Pahang Daily Online |
Panas: Bakar Kilang Lynas, Wong Tack Akan Di Dakwa Posted: 25 Mar 2013 01:05 AM PDT KUANTAN, 25 Mac - Kertas siasatan terhadap Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack (foto) yang mengancam untuk membakar kilang Lynas Malaysia di Gebeng dekat sini, telah lengkap sepenuhnya. Timbalan Ketua Polis Pahang SAC Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata, kertas siasatan yang lengkap itu juga telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang dan difahamkan kini berada di Putrajaya. "Setakat ini kita sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini, Isnin. Beliau berkata, ancaman Wong Tack itu dilihat serius dan atas sebab itu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan tetap berjalan biarpun sebelum ini beliau telah memohon maaf. Pada 4 Februari lepas, akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita melaporkan Wong Tack mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi itu sekiranya tidak ditutup selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Namun pada 7 Februari, pengerusi pertubuhan bukan kerajaan yang didalangi pembangkang itu dilaporkan memohon maaf atas ugutan itu dalam satu ceramah anjuran pembangkang. Bernama |
Panas: Muhyidin Sertai Parti Keadlan Rakyat Sabah ! Posted: 24 Mar 2013 10:15 PM PDT [Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama 318 orang lagi. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Himpunan Harapan Rakyat di Star City Convention Hall di Kota Kinabalu, malam tadi. Lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat menyaksikan penyertaan Dr Muhiddin yang terkenal kerana berani menegur Kementerian Pelajaran berkaitan masalah sistem pendidikan di negeri itu. Beliau juga tidak puas hati dengan layanan Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO BN terhadap Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berikutan tidak diberi dana secukupnya]. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan