RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : Kawasan perdana menteri tiada air?
- Terus Difitnah Dan Dihina : Berpuluh ribu rakyat masih nak bersama Anwar Ibrahim...
- Perisik negara diguna untuk politik UMNO@BN – Lef Jen Ghafir
- Jempol : Ketua kampung, 30 pemuda Umno sertai PAS
- PRU13 paling sengit - Pas Raub
- PRU13 : DAP umum pelan 14 perkara untuk kaum India
- Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13
- Noh Omar: PKR bimbang BN rampas Selangor..!!! Ya Noh..50 Tahun BN 600 juta....5 Tahun Pakatan ada 2.5 Bilion simpanan tunai...!!!
- Sulu army gets reinforcements in Lahad Datu?
- Are Malays now a wounded civilization?
- Respon TG Nik Abdul Aziz berkenaan laporan NST, masalah sosial di Kelantan
- PRU13 : AMK lancar treler Demi Rakyat untuk promosi calon anak muda
- Lidah Biawak SPR: Nurul Izzah tak maklum isu pengundi meragukan....Cilakanya SPR yang jadi Barua UMNO@BN...!!!
- Salah Anwar lagi...!!!!
- 3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu
- PRU13: Hsio Leong tanding Parlimen Alor Setar, Dr Azman di Kuala Kedah
- PRU13 : Dr M ke Johor pertahankan BN, seru rakyat tamatkan karier politik Kit Siang
- BACK TO GAMBLING WAYS: Dr M wagers 10 sen Anwar will resort to street demos
- Lahad Datu : 'Datuk Seri' yang dikehendaki polis dilihat bersama Najib dan pimpinan UMNO
- Polis cari lelaki berpangkat Datuk
- Pesanan presiden PAS kepada semua pengundi
- Majlis Pelancaran Pecah Tanah Stadium Negeri Kelantan
- Ustaz Azman Halim: Ilmu yg difahami
- Menolak Tahaluf Siyasi Umpama Ketinggalan Keretapi
- PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - (KEMAS KINI 1-April-2013)
PRU13 : Kawasan perdana menteri tiada air? Posted: 31 Mar 2013 08:44 PM PDT |
Terus Difitnah Dan Dihina : Berpuluh ribu rakyat masih nak bersama Anwar Ibrahim... Posted: 31 Mar 2013 08:42 PM PDT Ceramah Anwar Ibrahim mendapat sambutan pengundi tak kira mana ianya berlangsung. Tetapi ceramah Najib pula mendapat tepukan gemuruh dari ratusan ribuan kerusi yang bersyukur kerana tidak dicabuli oleh Bik Mama ataupun mereka mereka yang seberat dengannya. Kami berharap UMNO tidak menggaru kepala memikirkan bagaimana situasi ini telah terjadi. Walaupun beratus juta ringgit dilaburkan untuk membenam DSAI, namun nampaknya pengundi masih terpegun dengannya dan akan menghukum UMNO apabila berlangsungnya Pilihanraya kelak. Apakah pelakon handalan yang dibawa Eskay tidak berjaya memperdaya penonton? Apakah konspirasi Sodomi II yang didalangi oleh Khairul Annas tidak mencapai sasaran? Apakah DVD lucah Seasons 7 terbitan Papa Gomo tidak mendapat sambutan orang ramai? Kenapa nampaknya segala-gala onar yang cuba dilemparkan terhadap Dato Seri Anwar tidak melumpuhkan beliau malah memperkuatkan lagi iltizam rakyat untuk bersama beliau melakukan Transfomasi. Lebih memalukan lagi, ketika DSAI diperlakukan dengan begitu zalim, yang merosot bukan populariti DSAI tetapi populariti Dato Seri Najib. Buktinya amat jelas. Program Najib walaupun diadakan dikampung halamanya sendiri pun dipulaukan penduduk setempat dan hanya diramaikan oleh warganegara penyu 1Malaysia dari Kemboja. Ini menyebabkan kita kadang kala tersenyum sahaja apabila ada pendukung-pendukung Najib yang masuk ke blog ni dan medakwa kononnya Najib tu begitu popular. Kalau beliau popular kenapa lebih ramainya kerusi dari manusia di program yang melibatkan beliau? Inilah bukti yang dikehendaki rakyat. Takkan susah nak cari bukti itu. Kan Najib boleh menggunakan berbillion billion ringgit untuk menaikkan populariti beliau. Sampai berbelanja RM 10 juta wang rakyat untuk mengundang Psy sekali sebagai langkah mencari populariti murahan. Walaupun ianya berakhir dengan pelbagai cemuhan, Najib ni masih begitu bertekad hendak menggunakan artis untuk menaikkan imej beliau. Kini dikatakan beliau akan membayar Jackie Chan untuk berdamping bersama beliau bagi tujuan meminta sedekah politik. Inilah presiden UMNO yang begitu hina perangainya dan tidak erti rasa malu. Aku fikir kesemua langkah tersebut itu salah. Kalau nak naikkan populariti Najib setaraf dengan Dato Seri Anwar tak susah pun. Suruh TV3 dan Utusex menghentam Najib 24 jam sehari. Pastu suruh Rahim Tamby Chik membikikn filem lucah yang mempamerkan dirinya. Kemudian, mintaklah seorang dari bloggers pendukung Najib ni tampil kedepan dan bersumpah dirinya diliwat oleh Najib. Read More / Baca Lagi >> |
Perisik negara diguna untuk politik UMNO@BN – Lef Jen Ghafir Posted: 31 Mar 2013 08:38 PM PDT KUALA LUMPUR 1 APRIL: Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akibat campur tangan politik BN yang keterlaluan, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Menurutnya, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal kemasukan penceroboh dari negara luar, insiden di Lahad Datu dapat dielakkan serta tiada nyawa terkorban. "Perisik yang sepatutnya berfungsi untuk negara diperalatkan untuk politik sempit Umno BN. Saya tegaskan insiden ini bukan salah tentera dan polis tetapi penyalahgunaan aset perisikan untuk politik Umno BN. "Perisik digunakan mencari maklumat untuk penerbitan risalah menghina seteru politik. Saya yakin, ramai blogger anti Pakatan Rakyat terdiri daripada perisik," katanya. Beliau berkata demikian pada Forum Tragedi Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Jempol : Ketua kampung, 30 pemuda Umno sertai PAS Posted: 31 Mar 2013 08:33 PM PDT JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang. Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke. "Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung. |
PRU13 paling sengit - Pas Raub Posted: 31 Mar 2013 08:31 PM PDT Setiausaha Pas Kawasan Raub, Dr Mohamed Nilam Abdul Manap berkata, pembubaran parlimen kali ini paling dinantikan semua pihak sama ada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pengundi juga sentiasa bersedia di hadapan televisyen ataupun menerusi media lain untuk menunggu keputusan pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen. "Parlimen Raub antara kerusi menjadi sasaran PR untuk ke Putrajaya dan kita pasti berusaha untuk mendapatkannya. "Malah, Dun Dong yang selama ini menjadi kubu kuat Umno juga dalam keadaan terancam kerana Pas berpotensi untuk memenangi kerusi itu buat julung kalinya," katanya. Mohamed Nilam berkata, tema 'Pakat Ubat Dong Kite' akan dijulang sepanjang musim berkempen PRU13 di kawasan Dun Dong. Malah katanya, Program Jelajah Treler Negara Berkebajikan juga akan diadakan di Dataran Pekan Dong pada jam 12 tengah hari, hari ini. "Kita (Pas Kawasan Raub) menjemput semua penyokong Pas dan PR Raub untuk meraikan ketibaan treler berkenaan. "Sekiranya majlis berjalan lancar, pemimpin Pas akan menyampaikan ucapan dalam usaha meneruskan momentum perjuangan di kawasan ini," katanya. |
PRU13 : DAP umum pelan 14 perkara untuk kaum India Posted: 31 Mar 2013 08:25 PM PDT Pelan itu yang diumumkan di Johor Bahru semalam, penting kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib kaum India, seperti penyelesaian masalah kerakyatan dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya. Empat belas perkara dalam Deklarasi Gelang Patah itu ialah: 1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan; 2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India; 3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.Read More / Baca Lagi >> |
Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13 Posted: 31 Mar 2013 08:24 PM PDT (Muhyidin pun sudah rimas dengan tarikh pembubaran Parlimen) KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang timbalan perdana menteri setakat ini pun masih meneka-neka bila bosnya Datuk Seri Najib Razak nak membubarkan parlimen. Mengikut laporan The Malaysian Insider, Muhyiddin mengakui rakyat telah resah menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13. Beliau sendiri turut menunjukkan keresahan dan kebimbangannya tatkala Najib mengambil keputusan untuk membiarkan parlimen terbubar sendiri. Muhyiddin 'menolak' kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik parlimen sebelum PRU13. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2013 08:23 PM PDT TANJONG KARANG – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa terpaksa bertanding di Selangor untuk membantu parti yang dikatakan berpecah bagi memastikan negeri itu masih kekal milik mereka. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, perpecahan PKR itu jelas apabila Pengerusi PKR Negeri, Mohamed Azmin Ali menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang menang di negeri itu kelak. "Dulu, Azmin kata, Tan Sri Khalid hendak bertanding parlimen saja (dan ini) menunjukkan Azmin tak nak Abdul Khalid jadi MB Selangor. Hari ini Wan Azizah datang dan Khalid kata dia boleh jadi MB. |
Sulu army gets reinforcements in Lahad Datu? Posted: 31 Mar 2013 08:18 PM PDT Armed men had allegedly slipped through the Malaysian and Philippine naval cordon and joined Kiram's rebels, claims the sultan's spokesperson. MANILA: Some 100 heavily armed men have joined the followers of Agbimuddin Kiram in Sabah to continue fighting Malaysian forces in Lahad Datu, sultanate spokesman Abraham Idjirani said yesterday.Idjirani said Agbimuddin, brother of Sulu Sultan Jamalul Kiram III called him up to report that some heavily armed civilians have joined the fighting in Sabah. Idjirani said the civilians managed to slip through the sea blockade of the Malaysian and Philippine navy forces in going to Sabah. "(Agbimuddin) called me about the arrival of civilians with arms who have joined the royal security forces," Idjirani said, according to The Philippine Star. |
Are Malays now a wounded civilization? Posted: 31 Mar 2013 08:16 PM PDT Malay unity has suffered owing to the NEP and other factors. When Razak assumed power, he hastily conceived and implemented the New Economic Policy (NEP). He most likely meant well for the Malays and other Bumiputeras, but he failed to gaze into the future to see how the NEP will evolve. This was the failing of the NEP and Razak, which is to be now blamed as the root causes for the factionalism and strife occurring among the Malays in this country. This is why, since the advent of the NEP till now, the Malays have most likely emerged as a wounded civilization. Tracing the root causes of the general unhappiness, discontent and strife within the Malay community now is difficult, as this involves the complicated and daunting task of going through seamless and vast decisions that have been made for them since Independence. But the fact that they are now splintered and disunited is obvious. Read More / Baca Lagi >> |
Respon TG Nik Abdul Aziz berkenaan laporan NST, masalah sosial di Kelantan Posted: 31 Mar 2013 08:08 PM PDT |
PRU13 : AMK lancar treler Demi Rakyat untuk promosi calon anak muda Posted: 31 Mar 2013 08:06 PM PDT SEPANG 31 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) malam tadi melancarkan Treler Jelajah Demi Rakyat di Dataran Taman Mas Puchong di sini, sebagai persiapan menghadapi PRU 13. Ia dilancarkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin bagi memudahkan pergerakan ke beberapa negeri bagi mempromosi calon anak muda KEADILAN. Menggunakan tenaga hydrolic, treler itu mampu menyiapkan pentas ceramah dalam masa 30 minit dan dilengkapi PA sistem yang boleh menjangkau 5,000 pendengar. Treler itu dijangka membawa 12 krew tetap yang bertindak sebagai jentera operasi treler dalam setiap siri jelajah, selain pemandu dan kelindan. Penggunaan kenderaan yang diubah suai itu menjadi simbolik kepercayaan parti kepada anak muda bagi membawa perubahan politik di negara ini. "Moden dan canggih adalah siknifikan dengan anak muda. Justeru kami buka penglibatan dan buah fikir anak muda yang mahu menambah baik treler itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2013 07:58 PM PDT ( SURAT RASMI SPR YANG MEMBUKTIKAN SIAPA PENIPU DAN SIAPA JADI BARUA UMNO ) Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit. Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR. "Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi. Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya. Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2013 07:44 PM PDT |
3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu Posted: 31 Mar 2013 07:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua minggu, tiga siri tangkapan telah dilakukan pihak polis terhadap mahasiswa. Menurut Facebook Berita Universiti, siri tangkapan pertama, tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri pada 22 Mac lalu setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu. Tangkapan kedua pula, lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang terdiri daripada tiga siswa dan dua siswi ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac lalu. Siri tangkapan ketiga pada hari ini, 31 Mac, yang mana lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak). |
PRU13: Hsio Leong tanding Parlimen Alor Setar, Dr Azman di Kuala Kedah Posted: 31 Mar 2013 07:31 PM PDT KEDAH 31 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon KEADILAN yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah pada PRU 13. Gooi Hsio Leong yang juga seorang peguam muda diumum sebagai calon Parlimen Alor Setar di Dewan Taman Berjaya, Kuala Kedah ketika Anwar menghadiri satu program bersama lebih 3,000 masyarakat keturunan Tionghua. Hsio Leong pada PRU 12 tewas kepada Datuk Seri Chor Chee Heung dari BN dengan majoriti hanya 184 undi dan dijangka mampu merebut kerusi berkenaan berdasarkan senario semasa. Di lokasi berasingan, Anwar membuat pengumuman rasmi bahawa Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah, Dr Azman Ismail bertanding Parlimen Kuala Kedah. Dr Azman mengganti Datuk Ahmad Kassim yang menang dengan majoriti selesa iaitu 7,018 undi ketika mengalahkan Datuk Hashim Jahaya dari BN pada PRU 12, diuar-uar bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. |
PRU13 : Dr M ke Johor pertahankan BN, seru rakyat tamatkan karier politik Kit Siang Posted: 31 Mar 2013 07:27 PM PDT Dengan gaya biasa beliau, perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut menyerang pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sambil mengatakan pilihan raya umum ke 13 juga adalah medan untuk mengakhiri karier politik menteri besar Kelantan itu. "Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik," kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini. Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu. Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003. Read More / Baca Lagi >> |
BACK TO GAMBLING WAYS: Dr M wagers 10 sen Anwar will resort to street demos Posted: 31 Mar 2013 07:26 PM PDT JOHOR BARU- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad, is putting a 10 sen bet, that the opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, will resort to street demonstrations and create havoc, when the opposition fail to change the government in the upcoming general elections. Tun Mahathir who addressed more than 14,000 people at the Bicara Perdana forum held at the Project Perumahan Rakyat here in Kempas Permai here, also said though he is not a gambler, yet he is willing to place the bet, as news and plans of the demonstrations by the opposition party once they lose, have surfaced. Mahathir also asked the people to ensure they do want is right and ensure that Lim Kit Siang, Nik Aziz and Anwar Ibrahim's political career is ended this general elections. - New Straits Times |
Lahad Datu : 'Datuk Seri' yang dikehendaki polis dilihat bersama Najib dan pimpinan UMNO Posted: 31 Mar 2013 06:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin. Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno. (Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno) Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor. Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. (Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno) "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini. Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu. Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau. |
Polis cari lelaki berpangkat Datuk Posted: 31 Mar 2013 06:46 PM PDT |
Pesanan presiden PAS kepada semua pengundi Posted: 31 Mar 2013 06:44 PM PDT |
Majlis Pelancaran Pecah Tanah Stadium Negeri Kelantan Posted: 31 Mar 2013 06:43 PM PDT |
Ustaz Azman Halim: Ilmu yg difahami Posted: 31 Mar 2013 06:43 PM PDT |
Menolak Tahaluf Siyasi Umpama Ketinggalan Keretapi Posted: 31 Mar 2013 06:42 PM PDT |
PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - (KEMAS KINI 1-April-2013) Posted: 31 Mar 2013 09:33 AM PDT SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013) 1. Gombak - Azmin Ali (penyandang) 2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 4. Batu - Tian Chua (penyandang) 5. Sembrong - Onn Abu Bakar 6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan) 7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan) 8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 9. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail 10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 11. Padang Serai - N Surendran 12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty 13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup 14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) 16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) 20. Pandan - Rafizi Ramli 21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 23. Saratok - Ali Biju 24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 25. Baram - Roland Engan 26. Limbang - Baru Bian 27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan) 28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan) 29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) 30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan) 32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013) 1. Gelang Patah - Lim Kit Siang 2. Bukit Gelugor - Karpal Singh 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong 6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) 7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 9. Bentong - Wong Tuck 10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang) SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013) 1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) 2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan) 8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang) |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan