edyesdotcom |
Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum! Posted: 25 Mar 2013 02:24 AM PDT Kenyataan Umum 25 Mac 2013 Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum! Malam ini akan ke udara siaran langsung wawancara bersama DS Anwar Ibrahim di radio, buat kali pertama selepas hampir 15 tahun. Liputan bagi siaran 'tanpa tapisan' dibawakan khas oleh Radio Free Malaysia yang dipancar dari luar negara tidak memerlukan lesen kebenaran dari Kerajaan Malaysia, boleh didengar di frekuensi AM 1359 di seluruh negara (satu frekuensi untuk semua). SAMM mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan program ini dan berharap setiap anda yang mengetahui maklumat ini supaya turut membantu hebahan di FaceBook dan twitter, dan hebahan mulut ke mulut jika perlu. Biar seluruh rakyat Malaysia malam ini bertumpu di corong radio berfrekuensi 1359 AM selama dua jam bermula jam 9 malam hingga 11 malam. SAMM juga dengan ini melancarkan hashtag #1359AM untuk dimainkan di Twitter bagi hebahan maksimum untuk program yang bernotis sangat pendek ini. Dalam satu lagi perkembangan, penganugerahan 10 minit masa 'airtime' oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk Pakatan Rakyat adalah sangat tidak munahsabah. Maka, rakyat Malaysia khususnya yang bersama arus perubahan terpaksa berkorban untuk kembali semula ke zaman Jepun yang ketika itu hanya radio menjadi sumber maklumat. Apakah akan ada kepala yang bakal dipancung kerana mendengar siaran malam ini, tidak dapat dipastikan. Ayuh, hebahkan siaran malam ini. SAMM yakin, rakyat yang dahagakan maklumat atau sekurang-kurangnya bertindak rasional dengan mencari kebenaran dari pelbagai sudut adalah satu tuntutan untuk menjadi bangsa yang lebih bertamadun. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia |
Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini Posted: 24 Mar 2013 09:32 PM PDT Kenyataan Terbuka 25 Mac 2013 Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan dan seterusnya DUN Pahang pada 7 April. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik DUN yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar. Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas. Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan DUN lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April. Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'. Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik DUN. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan