Kelab Greenboc |
- Lahad Datu: Musuh Menyusup Melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi
- Ahmad Maslan Pernah Kata UMNO 2 Kali Bodoh Jika Cuba Aibkan Anwar Untuk Hadapi PRU
- Yasin Diugut Bunuh Oleh Macai UMNO Gara-gara Video 'Reformasi'
- Lajim Ukin: Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan
- [VIDEO & GAMBAR] Haramjadah Timpa Najib, Gambarnya Dibakar Di Pejabat Kedutaan
- Balu Sultan Sulu Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama
Lahad Datu: Musuh Menyusup Melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi Posted: 06 Mar 2013 01:01 AM PST Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah. Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata 'musuh sebenar' sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa. "Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC. "Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang," katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi. Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia. "Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera? "Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku," katanya, sinis. Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik. Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban. "Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa. "Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan," katanya. |
Ahmad Maslan Pernah Kata UMNO 2 Kali Bodoh Jika Cuba Aibkan Anwar Untuk Hadapi PRU Posted: 05 Mar 2013 10:31 PM PST Langkah UMNO untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah adalah lambang kebodohan UMNO yang tiada taranya. Ia disahkan sendiri oleh kenyataan Ketua Penerangan UMNO melalui kenyataannya sebelum ini seperti paparan di atas.
Ulasan GB Jika diteliti kata-kata Ahmad Maslan yang pernah diucapkan sebelum ini, ternyata sangatlah betapa "bodohnya" media massa pencacai yang bernama Utusan dan TV3 serta sekalian blogger pencacai UMNO, dan ada kemungkinan juga Presiden UMNO yang juga PM Malaysia yang bernama Mohd Najib itu kerana sebelum ini Najib meminta siasatan dilakukan ke atas pembangkang yang dituduhnya disyaki terlibat dengan insiden Lahad Datu. Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, dan sememangnya UMNO itu bodoh, dulu, kini dan selamanya............ |
Yasin Diugut Bunuh Oleh Macai UMNO Gara-gara Video 'Reformasi' Posted: 05 Mar 2013 06:55 PM PST Gara-gara sebuah video nyanyian bertajuk "Reformasi" yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan. Komen yang berbunyi, "Yassin ni patut dibunuh jer... " dan "Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat" didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik. Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut. "Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius. "Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam. Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang. "Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini. "Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain," katanya kesal dengan perkara itu. -SH |
Lajim Ukin: Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan Posted: 05 Mar 2013 03:45 PM PST SSabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah 'wayang' yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan 'wayang' yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada parti pemerintah itu. "Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan. "Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN," ujar beliau di dalam ceramahnya. Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Justeru katanya, 'wayang' yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di 'negeri di bawah bayu' itu untuk melihat perubahan. "Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah... BN sudah hampir kalah... hanya mempunyai kerusi 86. "Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah 'habis' tahun 2008. "Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini," tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu. Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera. Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas. -antarapos Ulasan GB GB tertarik dengan satu ulasan di fb: Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno. Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan... Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang bersuara dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam? |
[VIDEO & GAMBAR] Haramjadah Timpa Najib, Gambarnya Dibakar Di Pejabat Kedutaan Posted: 05 Mar 2013 07:05 AM PST Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah. Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III. Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu. Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug". Manakala yang lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah. Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante - memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah". Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes. Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut. Ulasan GB Demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Di sini Najib boleh takabbur dan berlagak sombong serta angkuh, kerana media massa arus perdana 100% menyokongnya. Apa yang Najib lakukan akhirnya menimpa kepada dirinya semula! Segala sandiwara (seperti yang diucapkan oleh balu Sultan Sulu) akan terbongkar jua akhirnya. Seperti biasa GB dan lain-lain akan terus berdoa اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
Balu Sultan Sulu Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama Posted: 05 Mar 2013 03:24 AM PST Manila - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia bukan sebahagian perancangan mereka untuk mendapatkan kembali hak milik mereka. Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu. "Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka. "Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai," ujar beliau dipetik The Philippine Star. Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita. Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu. Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia. Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik. -SH
Ulasan GB Apa lagi macai-macai UMNO terutama yang buat demo di depan pejabat Tian Chua? Pergilah ke Manila buat demo terhadap Puteri Maryam Kiram dan Puteri Jacel Kiram! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan