Ahad, 31 Mac 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ALAHAI MASLAN....TAK PAYAH TANDING LE..DEBAT DULU CUKUP.ADA BRANI?

Posted: 31 Mar 2013 08:42 AM PDT

Jurucakap Umporno mencabar anwar bertanding di tempat beliau. Kalau hang pi bertanding di PMT Pauh amacam bro?...Tapi bukan standard hang la nak debat atau nak tanding di Permatang Pauh. Malas cakap lah.Hang fikir la sendiri. Debat siaran langsung dalam TV elok kot Maslan??? amacam?? ada brani??
 
 
 
 
MP Umno cabar Anwar bertanding di Pontian
 
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan parlimen Pontian yang diwakilinya.

Cabaran itu dilontarkan Ahmad Maslan sewaktu mengulas tindakan Pakatan Rakyat meletakkan beberapa tokoh untuk dicalonkan bertanding di kubu kuat Umno itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kalau Anwar Ibrahim hendak bertanding di Pontian pun, silakan," kata Ahmad selepas majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur petang tadi.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan MP popular DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong juga dijangka diletakkan bertanding di kerusi Parlimen di negeri Johor.

Bercakap lanjut, Ahmad menegaskan bahawa Pakatan rakyat sebenarnya masih tidak faham politik Johor apabila menjangkakan pengundi Cina Johor akan mengundi calon DAP.

Menurutnya, rakyat Johor menerima calon BN tanpa mengira warna kulit mereka.

"Johor ini sebati dengan politik Umno BN," katanya.

Tegasnya lagi, Pakatan Rakyat bakal berhadapan saingan yang sengit dari Umno dan BN Johor.

"Cabaran mereka kita akan tentang dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya.

Utusan kini cipta skrip fitnah terlampau (LM)

Posted: 31 Mar 2013 08:26 AM PDT

Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.

Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu. 

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

Posted: 31 Mar 2013 02:59 AM PDT

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah


KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan 'Gerakan Haramkan Umno' di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan 'baru' di belakangnya.

"Namun, hanya 30 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 70 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram," ujarnya.


"Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
"Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan," Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48792

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Posted: 31 Mar 2013 02:57 AM PDT

Ada penglibatan politik 'luar biasa' di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM


KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bekas jeneral

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

"Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,"
"Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi 'Command and Control', tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

"Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman," katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
"Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan," katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
"Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

"(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu)," katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48774


BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

Posted: 31 Mar 2013 02:46 AM PDT

BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

March 31, 2013
31 MAC — BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya "at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament". Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat 'press conference' untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.

Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah 'inter-party' dan 'intra-party' masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari Umno memberitahu saya, "jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu," dalam mood menyindir.

Saya selalu menulis tentang isu ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. Umno sebenarnya sudah menganggap MCA ini sebagai 'baggage' yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli Umno sendiri berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.

Umno sendiri sudah tidak berdaya menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah 'inter-party'. Bagaimana pula dengan masalah 'intra-party' dalam Umno dan MCA itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan di dalam Umno itu.

Saya telah memberitahu yang sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan Umno akan berpecah lagi. Sabotaj terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu merupakan budaya yang tegar dalam Umno sejak sepuluh tahun dahulu sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah untuk tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.

Apa semuanya ini? Kalau terpaksa mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu menunjukkan yang Umno pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya. Jika Umno menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat mandat nanti.

Isu pemilihan calon masih tidak dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang diwakili oleh Umno dalam pilihanraya ini. Sedangkan masalah Umno di Perlis, negeri yang terkecil dalam negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah Umno di seluruh negara? Selagi pimpinan Umno takut kepada 'warlords' yang sedang mengambil kesempatan semasa Umno dalam krisis ini, masalah tidak akan selesai walaupun pilihanraya sudah diumumkan.

Blog ini selalu menasihatkan agar Umno menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan tenaga untuk 'mengerjakan' pihak pembangkang. Dalam pembangkang tidak menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh Umno. Lim Kit Siang hendak berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.

Penghijrahan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan negara. Menang kalah bukan 'ultimate' bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya. Sallahudin Ayob sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk memperjuangkan semangat demokrasi itu.

Kalau dahulu pemimpin-pemimpin dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan berkesan. Sebaliknya, Umno menghadapi masalah-masalah yang masih tidak selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kedua-dua parti ini telah mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan lebih hampir lagi.

Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang disebut dalam peribahasa, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.

Walaubagaimanapun kehendak rakyat kali ini adalah 'predictable'. Samada Parlimen dibubarkan esok atau penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baru.

Tindakan untuk melakukan perubahan ini, bukannya satu jenayah.

Dalam pada itu Umno juga boleh mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan. Umno akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti yang mempunyai perjuangan yang betul.


PAS dan DAP mengalami berada di luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih mantap dari segi perjuangan mereka.

Umno akan tetap menjadi parti yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya. — aspanaliasnet.blogspot.com



* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



DATO FAUZI BERTANDING DI PARLIMEN INDERA MAHKOTA

Posted: 31 Mar 2013 02:41 AM PDT


Ketua PKR Pahang bertanding Indera Mahkota

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat Kuantan malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon BN Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi.

- Bernama

Tiada ulasan: