MIMPI SENJA |
- “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu" - Datuk Seri Muhammad Ridzwan
- Ni yang buat Najib takut nak bubar Parlimen ....
- ‘Di mana kami mahu tinggal selepas ini?’ - Siti Aminah, 21, penduduk Kg Tanjung Labian, Lahad Datu
- [Video Inside] edisi BONGKAR : hanya 25% cawangan UMNO berdaftar - SAMM
- Ops Daulat : "Datuk Seri" dicari
“Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu" - Datuk Seri Muhammad Ridzwan Posted: 31 Mar 2013 08:25 PM PDT Oleh Ardyhansah Amat dan Na'imah Mohamed Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah. Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu. "Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. "Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis. "Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada pengganas terbabit," katanya ketika dihubungi. |
Ni yang buat Najib takut nak bubar Parlimen .... Posted: 31 Mar 2013 09:49 AM PDT |
‘Di mana kami mahu tinggal selepas ini?’ - Siti Aminah, 21, penduduk Kg Tanjung Labian, Lahad Datu Posted: 31 Mar 2013 08:47 AM PDT 31 Mac 2013 LAHAD DATU - "Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru" kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina. Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka. Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo, mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang. "Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa. Kami kemudiannya ditempatkan di pusat pemindahan sementara sehinggalah hari ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan. Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah. Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?" "Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur," katanya sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sementara itu jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas. Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali. "Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah," katanya. Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa. Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas. |
[Video Inside] edisi BONGKAR : hanya 25% cawangan UMNO berdaftar - SAMM Posted: 31 Mar 2013 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR 31 Mac - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram dengan mendakwa hanya 25 peratus daripada keseluruhan cawangan parti itu di Negara ini yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Menurut Ketua Penyelaras Kebangsaan SAMM Badrul Hisham Shahrin, masalah pendaftaran parti UMNO itu akan dibongkar sepenuhnya selepas pilihanraya ke 13 kelak (PRU13) sambil merayu kempen 'Haramkan UMNO' disokong ramai pihak. "Hanya 25 peratus cawangan UMNO seluruh negara yang sah. Kita akan bongkar selepas PRU13. "Kami menyeru kempen ini disertai oleh semua kelompok," katanya pada sidang media dan perjumpaan bersama blogger dan facebooker di Dewan Auditorium KLSCAH di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Gabungan Blogger Revolusi 13, Datuk Tarmizi Mohd Jam. Dalam pada itu, Badrul menjelaskan, kempen 'Haramkan UMNO' yang diperkenalkan pada 24 Mac lalu telah mencapai kata sepakat pada Majlis ini dengan mensasarkan tiga matlamat utama iaitu :- 1. Beri kesedaran kepada rakyat, hentikan organisasi yang merasakan mereka mengatasi undang-undang dengan menolak UMNO / Barisan Nasional. 2. Siarkan aktiviti, email, pancing maklumat kepincangan serta mendapatkan maklumat lengkap. 3. Menggunakan proses mahkamah. Katanya, kempen yang digerakkan bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 inidigerakkan secara agresif malah bakal memberi kejutan terhadap UMNO "Kita akan menggunakan mahkamah melalui proses berbeza yang pasti akan mengejutkan mereka (UMNO)." ujarnya. Ketika disoal wakil blogger samada negara akan berlaku darurat sekiranya UMNO berjaya diharamkan, Badrul Hisham berkata ia terletak dibahu Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu. "Kita percaya kepada Raja-Raja Melayu. Apa jua keputusan ia adalah hak rakyat untuk mengadakan pilihanraya. "Jika ia (UMNO) diharamkan ia tiada masalah. Ia cuma kempen kesedaran. Pelengkap kepada perubahan negara. "Walaubagaimanapun kita pertimbangkan risiko (darurat) tersebut. "Kita percaya dan yakin kepada Duli Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja yang lebih bijaksana," katanya. Pada Majlis yang sama, SAMM turut menggesa kesemua blogger dan facebooker Pro PR memainkan peranan utama dalam menggerakkan kempen berkenaan. Antara peranan yang perlu mereka gerakkan adalah seperti :- 1. Menyampaikan penerangan 'kenapa UMNO organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara. 2. Menggerakkan desakan carian status cawangan UMNO di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan UMNO tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke emailharamkanumno@gmail.com 3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran UMNO yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com |
Ops Daulat : "Datuk Seri" dicari Posted: 31 Mar 2013 05:28 AM PDT LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. "Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad. Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah. Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani. Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan