WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
AWAS - ADA DAKWAAN SEBUT ANWAR MINTA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PENGGANAS LAHAD DATU Posted: 14 Mar 2013 03:30 PM PDT AWAS !! Sudah ada blog yang siarkan kenyataan kononnya DS Anwar Ibrahim mahu umat Islam di negara ini 'sedekahkan Al Fatihah' kepada pengganas-pengganas yang menceroboh di Lahad Datu atas alasan mereka semua adalah umat Islam. Ada juga blog yang menyebut bahawa YB Tian Chua dianggap ' Hero' oleh rakyat Filipina. Apa tujuan semua ini? Sejak awal lagi pimpinan-pimpinan PKR sudah beritahu kita bahawa blog Suara Pakatan Rakyat bukan blog Pro PR. Mungkin ada yang keliru dengan beberapa tulisan di dalam blog tersebut seperti pro PR, tetapi banyak tulisan di dalamnya adalah 'duri dalam daging'. Kita mesti jauhi dari mempercayai blog upahan Umporno ini. Ini semua kerja cyber Trooper yang dibentuk untuk menghuru-harakan PR khususnya PKR. Blog tersebut pernah melaga-lagakan pimpinan PKR dengan PAS. Blog yang sama juga sering melaga-lagakan sesama pimpinan PKR. Jangan kerana beberapa tulisan yang seolah-olah 'menyerang' Umporno maka kita anggap blog tersebut pro kita. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan