Khamis, 14 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Mencantas bendera Pas...Disambar Petir Balasannya

Posted: 14 Mar 2013 02:46 AM PDT

                  Sudah heboh diperkatakan dikawasan Tanjung Belanja hingga ke Kampung Choping.Kejadian mencantas bendera Pas disana begitu berleluasa sekali.Banyak bendera telah dicantas mengunakan pisau dan golok.Perkara ini telah menimbulkan keadaan tidak senang hati dikalangan penyokong |Pakatan Rakyat.Apa yang boleh mereka lakukan ialah bersabar dan berdoa agar perlaku akan insaf dan tidak melakukan perbuatan tersebut lagi.Disamping itu usaha untuk menaikkan bendera turut giat dijalankan tanpa memikir risiko untuk iannya dicantas kembali.


                        Namun balasan Tuhan telah berjaya menghentikan perbuatan khianat itu,ditengah tengah kekalutan itu,tiba tiba sebuah bendera besar Barisan |Nasional telah hangus disambar  petir.Kesan petir tersebut juga telah memusnahkan pokok dimana bendera besar tersebut telah digantungkan.Ianya sungguh memberi kesan kepada penduduk kampung dalam menentukan pilihan mereka semasa PRU 13 nanti.Sesungguhnya peristiwa ini telah menginsafkan perlaku cantas bendera berkenaan.Sehingga hari ini,tiada lagi bendera PAS yang dicantas.

Msinc-Tak sanggup lakukan perkara perkara ini,kerana ianya dianggap pengecut dan tidak bermoral.

Pengerusi Pekida Perak Tengah isytihar sokongan kepada Pakatan

Posted: 13 Mar 2013 05:11 PM PDT


Ayah Sabri Disisi DSAI


11 March 2013 KeadilanDaily

                       Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan. "Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam. Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida. "Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?" katanya.

 Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

msinc-Ada beberapa kali jumpa Ayah Sabri.Beliau adalah seseorang yang amat berani dan tegas dengan pendiriannya.Walaupun terikat dengan tugas,beliau tetap gigih berkempen untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Sememang nya Pekida Perak Tengah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen PR.Didalam jelajah DSAI ke Perak Tengah,Pekida membantu dalam hal ehwal keselamatan dan dana. Bota..Rakyat Bangkit...Bota Berubah.

Tiada ulasan: