MIMPI SENJA |
- Keadaan Dua Polis Komando VAT 69 Yang Cedera Stabil
- Pengarah ajak ke ranjang - Palakon baru
- TERKINI LAHAD DATU : Seorang penceroboh ditembak mati pagi ini
- WANTED : AZZIMUDIE
- Op Daulat : Dua letupan bom jam 1 pagi dan 7.30 pagi
- Agbimuddin masih hidup tapi dia dan pengikut kelaparan - ahli keluarga
- IGP: Tiada tanda pengganas Sulu mahu letak senjata api
- hahaha aku gelak gulin-gulin .... ada ka puak-puak ni,, Najib kencing pun depa kata 'Sejarah' .......hampa mai tengok
- Lebih 50 penceroboh ditahan di Lahad Datu - KPN
- LAHAD DATU - Polis jumpa pakaian jeneral pengganas yang ditembak
- hahaha ... dah jadi kalut dua beranak ni ...awat jadi lagu tu?
- Prof - Datuk - Dr - Haji .... pun tak leh percaya beb
Keadaan Dua Polis Komando VAT 69 Yang Cedera Stabil Posted: 08 Mar 2013 10:20 PM PST IPOH: Dua anggota polis komando VAT 69 yang cedera dalam pertembungan dengan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu dan Semporna berada dalam keadaan stabil. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. "Doktor memerhatikan perkembangan kesihatan mereka dan akan memutuskan bila untuk membuang serpihan peluru hancur dari badan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat komando di hospital itu di sini, Sabtu. Lee berkata Azman, yang mengalami kecederaan pada tulang belakang akan dipindahkan ke Pangkalan TLDM Lumut untuk rawatan lanjut. "Pengkalan tentera laut mempunyai peralatan perubatan diperlukan yang boleh merawat kecederaan dengan lebih berkesan," katanya. |
Pengarah ajak ke ranjang - Palakon baru Posted: 08 Mar 2013 09:59 PM PST "Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks. "Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain," kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22. Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat 'permainan' seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual. Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan. "Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya," katanya. Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya. "Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri," katanya. Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000. "Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000," katanya. |
TERKINI LAHAD DATU : Seorang penceroboh ditembak mati pagi ini Posted: 08 Mar 2013 09:07 PM PST Satu lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi). Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac. Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang. |
Posted: 08 Mar 2013 07:14 PM PST LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis. Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri. Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia. Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna. Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan. Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian. "Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.. |
Op Daulat : Dua letupan bom jam 1 pagi dan 7.30 pagi Posted: 08 Mar 2013 06:03 PM PST 9 Mac 2013 LAHAD DATU - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu. Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa. Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi. Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat. Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan. "Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh. Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac. Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu. "Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya. Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat sini. - Bernama |
Agbimuddin masih hidup tapi dia dan pengikut kelaparan - ahli keluarga Posted: 08 Mar 2013 06:47 AM PST MANILA: Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat. Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu kini sudah 'berkumpul semula' selepas serangan pertama ke atas mereka pada 1 Mac lalu. "Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer. Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat. Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu. |
IGP: Tiada tanda pengganas Sulu mahu letak senjata api Posted: 08 Mar 2013 06:04 AM PST KUALA LUMPUR - Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah. Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu. Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas. Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka. "Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah menletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu. Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas. "Mereka ditahan mengikut akta baru itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya. Najib, yang turut mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu juga dilihat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan pantai timur Sabah itu. Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu. Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh. Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada hari berikutnya. |
Posted: 08 Mar 2013 05:39 AM PST |
Lebih 50 penceroboh ditahan di Lahad Datu - KPN Posted: 08 Mar 2013 04:45 AM PST LAHAD DATU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat. "Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang ini. Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan. "Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh," katanya. Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat. "Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan. "Justeru itu, Op Daulat diteruskan," katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. - Bernama |
LAHAD DATU - Polis jumpa pakaian jeneral pengganas yang ditembak Posted: 08 Mar 2013 04:12 AM PST LAHAD DATU: Polis masih mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam, sama ada ia adalah Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya. Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu dan dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan dalam kumpulan pengganas terbabit. Dalam pertempuran sengit kira-kira jam 11.30 pagi itu, 31 pengganas termasuk seorang lelaki yang berpakaian uniform jeneral ditembak mati manakala selebihnya dipercayai melarikan diri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, usaha masih mengenal pasti siapa lelaki yang memakai uniform berkenaan. Katanya, operasi menggempur saki baki pengganas masih diteruskan sejak petang ini dan bertumpu di Kampung Tanjung Batu yang bersebelahan Kampung Tanduo. Beliau berkata, berikutan operasi di kawasan tertentu di lokasi kampung itu, penduduk dilarang masuk bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. "Sehingga ini, saya berpuas hati dengan operasi yang dijalankan hari ini (semalam), pasukan keselamatan sedang memastikan keselamatan Sabah kembali ke tahap asal," katanya pada sidang media harian Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Residensi Sahabat, di sini, hari ini. Sementara itu, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini masih menjalankan operasi bagi memastikan tiada lagi pengganas di kawasan operasi. Katanya, walaupun pasukan keselamatan sudah menjalankan penggeledahan di kawasan itu tetapi ia tidak bermakna mereka tiada di kawasan itu. |
hahaha ... dah jadi kalut dua beranak ni ...awat jadi lagu tu? Posted: 08 Mar 2013 02:23 AM PST |
Prof - Datuk - Dr - Haji .... pun tak leh percaya beb Posted: 08 Mar 2013 12:35 AM PST Bapa Saiful mohon maaf pada DSAI Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini. Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu. "Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh," katanya. Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua. "Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali. Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini. "Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini)," kata Azlan. Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini. Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini. "Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu," katanya. "Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah," kata Azlan. Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu. "Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu. "Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan," kata Johari. Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS/KD |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan