Ahad, 31 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers serta Pelancaran Kempen #UmnoHaram

Posted: 31 Mar 2013 12:48 AM PDT











Photo : Enoasan

Satu Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers Haramkan Umno berlangsung di Dewan Himpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur (KLCAH) pagi tadi . Sidang media ini adalah lanjutan dari perjumpaan khas para bloggers dan facebookers yang di adakan pada minggu lepas bagi menjelaskan isu "UMNO Haram"  TBO
 



Satu sidang media berlangsung sebentar tadi berkenaan dengan pelancaran kempen #UmnoHaram yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di ibu negara.

Sesi tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard dengan penyelaras kempen Revolusi 13 diketuai oleh Tarmizi Mohd Jam.

Turut hadir ialah bekas ahli dewan undangan negeri (DUN) Sabah, Yahya Lampong yang juga memberi maklumat tambahan berhubung pendedahan mengejutkan ini.

Dalam taklimat sebelum pelancaran, CheguBard menyatakan bahawa sejarah penubuhan Umno pada 1946 sendiri sudah bermasalah hingga diharamkan mahkamah persekutuan pada 4 Februari 1988.

Ketua Umno Tanah Merah, Ikhmal Hisyam Abdul Aziz sebenarnya berdaftar dengan cawangan Umno yang tidak didaftarkan, seperti yang didedahkan salah seorang ahli Umno bahagian itu, Amran Ab. Rahman.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, seorang ahli Umno bahagian itu, Amran dan dua rakannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2011.

Dalam tuntutan mereka, Amran menamakan tiga defendan iaitu Ikmal Hisyam sebagai defendan pertama, Abdul Rauf Yusoh iaitu Setiausaha Kerja Umno Malaysia sebagai defendan kedua dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selaku defendan ketiga.

Amran dan dua rakannya mendakwa defendan pertama merupakan seorang ahli Umno cawangan Pondok Lama dalam bahagian Tanah Merah dan dilantik sebagai ketua bahagian pada pemilihan parti tahun 2008.

Cawangan tersebut sebenarnya tidak wujud kerana tidak pernah mengadakan mesyuarat tahunan selain tiada minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan yang mesti dihantar kepada Umno bahagian dan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Ikmal secara salah memegang jawatan tersebut dan telah menghadiri perhimpunan agung Umno selama empat tahun berturut-turut dari tahun 2009 hingga 2012 lalu.

Tambahnya lagi, Umno Tanah Merah adalah sebuah pertubuhan haram di bawah seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana ia gagal mematuhi peruntukan seksyen 12(1) akta yang sama.

Malangnya ketika itu semasa proses mahkamah, mereka hilang locus standi kerana mereka dipecat tetapi tarikh pemcatan tersebut dipertikaikan kerana ia sudah dipinda tarikh ke belakang (back dated) iaitu mereka dipecat sebelum keputusan mahkamah yang membicarakan kesahihan perlantikan Ikmal Hisyam sebagai ketua bahagian.

Didapati, 126 cawangan Umno bahagian tersebut rupanya tidak didaftarkan dan bukti tersebut dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negeri-negeri yang disyaki mempunyai cawangan Umno tidak berdaftar enggan mengeluarkan senarai cawangan atas alasan kesemua maklumat tersebut kini berada di Putrajaya.

Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 10 Peraturan-Peraturan 16) dengan jelas menyatakan mana-mana pertubuhan yang ingin menjalankan aktiviti mestilah mendaftarkan kesemua cawangan atau bahagian dibawahnya sebelum disahkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun setelah disiasat, hanya 25 peratus cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara didapati berdaftar dengan pendaftar pertubuhan setakat 2011.

Setakat ini, beratus-ratus emel dihantar ke alamat HaramkanUmno@gmail.com termasuk data-data sulit yang dikeluarkan oleh kakitangan kerajaan yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan jijik Umno dan Barisan Nasional.

Perkara ini telah dibincang dalam Umno sendiri beberapa hari lalu kerana dikhuatiri gerakan Haramkan Umno ini akan menggugat kedudukan mereka.

Adnan Mansor sendiri gusar dengan perkembangan ini dan telah meminta beberapa maklumat mengenai gerakan ini secara terpeinci dari sumber dalaman termasuk cawangan khas PDRM.

Kes ini sudah mendapat perhatian Majlis Tertinggi (MT) Umno dan dijangka tiada maklum balas akan diperolehi kerana parti itu kini dalam persediaan pilihanraya umum.

Dari Blog : Jalan Pulang




Tiada ulasan: