Addin |
Muhyiddin Umum Parlimen Bubar April Posted: 31 Mar 2013 08:26 AM PDT Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya. "Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar."Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini. Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing. |
Posted: 31 Mar 2013 05:34 AM PDT KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim."Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah."Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi. Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April. Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah. "Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang."Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?" kata Anwar. ~keadilandaily |
Kes Bunuh Altantuya Akan Di Buka Semula Posted: 30 Mar 2013 11:00 PM PDT Mengulas mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan ianya tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya. "Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baru tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah,"Dan hari ini dalam satu kenyataan media Presiden Majlis Peguam Christopher Leong telah menegaskan bukti baru adalah mencukupi untuk membolehkan Peguam Negara membuka semula kes tersebut. "Pendedahan oleh Deepak dan juga Mendiang P. Balasubramaniam serta Americk Singh Sidhu adalah mencukupi untuk mewajarkan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa. "Kes ini telah menyaksikan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006. Namun begitu persoalannya apakah Motif Altantuya dibunuh oleh mereka?..dan siapa arahkan Altantuya dibunuh?? Selagi UMNO/BN kekal berkuasa.. jangan diharap akan kes ini akan dibuka semula.. Persoalan yang sedang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia.. Apakah Motif Altantuya dibunuh oleh dua bekas anggota UTK itu pasti akan terjawab bila UMNO/BN tidak berkuasa lagi.. Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ini!! ~anak sungai derhaka |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan