Telok Bakong Online |
- PRU 13 hanya bila semua dah letih ????
- PRU13: Anwar ramal majoriti minimum 10 kerusi..Tolak Jadi Menteri Kewangan..
- Risalah,Buku Dan CD memburukkan Pakatan Rakyat Mula Disebar Oleh Cai
PRU 13 hanya bila semua dah letih ???? Posted: 09 Mar 2013 01:51 AM PST Semalam 8/3/2013 genap 5 tahun berlalu tarikh Pilhanraya Umum ke 12 , Parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah kini menjadi "caretaker government" (kerajaan sementara) sahaja sehingga berakhir pada 28 April 2013. Ini pada kali pertamanya dalam sejarah Malaysia parti Barisan Nasional (BN) tidak membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh masa lima tahun selepas pilihanraya umum sebelum ini.. Amalan biasa parti BN yang memerintah selama 55 tahun ialah membubarkan parlimen sebelum genap tempoh lima tahun. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi "gambaran" pilihanraya umum ke 13 hanya akan diadakan setelah semua pihak "letih" menunggu dan apabila parti BN telah bersiap sedia. Agaknya sampai kini beliau masih belum letih ..begitu juga parti dari Pakatan Rakyat (PR) pun belum letih lagi dan parti BN pun belum bersedia. Senario semasa politik di Malaysia TBO menjangka PRU ke 13 (pembubaran parlimen) hanya akan berlaku pada hari-hari terakhir parti BN menjadi kerajaan sementara....sebab BN belum bersedia sepenuhnya dan PR pulak belum "letih" nampaknya. | |||
PRU13: Anwar ramal majoriti minimum 10 kerusi..Tolak Jadi Menteri Kewangan.. Posted: 08 Mar 2013 10:27 PM PST Pada hari pertama berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat akan meliberalisasikan lesen akhbar, kata Anwar dalam satu temubual di Kuala Lumpur hari ini. Dasar utama dalam tempoh 100 hari pertama akan termasuk pendidikan, pembasmian rasuah dan perolehan kerajaan. Tiada hukuman yang akan diambil terhadap pemimpin-pemimpin terdahulu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memecat beliau pada tahun 1998, katanya. "Saya tidak mahu dianggap terlalu yakin, tetapi saya percaya, melihat pada trend sekarang, akan dapat majoriti yang selesa," kata ahli politik yang berusia 65 tahun itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April untuk mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari. Anwar mahu menewaskan kerajaan yang beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dan yang telah mentadbir Malaysia selama 55 tahun. Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada tahun 2003, mengambil alih jawatan menteri kewangan selepas memecat Anwar semasa krisis kewangan Asia. Perdana menteri selepas itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib, turut memegang portfolio tersebut. Anwar berkata beliau akan menyerahkan tugas itu kepada orang lain jika beliau menjadi perdana menteri. "Setelah berpengalaman selama lapan tahun sebagai menteri kewangan, saya tahu ia sangat sukar," kata Anwar. "Anda tidak boleh mempunyai perdana menteri yang juga menjadi menteri kewangan. Anda tidak akan ada masa apabila anda mempunyai masalah forex, berurusan dengan Suruhanjaya Sekuriti. " Pakatan belum memutuskan siapa yang akan menjadi menteri kewangan serta jawatan Kabinet yang lain, katanya. Persaingan dalam PRU13 kali ini 'sangat sengit', kata Ibrahim Suffian, seorang penganalisis politik di Merdeka Center for Opinion Research. "Ini adalah masa yang terkuat untuk pembangkang dalam sejarah," katanya melalui telefon. | |||
Risalah,Buku Dan CD memburukkan Pakatan Rakyat Mula Disebar Oleh Cai Posted: 08 Mar 2013 05:31 PM PST Serangan baru bermula.Dikawasan dun Belanja,baru baru ini beberapa risalah dan CD mula diedarkan dari rumah kerumah diwaktu malam.Dikhabarkan risalah risalah dan CD ini diedarkan pada waktu malam tatkala semua orang sedang enak tidur dengan mengunakan lori.Kenderaan ini akan menyusuri setiap rumah di dalam kampong dan melemparka risalah ke tangga penduduk dan disepanjang jalan dikampung.Material ini ditemui pada pagi hari oleh penduduk semasa mereka mahu pergi bekerja.Menurut seorang penduduk tempatan,material itu di taburkan dari Kampung Layang Layang Kanan hingga lah di Kampung Seputih,Parit Perak.Dalam perkara ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.Namun rakyat sedia maklum semuanya angkara siapa. Antara lain isi kandungan risalah ialah artikel artikel yang menghentam Pakatan Rakyat.Antara isu nya ialah pemberian Tanah oleh Kerajaan Pakatan Negeri Perak kepada golongan Cina dan India miskin.Menifesto Pakatan Rakyat juga dijadikan modal untuk mengambarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah negara.Terdapat juga lakaran lakaran kartun yang memburuk burukan pemimpin Pakatan Rakyat.Kandungan CD pula memaparkan dokumentari mengenai Singapura dibawah pemerintahan PAP.Rencana ini cuba mengambarkan bahawa Malaysia akan di perintah oleh DAP sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.DAP digambarkan akan megikuti jejak langkah PAP dimana keistimewaan orang Melayu akan terhapus. Terdapat juga buku disertakan.Dapat dikenalpasti bahawa buku tersebut adalah mengenai Timbalan Presiden PAS iaitu Tuan Haji Mohamad Sabu.Tajuk dan isi kandungan buku tidak dapat ditentukan.Sesunguhnya penyebaran material yang sungguh tidak bermoral dan mengandungi tuduhan tuduhan yang liar serta tidak akedemik ini melambangkan ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat dan cuba mengunakan isu isu perkauman untuk memesongkan pemikiran rakyat disamping ugutan dan provokasi yang bertali arus DSAI TURUN PADANG TENGGALA PADA 10 HB MARCH 2013 4.00 PM SILA HADIR BERAMAI RAMAI..... |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan