Isnin, 25 Mac 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kagum dengan Kit Siang (25/3/13)

Posted: 25 Mar 2013 01:10 AM PDT


Dalam ramai-ramai pemimpin politik yang menonjol hari ini, pasti ada seseorang yang menarik minat anda. Mungkin kerana kehebatannya dari sudut hujah, penampilan, kewibawaan dan apa sahaja, kerana citarasa manusia ini memang berbeza-beza. Ada pemimpin yang saya suka mungkin dibenci oleh orang lain, begitulah lazimnya.
Apa pun dengan perkembangan mutakhir, saya kagum dengan seorang pemimpin yang saya ikuti perkembangannya sejak kecil lagi. Kagum bukan bererti saya taksub padanya, tetapi kagum bermakna tidak ramai atau mungkin tidak ada pemimpin kebelakangan ini dari pengamatan saya yang punya keberanian politik sebagaimana beliau.

Tokoh yang saya  maksudkan adalah Lim Kit Siang, 72 tahun, pemimpin kanan DAP, dan ahli parlimen Ipoh Timur.
Mengapa saya kagum pada beliau?

Kerana Lim berani membuktikan yang beliau pemimpin Malaysia sebenar apabila menggunakan pengaruh politik, disaat sibuk rakyat Malaysia memperkatakan tentang masa depan Putrajaya, membawa dirinya bertanding ke kawasan baru, kawasan BN bagi membuktikan "point" bahawa rakyat sudah sedia untuk berubah.
Pengumuman terbaru beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah di Johor, kerusi yang diwakili BN bagi saya menggegarkan banyak pihak termasuk ahli DAP sendiri. Beliau terbit dari zon selesa di Ipoh Timur yang punya hampir 82% pengundi bukan Cina (yang dimenangi pada PRU lalu dengan majoriti 21,942 undi) untuk bertanding di Gelang Patah yang jumlah pengundi Cinanya sekitar 54%.

Inilah pemimpin yang mengambil risiko yang besar sedangkan Gelang Patah bukan tapaknya dan dimenangi calon MCA dari BN pada PRU lalu dengan majority 8,851 undi (satu angka yang selesa dan besar!)
Mengapa saya kagum?

Bagi saya inilah pemimpim yang berbuat apa yang beliau perkatakan. Jika benar partinya punya harapan menggegarkan Putrajaya kerana percaya sentimen rakyat bertiup kearah itu, maka beliau perlu mencetuskan gegarannya sebagai bukti. Jangan berselindung disebalik kekuatan semulajadi tetapi lontarkan diri ke gelanggang sebenar.
Kit Siang boleh pilih kerusi lain yang mungkin lebih selesa, untuk berselindung disebalik majoriti besar pengundi Cina yang tegar condong ke arah PR dan DAP hari ini tetapi beliau memilih untuk berubah. Kalau kita nyanyikan lagu perubahan, kita pun perlu berani memulakan gelora perubahan itu dan inilah apa yang beliau lakukan.

Mengapa saya kagum?
Kerana Kit Siang memang benar-benar berani. Sejarah penglibatan beliau dalam politik adalah rekod bukti beliau. Ketika parti Gerakan kuat bertapak di Pulau Pinang beliau mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu mendiang Tun Dr Lim Chong Eu. Orang yang berani mencabar lawan di gelanggang lawan bukan di kandang sendiri, begitulah Kit Siang. PRU 1990 beliau mencabar Ketua Menteri Pulau Pinag ketika itu di DUN Padang Kota, DUN yang dikuasai Ching Eu sejak tahun 1969.

Keputusannya Kit Siang menang dengan majorit 706 undi!
Rekod beliau sebagai bukti Kit Siang menang semua PRU kecuali sepenggal 1999-2004 apabila beliau tewas. Menjadi ahli parlimen sejak 1969 sehingga kini kecuali tempoh 1999-2004 iaitu di Bandar Melaka (kemudian Kota Melaka), Petaling Jaya, Tanjung dan Ipoh Timur. Pernah juga menjadi ADUN di Melaka dan Pulau Pinang.

Mengapa saya kagum?

Hari ini Kit Siang benar-benar merasakan dirinya sudah bersedia. Menang kalah tidak penting yang penting beliau membuktikan kekuatan politiknya mampu mencetuskan kegundahan dan kebimbangan di hati lawan. Kit Siang mungkin menang dan mungkin juga tewas di Gelang Patah, tetapi yang pentingnya beliau matang dalam politik Malaysia dan beliau beliau berani membuat perubahan.
Anda bagaimana?

 

 

 

Tiada ulasan: