Jumaat, 8 Mac 2013

dollah yankee

dollah yankee


Lahad Datu: 2 soalan ...

Posted: 08 Mar 2013 05:00 AM PST


 " Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran." 

Soalan satu: Kenapa Supritendent? Kenapa Asisten Supritenden?  Kenapa mereka dari cawangan khas yang dihantar untuk memburu?
 
Tahu kah kita betapa besar pangkat seorang Supritendan dan Asisten Supritendan dalam pasokan polis? Kenapa mereka yang dihantar masuk?
 
Soalan 2: Apa kah Supritendan yang mati ini di hantar sebagai perunding untuk berunding dengan pengganas-pengganas itu?

Apa-apa juga maklumat yang mereka ini ada, mereka telah kuburkan nya bersama-sama.

dollah yankee -
Ada asas bila gurkah-gurkah di'port' tanya soalan ini. Dan Insya-Allah sedikit hari lagi geng-geng arwah-arwah ini juga yang pecah apa juga lubang yang cuba di sorok...

Apa?Sudah 5 tahun?!

Posted: 08 Mar 2013 02:26 AM PST


Selamat ulangtahun ke-5 kepada Pakatan Rakyat yang telah memerintah Selangor,Pulau Pinang,Perak,Kedah dan Kelantan dengan begitu bergaya sekali.

5 tahun yang lalu juga sebahagian dari rakyat Malaysia yang dahagakan kerajaan yang adil dan bebas rasuah telah mengundi untuk mengubah Malaysia.

Gurkah-gurkah politik di'port' serta rakyat Malaysia amnya selama 5 tahun ini telah dapat menyaksikan sendiri bagaimana benih yang dicampak begitu saja tanpa ditanam telah menghasilkan buah-buah yang cukup sedap dengan polisi-polisi dan program-program mereka. 5 tahun juga merupakan satu jangka masa yang agak lama untuk kita melihat, memerhati, mengalamai dan menilai sendiri keberkesanan pentadbiran Guan Eng,Khalid Ibrahim,Ustaz Azizan dan Tun Guru Nik Aziz dengan pentadbiran yang terdahulu.

dollah yankee -
Malam ini jangan lupa di Padang Kota Lama, yang bakal mencatat satu lagi sejarah selepas UAI.

Tiada ulasan: