Anak Sungai Derhaka |
- Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam kata Haron Din
- Video Pencacai UMNO cuba pecahkan pintu kaca di Komtar tersebar.. ganasnyaaa depa..
- Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki?.. Utusan Kantoikan Blogger UMNO..
Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam kata Haron Din Posted: 09 Mar 2013 01:52 AM PST Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau. Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini. "Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. "Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi. Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II. Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah. "Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu. "Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron. Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya. ~ Selangorku | ||
Video Pencacai UMNO cuba pecahkan pintu kaca di Komtar tersebar.. ganasnyaaa depa.. Posted: 08 Mar 2013 10:20 PM PST Keadaan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, Komtar kecoh seketika semalam apabila kira-kira 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba merempuh masuk untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng. Kekecohan itu bermula apabila kumpulan NGO itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada memasuki lobi pejabat di tingkat tiga dan beberapa orang cuba memecahkan pintu kaca di situ ~ Berita Harian Saksikan bagaimana mereka cuba memecahkan pintu kaca itu dengan ganasnya.. Berita Harian juga melaporkan lagi antara NGO yang terlibat ialah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri (GPMS), Jaringan Muslimim Pulau Pinang (JMPP), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta). Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata perhimpunan berkenaan bertujuan untuk membantah Lim yang dianggap biadap dan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam. Lim yang juga setiausaha agung DAP terus dikecam kerana membangkitkan isu kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan dan kurang senang dalam kalangan umat Islam di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu... Hmm... kenapa nak dikecam Guan Eng pula sedangkan yang membenarkan Penang menggunakan nama Allah itu ialah Pemimpin UMNO sendiri? | ||
Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki?.. Utusan Kantoikan Blogger UMNO.. Posted: 08 Mar 2013 05:00 PM PST Berikutan dengan tersebarnya berita mengenai Bapa Saiful Bukhari yang mendakwa kes liwat dua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" ( baca di SINI ) maka berlumba-lumbalah pencacai UMNO untuk menimbulkan keraguan akan dakwaan itu.. Mereka menggunakan gambar pertemua Bapa Saiful dan juga Anwar bagi menyokong dakwaan Saiiful kononnya Anwar adalah punca bapanya mengakui tuduhan itu adalah konspirasi semata-mata.. Dan ianya disebar oleh banyak Blog yang menyokong UMNO dan juga FaceBook yang menyokong UMNO.. Kononnya pertemuan itu telah berlaku beberapa bulan yang lalu.. Ini gambarnya.. Dan seperti biasa Lidah Rasmi UMNO menjadikan gambar yang disiarkan oleh macai-macai UMNO itu sebagai bahan berita.. tanpa usul periksa.. Antara laporannya ialah.. KUALA LUMPUR 8 Mac - Beberapa blog hari ini menyiarkan gambar yang memaparkan individu dipercayai bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di suatu tempat dan tarikh yang tidak dijelaskan. Seterusnya apa yang dilaporkan Utusan di bawah tajuk 'Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki' ialah.. Petang tadi, Saiful Bukhari mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih lagi berpegang kepada sumpah yang dibuatnya sebelum ini dan mendakwa bapanya telah dipergunakan oleh bekas majikannya. Malang bagi Utusan kali ini bilamana jika korang klik pada link tersebut ianya akan membawa korang ke blog Saiful, terpapar jelas diakhir kenyataan Saiful pada sebelah kanan blog miliknya itu sumber gambar yang di mainkan oleh macai-macai UMNO itu.. Tertera juga tarikh rakaman dan ianya bukanlah dirakam beberapa bulan yang lalu.. tetapi telah dirakamkan pada 8/6/2008... Dibawah ini ialah printscreen Video yang telah dimuatnaik dalam laman YouTube itu.. tengok tarikhnya..
Takkanlah pada 8 June 2008.. Anwar Ibrahim dah berjumpa Bapa Saiful untuk berunding untuk meminta Bapa Saiful membuat satu kenyataan media pada tahun 2013 mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang itu satu konspirasi. Sedangkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 June 2008... Itulah.. bila aku kata macai-macai UMNO semakin bodoh, ramai macai UMNO yang marah.. tapi memang bodohpun mereka itu... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan