Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu.
 
MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani  berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

"Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan," kata Idjirani pada sidang media semalam.