terlebih dahulu. "Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya. Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima. "Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya. Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA |
15,500 warga Felda Sahabat selamat - Ahmad Maslan Posted: 05 Mar 2013 06:00 AM PST PUTRAJAYA: Kesemua 15,500 peneroka, anggota keluarga serta pekerja di gugusan Felda Sahabat, yang terletak berhampiran Kampung Tanduo di mana pihak berkuasa melancarkan serangan ofensif, setakat ini berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sejak pengganas menceroboh kawasanitu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata seramai 1,000 pekerja di Felda berhampiran kawasan serangan diberi cuti keranakhuatir berlaku kejadian tidak diingini kepada mereka. "Kita telah mengarahkan cuti terutama di kawasan ladang yang berhampirandengan Kampung Tanduo iaitu Ladang Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan 56. Untukesok, sekiranya operasi belum selesai, cuti mereka juga patut diteruskan,"katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau berkata seramai 10,000 pekerja turut diberi cuti Sabtu lepas atas alasan sama, dan kawalan keselamatan sekitar gugusan Felda itu turut dipertingkat dengan kerjasama Polis Bantuan Felda, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Ahmad berkata pihaknya juga mengeluarkan amaran agar penduduk mengambillangkah berjaga-jaga dan mereka tidak dibenar keluar, khususnya Felda Sahabat 3,4 dan 5 kerana ia kawasan berpenduduk paling hampir dengan Kampung Tanduo,selain mematuhi nasihat pihak keselamatan. Beliau berkata penduduk di kawasan itu juga tidak berdepan sebarang kesukaran untuk mendapat bekalan makanan atau keperluan harian. Ahmad turut menasihati penduduk agar segera melaporkan kepada pengurusladang jika ada pengganas menyelinap di kawasan itu, untuk dimaklum kepadaanggota keselamatan yang bertugas. "Felda Sahabat memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota keselamatan dalammelaksanakan tugasan mereka bagi menyelesaikan tragedi Lahad Datu ini," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan operasi Felda akan terjejas jikainsiden itu berpanjangan, terutama di Ladang Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan56, yang hanya akan beroperasi semula sekiranya diisytihar selamat. Katanya, setiap ladang mempunyai 300 pekerja terdiri daripada penduduktempatan serta pekerja asing yang diambil secara sah dari Indonesia dan sejumlahkecil dari Filipina.-BERNAMA |
Anwar: TV3, Utusan melampaui batas Posted: 05 Mar 2013 04:58 AM PST Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan juga stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah. "Mereka bertindak melampaui batas-batas sivil dalam hal ehwal politik. "Saya tahu Umno terus berbuat begini dengan membayar orang untuk memburukkan nama orang lain," katanya. Menurutnya, saman itu difailkan kerana kedua-dua pertubuhan berita itu kerana menyiarkan dakwaan berkenaan tanpa mendapatkan ulasannya mahu pun memberikannya ruang untuk membuat ulasan balas bagi membela dirinya. Menurut Anwar, tindakan "tidak bertanggungjawab" itu berbeza sama sekali dengan media bebas Filipina seperti Philippine Inquireryang dipetik kedua-dua pertubuhan berita itu. Menurutnya Philippine Inquirer hanya memetik sumber risikan Filipina yang mendakwa beliau ada bertemu dengan pemimpin Sulu namun mereka tidak menuduhnya terlibat mendalangi pencerobohan di Lahad Datu. Menurutnya lagi, akhbar Filipina itu juga menghubungi beliau bagi mengatur sesi wawancara selepas mendengar penafiannya. "Jika saya nak saman mereka pun, saya perlu melakukannya di Manila," kata Anwar. |
Kerabat Sulu nafi pembangkang Malaysia jadi dalang Posted: 05 Mar 2013 03:53 AM PST 5 Mac 2013 SHAH ALAM - Kerabat Kesultanan Sulu menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan warga selatan Filipina ke atas Lahad Datu, Sabah, yang berlarutan sehingga sekarang. "Kami tidak ada kaitan dengan pembangkang Malaysia dan tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak pembangkang sekalipun," kata puteri Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram dipetik interaksyon.com, hari ini. Tiga hari lalu, PKR menolak sama sekali mana-mana media tempatan mahupun luar negara yang mengaitkan insiden penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seolah-olah menjadi trend ketika ini apa sahaja insiden yang berlaku di negara ini semuanya mempunyai kaitan dengan Anwar. Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu. Beliau turut menafikan dakwaan Presiden Benigno Aquino III kononnya berlaku konspirasi berhubung biaya pelayaran kira-kira 200 pengikut Sultan Sulu ke Sabah. Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani berkata, perbelanjaan pengikut ke Sabah adalah atas tanggungjawab pengikut sendiri. Beliau turut menyelar andaian Aquino yang didakwa penuh dengan analogi andaian dan kenyataan yang berbentuk spekulatif sehingga berani mendakwa berlaku konspirasi. Semalam, Anwar berkata, Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang itu. Tempoh 24 jam, yang bermula semalam. Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka. Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang". TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut. |
3 jet pejuang F18 dan 5 Hawk digunakan untuk serang Kg Tanduo - Zahid Posted: 05 Mar 2013 01:20 AM PST Tiada Anggota Keselamatan Cedera Dalam Serangan Ofensif Lahad Datu - Hishammuddin KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal Selasa. "Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan). "Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu pada Selasa. Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari Selasa mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu. Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo. Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh. Beliau berkata, inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu. "Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya. Ahmad Zahid berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akanmemberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan. Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu. "Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat PolisKontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA Protes di Manila, bakar foto Najib Aktivis Filipina mengatakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah. Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III. Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu. Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug". Manakala yanglainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah. Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante - memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah". Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes. Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut. 20 mayat pengganas Sulu ditemui setakat ini di lokasi seranganLAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi. Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas. Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera. "Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa. Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi. Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan. "(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya. Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA 'Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah' Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya. Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayammendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini. Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain. "Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya. Misuari nafi dakwaan InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu. Misuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar". Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya. Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama. [Baca berita penuh] 1. 'Pejuang Moro dilapor akan bantu penceroboh Sulu' Jurucakap kesultanan Sulu nafi Azzimudie terbunuh Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini. MenurutInterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini. "Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata. Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia. Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan