Nuffnang

Pengikut

pemuda cheh

sumber :-

pemuda cheh


Rupanya Ini Punca Najib Tak Bubar Parlimen Lagi..

Posted: 21 Mar 2013 04:42 PM PDT

 Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini. Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan kepada Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Dengan itu, nama-nama besar seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Soi Lek merupakan Presiden MCA dan Tsu Koon mengetuai parti Gerakan. BN terdiri daripada 13 parti komponen semuanya.

Tsu Koon yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut kalah pada pilihan raya umum yang lalu.  Beliau telah pun mengumumkan tidak akan bertanding PRU13.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat bersama Najib akan bersambung lagi hari ini dan beliau yakin akan ada beberapa pertemuan lagi bagi memuktamadkan pembahagian kerusi BN.

"Tak akan selesai esok (hari ini). Ada banyak perubahan sebab kalah dulu," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Soi Lek enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Soi Lek berkata, tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT