Khamis, 14 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


hehehe kesian mamat ni, hampa mai la tengok . . . padan muka hang, tanya la lagi ..

Posted: 14 Mar 2013 10:23 PM PDT


Panasss! Mazidul Akmal tanya di FB 'Siapa sokong Anwar Ibrahim'. Apa jawapan anak muda?

Mungkin dia fikir semua anak muda masih nak mengampu Najib dan Umno. Sebab itu dia berani tanya soalan macam tu. Boleh saksikan sendiri apa jawapan lebih 500 pengguna FB yang terdiri dari anak muda. 

Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang. Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah. 

Kes ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'. Lepas ini Umno mungkin akan keluarkan arahan, haram bertanya soalan2 yang boleh memalukan Umno-BN. Kah kah kah. Ini kalilah!




































































Lahad Datu : Malaysia mungkin menghadapi tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan

Posted: 14 Mar 2013 07:35 PM PDT



15 Mac 2013
MANILA - Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu, mendakwa beliau menentang pertemuan antara Esmail Kiram III dan Kerajaan Filipina bagi menyuraikan konflik di timur Sabah.
Jamalul memberitahu media beliau tidak membenarkan sama sekali Esmail membincangkan isu pengunduran tenteranya dengan Setiausaha Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas.
Beliau turut terkejut mengetahu Esmail bertemui Roxas dan membincangkan isu pengunduran.
Roxas sebelum ini turut berkata pertemuan dengan Esmail memberi tumpuan kepada cara untuk mengadakan gencatan senjata kepada pengikut Kiram yang kini berada di Sabah.
"Saya hanya tahu yang Esmail hanya bercakap dengan Roxas tetapi sebarang perkataan 'pengunduran' tidak diketahui sama sekali," katanya.
Jamalul mendakwa Esmail hanya bertindak sendiri, di luar pengetahuannya.
Beliau menambah, berundur bukanlah cara terbaik bagi menyelesaikan konflik yang sedang berlaku di Sabah sambil berkata beliau perlu berunding dengan Agbimuddin bersama 200 pengikutnya yang sedang berada di zon konflik.
Jamalul turut menegaskan yang pihaknya masih terbuka untuk melakukan rundingan.
"Dari awal lagi, pintu rundingan sentiasa terbuka," tambahnya.
Walaupun tidak berpuas hati berhubung pertemuan Esmail dengan pihak kerajaan, beliau menegaskan, keluarga mereka masih lagi bersatu.
"Saya ingin memberitahu semua orang yang tidak berlaku perpecahan di kalangan kami. Kami bersatu," katanya.
Beliau turut menambah yang Agbimuddin ada menghubunginya 6 pagi kelmarin sambil memberitahu dirinya dan pengikut yang lain berjaya melarikan diri daripada diserang pihak berkuasa Malaysia minggu lepas.
Sementara itu laporan lain menyebut pasukan keselamatan di Malaysia mungkin menghadapi tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan kerana melakukan pencabulan hak asasi manusia.
Ketua Pusat Undang-Undang Antarabangsa, Harry Roque berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadapi tuduhan berkenaan, ia perlu dibuktikan juga yang pemimpin itu sedang melakukan penyalahgunaan kuasa terhadap rakyat Filipina dan tidak melakukan sebarang langkah untuk menghentikan keganasan tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun telah menafikan penderaan dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Portal philstar.com memetik Roque berkata, Malaysia harus berfikir dua kali sebelum meneruskan tindakan ke atas rakyat Filipina.
Menurut Roque, undang-undang antarabangsa akan menghukum terutama sekali jika serangan dibuat ke atas orang awam.
"Ini dikenali sebagai jenayah kemanusiaan. Ia tidak seperti jenayah perang kerana jenayah kemanusiaan ini tidak memerlukan sebarang pertalian konflik senjata.
Cukup dengan tindakan tidak berperikemanusiaan sama ada dengan cara tangkapan atau rawatan tidak berperikemanusiaan," ujarnya.- Sinar

Siapa Hj Musa Abdullah di sebalik pencerobohan Sabah?

Posted: 14 Mar 2013 07:56 AM PDT


Siapa Musa di sebalik pencerobohan Sabah
KUALA LUMPUR:
Haji Musa Abdullah atau Jeneral Musa dipercayai sosok utama di sebalik peristiwa pencerobohan Sabah,ditembak matidi Lahad Datu lima hari yang lalu.

Polis dan jabatan forensik telah mengesahkan kematiannya berdasarkan laporan bedah siasat hari ini.

Kematiannya telah dianggap sebagai perkembangan penting pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.

Sebelum kematiannya disahkan, terdapat beberapa spekulasi berkaitan kematian Musa. Sewaktu dunia digemparkan dengan kekecohan lewat berita kematiannya, ramai yang tertanya-tanya: Siapakah Haji Musa Abdullah dan mengapa kematiannya dianggap sebagai satu kemuncak dalam pertempuran tersebut?

Musa, salah seorang daripada dua anggota yang direkrut Jabidah, juga merupakan antara 13 penduduk Kampung Simunul yang mendarat diLahad Datudengan 200 bala tentera mereka bulan lepas.

Walaupun Raja Muda Agbimuddin Kiram (pewaris Kesultanan Sulu) dipercayai pemimpin pengganas di Sabah, tetapi sebenarnya dialah orang sama yang merangka perancangan di sebalik pencerobohan di Sabah, kata penduduk Kampung Simunul kepada Rappler, sebuah portal berita dalam talian yang berpangkalan di Filipina.

Dalam portal berita itu, artikel bertajuk "Jabidah recruits plotted standoff ", melaporkan bahawa Musa telah menghidupkan semula Oplan Merdeka secara rahsia.

Oplan Merdeka adalah sebuah operasi yang dibentuk oleh angkatan tentera Marcos untuk menghantar rekrut beragama Islam untuk menyerang Sabah pada tahun 1968. Operasi itu kemudiannya dimansuhkan.

Musa, timbalan ketua Angkatan Kesultanan Diraja (RSF), satu pangkat di bawah Raja Muda merupakan seorang pemimpin yang lebih berada di barisan depan berbanding Agbimuddin.

Akmad Ibnohasim, ahli RSF yang tidak menyertai pencerobohan Sabah berkata, Agbimuddin jarang melawat kem mereka walaupun terletak hanya satu kilometer dari rumahnya.

Beliau berkata, Musa yang telah mengajar mereka peraturan tentera.

"Dia (Musa) mengajar kami perancangan tertentu, memberi taklimat kepada kami tentang kaedah-kaedah dan peraturan ketenteraan, bagaimana untuk melakukan tugas sebagai tentera dan bagaimana untuk mengikuti undang-undang ketenteraan," tambah Ibnohasim.

Rappler melaporkan, Musa hidup sebagai pesara sehingga bulan lepas dan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya sebelum berangkat ke Sabah.

Operasi Menjejak Pengganas Terus Diperhebat, Tiada Pertempuran di Hari Ke-10 Ops Daulat

Posted: 14 Mar 2013 07:14 AM PDT



Kelihatan anggota tentera keluar dari helikopter Pasukan Udara Tentera Darat Agusta Westland AW109 ketika tiba bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan semasa Op Daulat di Felda Sahabat di Lahad Datu pada Khamis
-Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.
Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.
Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.
Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.
Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.
"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.
Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan.
Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis.
Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. -BERNAMA

OP DAULAT : Lelaki bawa pedang samurai ditahan

Posted: 14 Mar 2013 06:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak pengganas dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Labian, Lahad Datu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika ditahan lelaki berkenaan didapati membawa senjata merbahaya dan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pihak pengganas dimana pihak kami sedang menjalankan siasatan terhadapnya bagi mendapat butiran lengkap," kata Ismail.

Pemeriksaan mendapati, lelaki berusia 50 tahun itu membawa bungkusan yang mengandungi dua bilah pedang samurai serta tiga parang panjang.

Beliau berkata, lokasi lelaki ini ditahan adalah masih di dalam kawasan zon merah selain senjata yang dimiliki itu boleh dianggap bahaya dan salah di sisi undang-undang.

"Pada umumnya, kawasan operasi masih dikepung pasukan ATM dan PDRM dan beberapa pengumuman telah pun dibuat supaya orang ramai tidak memasuki kawasan ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini," tambahnya.

Ismail berkata, pihaknya percaya masih ada saki baki pengganas yang bersembunyi selain tidak menolak kemungkinan bahawa ada diantara mereka mendapat pertolongan penduduk setempat.

Beliau berharap penduduk setempat dapat memberikan kerjasama dengan menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan dan melaporkannya dengan segera.

dari Twitter Jacel Kiram

Posted: 14 Mar 2013 06:05 AM PDT


[Video] Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu)

Posted: 14 Mar 2013 04:08 AM PDT

Twitter 'puteri' Sulu [Jacel Kiram] cetus pelbagai reaksi

Posted: 14 Mar 2013 03:19 AM PDT



Anak gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.

'Puteri' Jacel Kiram mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.

NONETweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".

InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.

@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?

Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.

@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.

Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.

[Baca berita penuh] 

Tiada ulasan: