Jumaat, 22 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Utusan dedahkan wajah, sebabkan Papa Gomo di belasah?

Posted: 22 Mar 2013 03:35 AM PDT


Lidah Rasmi UMNO ataupun Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan wajah pemilik Blog Papa Gomo di muka hadapan terbitannya..

Sebagai penyokong Pakatan Rakyat sewajarnya kita mengucapkan jutaan terimakasih kepada Lidah Rasmi UMNO itu yang telah mempermudahkan kerja-kerja para Peguam Anwar dalam saman RM100 Juta itu..

Biarpun ianya telah dipaparkan di muka hadapan terbitan itu dalam laporannya yang terbaru mengenai kisah kononnya Papa Gomo telah dipukul petang tadi, Utusan langsung tidak menyebut antara sebab Papa Gomo dipukul ialah beliau telah dikenal pasti melalui wajah yang disiarkan Utusan..

Menurut beberapa Blog Pro UMNO, tindakan Utusan yang menyiarkan wajah Papa Gomo dimuka hadapan terbitannya menyebabkan beliau telah dikenalpasti dan di belasah.. antaranya ialah Blog di bawah..


Hairan juga aku dengan sikap editor Utusan kali ini.. mereka tahu yang Papa Gomo berhadapan saman RM100Juta.. proses mengesahkan identiti sedang dijalankan oleh para Peguam Anwar..

Tapi.. Utusan pula telah membantu mempermudahkan kerja-kerja mereka..

Apakah ini satu tindakan untuk menjauhkan Papa Gomo yang membawa imej Perasuah, Penyebar Fitnah dan Pengundi Hantu dari lingkungan UMNO?.. segalanya mungkin..

Dan berikut pula adalah beberapa keping gambar individu  membelakangi kamera dengan kepala berdarah yang didakwa sebagai PapaGomo..



Boleh percaya ke dia tu kena belasah?.. kenapa tak dirakam gambar dari hadapan agaknya?


Perhatikan warna darah pada tisu, terutama bahagian hujung darah yang mengembang pada tisu

Perhatikan warna darah pada hujung tompokan darah..
Ok. Cuba bandingkan pula gambar tisu di atas dengan gambar tisu-tisu berdarah yang lain seperti di bawah. Gambar di bawah aku ambil tanpa izin daripada blog yang menceritakan pengalaman mereka mengalami masalah hidung berdarah dan luka di kaki.

Tisu kerana hidung berdarah
Apapun semoga Papa Gomo selamat... Kita tidak mahu beliau diapa-apakan sementara menunggu sabitan kes saman RM100 juta Anwar Ibrahim.

Yang jelas Anwar Ibrahim akan dikaitkan dengan insiden ini... Lagi gambar-gambar tisu yang digunakan untuk menyapu darah pada kepala dan kaki sila lihat di ( SINI )

Selain dari Penyebar Fitnah, Pesalah Rasuah.. Papa Gomo juga adalah Pengundi Hantu.. Ini buktinya..

Posted: 21 Mar 2013 08:51 PM PDT


Patutlah UMNO dan Macai-macainya nak bela sangat si Papa Gomo ni... banyak sumbangannya kepada UMNO rupanya.. selain dari bekas pesalah rasuah, dia adalah Penyebar Fitnah dan dia juga adalah Pengundi Hantu...

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan .

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama.

Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019.

Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan.


Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami: F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang: SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali.

Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita.

Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

22 MAC 2013
RafiziRamli.Com

Maklumat dari pangkalan data SPRM itu sila lihat di ( SINI )

Anwar tawar Eskay 'Cek Kosong' untuk diisi bagi tarik balik tuduhan?.. Lawak apakah ini?

Posted: 21 Mar 2013 06:28 PM PDT


Menurut Rahim Thamby Chik teman seperjuangannya dalam penyebaran filem lucah dapa tahun 2011, Shazryl Eskay Abdullah telah ditawarkan dengan cek kosong untuk diisi dengan seberapa banyak wang yang dia mahu jika beliau menarik balik tuduhan yang mengatakan pelaku di dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan skandal dengan seorang gadis di bawah umur semasa menjadi Ketua Menteri Melaka mendakwa tawaran tersebut telah dibuat oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai orang tengah Anwar'

Rahim Tamby Chik yang juga terlibat dalam pendedahan video seks itu bersama-sama Datuk Shuaib Lazim dan menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" itu berkata, Shazryl Eskay cuma perlu menandatangani akuan berkanun yang telah disiapkan.

"Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju (membuat pusingan U), dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau," kata Rahim dalam sidang akhbar di ibu pejabat RISDA di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) itu, ketika ini hanya Shazryl Eskay yang diekori dan dipujuk dengan ganjaran tersebut oleh individu yang tidak dikenali.

"Apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran, ini bukan untuk dijual beli... Jangan buang masa (menganggap) bahawa trio Datuk T ini bukan seperti sesetengah orang yang membuat 'pusingan U' dan mudah dibeli," tegas Rahim.

Menurutnya, Shazryl Eskay yang pada awalnya dijadualkan hadir sama pada sidang akhbar itu terpaksa membatalkan hasrat kerana bimbang dengan keselamatannya.



Lawak apakah ini??..

Anwar tawar Eskay cek kosong untuk diisi dengan sebanyak mana wang yang dia mahu hanya kerana nak minta Eskay tarik balik tuduhan kononnya lelaki dalam video fitnah edarnya itu adalah Anwar?

Takanlah Anwar banyak sangat duit sampai macam tu sekali tawarannya kot?.. kalau banyak duit sampai macam tu buat apalah Anwar bersusah payah jadi Ahli Parlimen...

Lagipun.. video edaran Datuk 'T' tu tak lakupun di pasaran.. hanya macai UMNO yang percaya..

Cerita bodoh apa Rahim Thamby Chik bawa ni?

Tiada ulasan: