|
Cikgu Samzuri Mantan Persatuan Pengetua Pengetua Malaysia |
Pada 18 hb March 2013 yang lalu,suatu ceramah umum telah diadakan di rumah Encik Yaakob di Kg Pasir Sena Lambor Kiri Bota Perak.Ceramah umum tersebut menonjolkan Ustaz Badrol Amin sebagai penceramah utama.Ustaz Zulkifly Ibrahim,Cikgu Samzuri dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramli.Majlis bermula pada pukul 9.00malam dihadiri oleh lebih 200 orang penduduk tempatan.Diakhir program dipersembahkan pula suatu sketsa anak muda yang menceritakan senario politik semasa.
Badrol Amin pada malam itu telah membongkar apa yang sebenar telah terjadi di Lahad Datu.Beliau sebenarnya berasal dari Tawau Sabah.Jarak dari Tawau ke Dahad Datu cuma 100 km sahaja.Beliau juga pernah bertanding di Silam pada tahun 1999 dan masih ramai kawan disana.Menurut beliau sebenarnya penduduk penduduk Sulu di Sabah mempunyai senjata api adalah suatu kebiasaan.Perkara ini amat diketahui oleh Pihak Keselamatan.Tetapi mereka tidak mengambil tindakan kerana beranggapan senjata senjata yang dimiliki oleh orang orang Sulu ini hanya digunakan untuk memerangi tentera Philipina sahaja.
|
Tuan Haji Ramli Pengerusi Merangkap Penceramah Tambahan |
Setelah PBS berjaya memerintah Sabah setelah menewaskan Berjaya,Tun Mahadir telah memulakan projek pemberian IC kepada orang orang Sulu.Ini adalah kerana PBS dianggap sebagai "Parti Kristian".Orang Sulu ini sememangnya tidak akan memberi sokongan kepada PBS kerana mereka juga menentang kerajaan Kristian iaitu Kerajaaan Philipina.Ketika inilah pelbagai janji telah ditaburkan oleh pemimpin pemimin BN kepada orang Sulu untuk meraih sokongan mereka.Salah satu janji tersebut ialah pemberian tanah.Hasil dari sokongan orang Sulu ini,BN telah berjaya merampas Sabah dari PBS.
Sehingga PRU 12,sokongan orang orang Sulu ini terus digunakan oleh BN untuk menjamin kuasa mereka di Sabah.pelbagai janji telah ditaburkan.Namun tidak satu pun ditunaikan.Orang Sulu di Sabah terus melarat tanpa pembelaan.Akibatnya, apabila kedengaran kabar angin bahawa mereka akan dikurniakan tanah,mereka teruja dan mengakibatkan peristiwa ini terjadi.Ianya tidak boleh dikatakan pencerobohan kerena mereka adalah warga negara Malaysia.Ketua kumpulan itu adalah warga negara dan pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan juga bekas ahli Umno.
|
Sketsa Anak Muda Yang Memberi Sindiran Kepada kerajaan BN |
Unjuran peristiwa ini telah menyebabkan Kerajaan BN menghantar 7 batillion tentera ke Sabah.Ianya bersamaan 7,000 orang tentera.Cuba bayangkan sekiranya Najib membubarkan Parlimen dan berlaku PRU 13 dimasa yang terdekat ini.Apa yang akan terjadi pada undi pos tentera ini?.Hint nya ialah nyanyian DSAI "Apa pasal sabah goyang?..Oleh kerana kekhuatiran tentang Sabah bakal akan jatuh ke tangan PR, menyebabkan penghantaran sejumlah tentera yang besar ini.Dari segi perkiraan,kegagalan menguasai sebahagian dari Parlimen Sabah akan mengakibatkan PR gagal untuk menuju ke Putrajaya.Ini menampakkan bahawa Peristiwa Lahad Datu ini amat penting kepada BN.Sejauh mana keberjayaan BN dan APCO memanipulasi peristiwa ini,menentukan keberlangsungan hayatnya.
|
Mantan Tok Sidang Telok Bakong Hulu dan Sdr Tuah |
|
Sdr Saiful Merupakan Salah Seorang Yang Terlibat Dalam Sketsa Anak Muda |
|
Memba Teman...HIDUP UAI.. |
|
Sebahagian Dari Hadirin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan