Sabtu, 9 Mac 2013

Addin

Addin


Siapa Penulis Skrip Ayah Saiful Bukhari?

Posted: 09 Mar 2013 08:14 AM PST

Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh bapa kepada Saiful Bukhari iaitu Azlan Md Lazim bahawa anaknya itu menjadi mangsa konspirasi politik jahat pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) semalam. Biar pun tidak berapa lama selepas itu Saiful mendakwa bapanya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, namun ramai pihak melihat bapanya berada di pihak yang benar.

Apapun, ada sesuatu kemusykilan yang perlu dijawab oleh semua pihak sekarang. Ini kerana Azlan ada mendakwa percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara). Beliau katanya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

Persoalannya sekarang, jika benar dakwaan Azlan bahawa ada pihak yang menulis skrip bagi pihaknya selama ini maka siapa pula yang menulis skrip ketika beliau membuat sidang medianya pagi semalam?. Sewajarnya dalam sidang media itu, Azlan perlu berani memberi kenyataan tanpa skrip dari htai nurani beliau sendiri.

Dia menuduh selama ini ada orang menulis skrip, maka sekarang dia juga  membaca skrip untuk membuat sidang media. Apakah skrip itu ditulis oleh pihak lain atau diri beliau sendiri?.

Inilah yang meragukan semua pihak sekarang. Tambahan pula ada maklumat bapanya telah hilang sejak dua tiga minggu lalu selepas mengugut untuk mendapatkan wang daripada pemimpin tertentu.

Namun, akibat kegagalan tersebut beliau akhirnya menceritakan apa yang berlaku kepada Saiful adalah konspirasi. Tindakan Azlan ini bole memakan diri kerana itulah Saiful dengan cepat menafikan kenyataan bapanya. Apakah ada konspirasi terbaru gamaknya? ~pulak dah



Iklan C (ii)

Panas!! Pertemuan Rahsia Anwar Dan Ayah Saiful Bukhari Terbongkar..

Posted: 09 Mar 2013 04:07 AM PST


Seperti yang dijangka, pengakuan yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari semalam bahawa anaknya Saiful dipergunakan oleh pihak tertentu terhadap isu fitnah liwat 2 menyebabkan beberapa blogger UMNO/BN kepanasan.

Mereka menafikan dakwaan bapa Saiful tersebut, malah menuduh bahawa Azlan Mohd Lazim telah ditawarkan wang tunai dengan syarat beliau perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim terlebih dahulu kemudian akan diarak ke pentas pakatan rakyat bagi membuat kenyataan palsu berkenaan kes Liwat?.

Malah bagi menguatkan lagi dakwaan mereka, seperti biasa sekeping gambar disebarkan di internet sekeping memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Anwar Ibrahim. Mereka turut mendakwa pertemuan itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan ini. Mereka turut menimbulkan soalah-soalan spekulasi seperti;

Mengapa Azlan bertemu Anwar secara senyap dan kemudian muncul pula dakwaan anaknya dipergunakan? 

Mohon jawapan dari tuan yang empunya badan. Benarkah ada urusaniaga sedang berlaku pada waktu itu? 

Jadi bagi menjawab isu gambar yang tersebar ini, perkara pertama selepas aku lihat gambar ini ialah aku gelak besar!!.



Sebab apa, kerana gambar ini aku dah lihat sejak isu fitnah liwat 2 ini mula timbul. Atau lebih tepat lagi sebenarnya gambar ini adalah 'captured' daripada sebuah rakaman video yang dimuat naik sendiri oleh Saiful Bukhari ke dalam akaun YouTube miliknya sendiri.

Menurut tajuk rakaman video ini (seperti yang ditulis sendiri oleh Saiful Bukhari) ialah 'Anwar dan Bapa 8/6//2008' dan telah diupload ke dalam akaun YouTube milik Saiful Bukhari pada 19 April 2009. (Lihat rakaman video tersebut di bawah sebelum dibuang oleh Saiful Bukhari)

Jadi bagaimana sebuah video yang diambil sekitar 2008 ini dikatakan adalah gambar pertemuan Anwar dan bapa Saiful sekitar dua bulan ini.

Semua orang tahu Saiful Bukhari merupakan pekerja di pejabat Anwar sebelum membuat tuduhan fitnah liwat 2 ke atas bosnya itu. Tidak menjadi suatu yang pelik jika bapa Saiful sendiri bergambar dengan Anwar Ibrahim sekitar 2008.

Jadi ucapan aku kepada blogger dan cybertrooper BN, cuba lagi dengan gambar lain bagi menguatkan tuduhan anda bahawa Anwar Ibrahim memang benar ada mengadakan pertemuan dengan bapa Saiful.

Oh ye, mungkin anda boleh cuba menggunakan pelakon yang sama dalam video lucah Anwar Ibrahim untuk bergambar bersama bapa Saiful.

Selamat berjaya!..




~pulak dah



Iklan C (ii)



Ini Kenyataan Penuh Ayah Saiful Bukhari

Posted: 08 Mar 2013 04:15 PM PST

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.

8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian. Wassalam.

Yang Benar,

………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: