Sabtu, 16 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


BERAPA RAMAI YANG TELAH MENJADI MANGSA KERAKUSAN PIMPINAN BN..

Posted: 15 Mar 2013 05:12 PM PDT

              Itulah senario politik. Pendapat bahawa politik itu kotor adalah salah dan bagi saya, politik itu sihat. Yang kotornya ialah pemimpin-pemimpin parti dorongan sikap tamak haloba. Lantas, berbagai propaganda dicetuskan meskipun menghalalkan pertumpahan darah. Isu perkauman dan agama merupakan senjata yang paling ampuh dikalangan rakyat yang serba kekurangan terutama sekali menerima maklumat di Sabah di era pemerintahan USNO-BERJAYA.

                Menyedari kelemahan-kelemahan itu, Pemimpin  peringkat persekutuan mengambil kesempatan, lantas usaha untuk menambah jumlah pengundi Islam di Sabah dipelopori oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Masih jelas peristiwa saya berbalah dengan bapa saudara saya yang datang dari Sarawak untuk turut merekrut pendatang-pendatang daripada Selatan Filipina. Beliau (kini sudah arwah) juga bertanggung jawab membuat IC segera kepada pendatang-pendatang tersebut dalam jumlah yang ramai.

               Bayangkan bagaimana perasaan saya pada ketika itu masih berkhidmat sebagai pegawai polis bila melihat perbuatan bapa saudara saya sendiri bersekongkol melakukan kerja yang menyalahi undang-undang demi memenuhi tembolok tamak para pemimpin BN.

               Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan saya seorang pegawai polis yang tegas dan berprinsip. Taat setia saya hanya pada DYMM Yang Di Pertuan Agong dan tidak kepada pemimpin-pemimpin politik yang menerajui kerajaan yang nyata pada saya mengkhianati keselamatan negara. Segala maklumat saya sampaikan kepada rakan sejawat saya di Sarawak untuk menjalankan risikan dan pada pertengahan 90an beliau ditahan di bawah ISA selama 2 tahun. Bagi saya undang-undang tidak mengenal sesiapa meskipun darah daging sendiri. Saya bangga bahawa saya bukannya seperti macai-macai UMNO yang menyokong dengan membabi buta.

                  Hari ini terbukti kerja-kerja jahat UMNO itu terbongkar. Rata-rata orang bawahan dipanggil memberi keterangan di hadapan RCI mengaku wujud pemberian IC segera kepada pendatang-pendatang Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan lain-lain. Dalam hati saya, kalaulah bapa saudara saya masih hidup, tentulah beliau juga akan dipanggil untuk mendedahkan kerja jahat pemimpin-pemimpin UMNO.

                 Anda mungkin setuju dengan pendapat saya dalam urusan ini, apabila pemimpin-pemimpin UMNO telah telah berjaya mencapai matalamat mereka, semesti ada akad di antara pemerintah dengn pendatang-pendatang yang diberi warganegara segera. Dasar I HELP YOU! YOU HELP ME atau YOU HELP ME! I HELP YOU sudah menjadi amalan turun temurun dari Tun Mahathir hinggalah kepada Perdana Menteri tarikh lupus sekarang.

                 Ekoran terlalu banyak janji yang tak ditepati kepada sejumlah besar warga segera telah meresahkan pendatang-pendatang Selatan Filipina hingga sekali lagi tercetus pemberontakan. Perdana Menteri dan sepupunya mula bersilat apabila sandiwara mereka terbongkar dan diketahui umum terutamanya Rakyat Sabah yang nyata sebahagian besar tidak menyebelahi mereka. Sekali lagi peristiwa berdarah seakan-akan sandiwara di era perkomplotan USNO-BERJAYA yang menghalalkan pertumpahan darah demi survival kuasa. Karenah kedua-dua cucu Tan Sri Mohd. Noah itu mengambil masa 3 minggu untuk menyelesaikan konflik pencerobohan bersenjaya membuat sandiwara mereka lebih ketara dan jelas. Akibatnya ramai yang terkorban sama ada di pihak lawan atau pasukan keselamatan.

                 Hakikat untuk mempertahan kedaulatan negara nampaknya sengaja dibuat remeh oleh kedua-dua menteri berkenaan, lantas memberi ruang kepada musuh untuk mengatur strategi dan mengorganisasi pertahanan mereka. Kenyataan Hishamuddin bahawa penceroboh tidak merbahaya walaupun dilengkapi senjata-senjata berat dan kerajaan akan berunding dengan musuh adalah suatu yang bodoh. Lantas CHAIN OF COMMAND atau PERINTAH BERANGKAI sudah tidak berkesan lagi.

                 Pandangan saya sebagai veteran perang dalam era menentang pengganas komunis, sikap berunding dan berkomfromi tiada dalam kamus perang. Apatah lagi pihak musuh sudah terkenal berpengalaman dalam taktik peperangan gerila dan menempuh berbagai rintangan dalam menuntut autonomi Selatan Filipina. Dunia telah mengetahui apa yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna, suatu kecuaian pemimpin-pemimpin negara yang tidak seharusnya berlaku.

                 Akhirnya, kita harus ambil iktibar dari peristiwa-peristiwa berdarah yang berlaku bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara. Kerana sebagai warga yang bermaklumat kita wajib memanjangkan kepada masyarakat di sekeliling kita. INI KERAJAAN RAKYAT DAN BUKAN PLATFORM UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK MEROMPAK KEKAYAAN TERLAMPAU. AYUH UBAH DAN HUMBANKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KORUP DAN ZALIM

salman 
komen dari blog anak sungai derhaka


Tiada ulasan: