Jumaat, 22 Mac 2013

Addin

Addin


Kain Rentang 'Anwar' Bercium Di Turunkan Di JB

Posted: 22 Mar 2013 10:09 AM PDT


Belum puas nampaknya pencacai Umno menghina Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di laman sosial dan media, rupanya mereka kini beralih kepada sesuatu yang lebih 'berani'.

Dua kain rentang memaparkan lelaki kononnya Anwar dilihat bercium dengan seorang lelaki dipasang di sebuah taman perumahan di Johor Bharu, dua hari sebelum Anwar dijadulakan hadir di bandaraya ini.

Meletakkan slogan 'Selamat Datang Anugerah Tuhan & Selamat Datang Huguan Siou', ia dipercayai dipasang setelah Anwar berjaya memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan kehadiran lebih 10,000 orang.Ketua KEADILAN cawangan Johor Jaya, Jimmy Puah memberitahu bahawa kedua-dua kain rentang itu dikesan oleh ahli parti itu di Taman Megah Ria pagi semalam.

Anwar dijadual melawat ibu negeri Johor itu esok dan beliau dijangka akan mengumumkan calon KEADILAN bagi kerusi parlimen Johor Bahru dalam satu ceramah pada sebelah petangnya.Tidak ada nama pencetak atau mereka yang bertanggungjawab pada kain rentang tersebut. 

Juga tidak ada cop kelulusan majlis kerajaan tempatan pada kain rentang itu.Semasa lawatannya ke Sabah bulan lepas, Anwar "dianugerahkan" gelaran Huguan Siou oleh sekumpulan penyokong. Huguan Siou adalah gelaran bagi pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Anwar kemudiannya menafikan beliau sebenarnya dianugerahkan gelaran sedemikian.

Ketua Umum KEADILAN itu dirujuk sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden KEADILAN, semasa konvensyen nasional parti itu pada tahun 2010.Gambar kain rentang itu disiarkan dalam talian oleh penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo, yang berdepan dengan saman fitnah oleh Anwar terhadapnya. ~mkini




Iklan C (ii)



Rupanya Sebab Ini Utusan Kantoikan PAPAGOMO?

Posted: 22 Mar 2013 06:10 AM PDT


Sejak dahulu lagi utusan akan cuba sedaya upaya menyorokkan identiti kepadapemberi maklumat kepada mereka asalkan mereka menyokong Barisan Nasional.

Tetapi hari ini utusan telah dengan tidak sengaja mendedahkan sendiri blogerfitnah lucah dari umno iaitu wan azri di muka hadapan akhbar fitnah itu,sedangkan pengendali laman web fitnah itu tidak mengakui wajah yang di paparkanitu adalah wajahnya, dan menafikan dengan sekeras kerasnya itu adalah wan azriatau gomo.

ajensi berita fakap EP melalui Dr @tiewnama telah mendapatkan penjelasandari utusan mengenai perkara ini, berikut temubual itu.Dr @tiewnama - bagaimanakah gambar wan azri ini boleh di paparkan di mukahadapan utusan?

Utusan - wan azi atau papagomo ini memang adalah kaki penfitnah, dan kami tidakmahu menjadi kaki fitnah juga, oleh itu kami telah mendedahkan mukanya padaumum supaya umum tahu ini adalah bloger fitnah dari Barisan Nasional, dan kamitiada kena mengena dengan beliau.

Dr @tiewnama - bukankah utusan juga di kenali sebagai akhbar fitnah oleh rakyat?Utusan - memang akbar ini akbar fitnah, lihatlah berapa kali kami di saman dandi paksa bayar saman, kami tidak menafikannya.. ianya adalah kebenaran danrealiti yang wajib kami telan.Dr @tiewnama - jadi mengapakah anda masih lagi bekerja di utusan?Utusan - untuk dapatkan bonus tahunan saja. ~era pasca




Iklan C (ii)






Nah!! Ini Bukti Najib Perkudakan Majlis Keselamatan Negara Intip E-mel Rakyat

Posted: 22 Mar 2013 02:29 AM PDT


Sebelum ini portal berita berpengaruh The New York Times telah mendedahkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional, adalah antara 25 negara yang menggunakan "spyware" menyusup ke dalam komputer pengguna untuk mengintip aktiviti rakyat.

Sebuah surat yang tersebar ke internet melalui laman sosial facebook dan twitter di bawah ini mengukuhkan lagi dakwaan tersebut. Jelas Najib Razak turut menggunakan agensi kerajaan, iaitu Majlis Keselamatan Negara untuk memenangi pilihanraya umum.

Surat yang mempunyai tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, bertarikh Mac 2013 itu memaklumkan bahawa MKN telah menjalankan aktiviti memintas email untuk memahami strategi Pakatan Pembangkang.

Terbukti bahawa Majlis Keselamatan Negara diperkudakan oleh Najib Razak untuk mengintip email-email terutama pimpinan dan para strategis dalam Pakatan Rakyat. ~milosuam






Iklan C (ii)




Panas!! PAPAGOMO @ Wan Muhammad Azri Wan Deris Adalah Pengundi Hantu

Posted: 21 Mar 2013 11:49 PM PDT

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.


(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

papagomospr1

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama.

Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019.

Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.


papagomospr2


Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur


Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
 
Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

22 MAC 2013


 
LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012

Pertuduhan : "Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "

Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"





Iklan C (ii)




Kecut Perut Najib Dan Rosmah Baca Berita Ni..

Posted: 21 Mar 2013 07:51 PM PDT

Ini ada peringatan keras dari Pakatan Rakyat kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba melakukan perkara berikut:"Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi," demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, ini berikutan Pakatan Rakyat tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat 'curi' harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.
Katanya, 'pemimpin' dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan menggunakan jet peribadi masing-masing dan terbang ke luar negara.
"Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.
"Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya Pakatan Rakyat di Puchong, lewat malam tadi.
Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam.
Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.
Jelasnya, BN dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.
"Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,"katanya.
Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.
Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di negeri selatan tanah air itu dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar ke Putrajaya.
Dalam majlis sambutan ulang tahun penubuhan parti itu yang ke-47 di Johor Bharu, Lim Kit Siang mensasarkan 18 kerusi parlimen dari tiga negeri selatan semenanjung bakal ditawan Pakatan Rakyat. ~mpr



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: