Khamis, 14 Mac 2013

Addin

Addin


Panas!! Pendedahan Bekas Ketua Menteri Yang Tak Disiarkan Utusan, RTM Dan TV3..

Posted: 14 Mar 2013 09:04 AM PDT

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

"Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

"Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya lagi.

Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu menafikan dakwaan seperti itu, yang disiarkan Inquirer Global Nation.

Dalam laporan itu, seorang rakyat Filipina mendakwa pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka. ~mkini



Iklan C (ii)







Bukti Sahih Polis Jadi Kuda Tunggangan Umno?

Posted: 14 Mar 2013 04:39 AM PDT

Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula. Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan. ~harakahdaily



Iklan C (ii)







Gempar!! Wakil Sultan Sulu Dakwa Konspirasi Sebenar Adalah Antara Najib Dan Aquino

Posted: 14 Mar 2013 01:20 AM PDT


Jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.Media Filipina siasat dakwaan konspirasi.

Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikanpertentangan dengan segera.

Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.

Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor 'Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.

"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, accompanied by Defense Minister Zahid Hamidi, shares a light moment with soldiers at Tanduo village last Thursday. APMANILA, Philippines - An investigation into the conspiracy angle in the Sulu sultanate's sending of armed men to Sabah is justified and consistent with efforts to end the violence in the territory immediately, MalacaƱang said yesterday.The Palace made this clear a day after the National Bureau of Investigation (NBI) summoned the sultanate's adviser Pastor "Boy" Saycon for questioning on Tuesday on suspicion that he was part of a conspiracy to create unrest in Sabah by making hundreds of mostly armed followers of Sultan Jamalul Kiram III sail to the territory and claim it as their own.Saycon is secretary general of the Council for Philippine Affairs or COPA.

~oh rakyat




Iklan C (ii)







Tiada ulasan: