Jumaat, 22 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Wan Ahmad Dakwa Kempen 21 Hari Adalah Membazir

Posted: 22 Mar 2013 05:45 AM PDT

SHAH ALAM, 22 Mac - Tempoh berkempen terlalu lama membazir wang, masa dan tenaga semua pihak terlibat, malah ia juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar . Wan Ahmad menegaskan, alasan pembangkang mendakwa tempoh berkempen pada masa sekarang tidak mencukupi tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi, mereka mampu menyebarkan latar belakang calon dengan mudah. "Tak lojik kerana majoriti rakyat memilih parti walaupun ada pengundi yang memilih calon. "...jika calon baru yang bertanding sekalipun dengan teknologi media hari ini dalam beberapa hari, gambar dan biodata calon boleh tersebar luas dan rakyat mengetahui siapa calon itu. "Tempoh kempen 21 hari pernah dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita pada tahun 60an dan 70an semasa negara masih mundur, tiada segala kemudahan infra moden, tiada kecanggihan teknologi media dan internet seperti yang ada sekarang," jelas beliau ketika dihubungi. Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan pemimpin Pakatan Rakyat pada 14 Mac lalu yang mahu SPR menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari. Perkara yang sama diulangi awal minggu ini. Kali ini SPR akan memperuntukkan tempoh berkempen minimum 11 hari. Katanya, tempoh yang lama tidak menjamin sesebuah parti itu akan menang kerana pengundi pada masa ini membuat pilihan atas penilaian terhadap isu yang dimain dan diperjuangkan mana-mana parti. "Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang," ulasnya sambil menyifatkan sejak 2009, semua parti politik telah memulakan kempen tanpa henti-henti hingga saat ini menerusi pelbagai medium dan cara. Tambah beliau, tempoh kempen sedia ada tidak perlu dikaji semula demi kehendak sekelompok kecil parti politik pembangkang, sekali gus tidak membeban pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen. "Jika tempoh kempen panjang dan terlalu lama, polis terpaksa bertugas siang dan malam 24 jam untuk menjaga kententeraman awam, menguatkuasakan undang-undang dan lain-lain," katanya.

RTM Beri Ruang Pembangkang Bentangkan Manifesto!

Posted: 22 Mar 2013 05:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac  - Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu. "Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang. "Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya di Angkasapuri di sini hari ini. Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing. Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya. "Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya. Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela. "Syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. "Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.- Bernama

Lagi Isu Air Di Pahang Yang Gagal Di Tangani UMNO !!

Posted: 21 Mar 2013 11:50 AM PDT

MARAN - Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka. Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu. Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk. Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu. "Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk "Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan. "Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa," keluhnya. Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebersihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna. Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.  "Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.


"Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah. "Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak," jelasnya.  Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama. Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen. Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi. "Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu. "Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya.  Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Parlimen Maran yang diwakili BN. sumber

Panas: Papa Gomo Dedahkan Video Terbaru Anwar !!

Posted: 21 Mar 2013 10:01 AM PDT


[Video terbaru yang didedahkan oleh Papa Gomo ini pasti mengejutkan. Menurut beliau dia telah menemui mangsa liwat dalam video ini yang kononnya merupakan seorang mahasiswa berusia 19 tahun pada bulan Februari yang lalu. Menurutnya, mahasiswa terbabit mengaku itu bukanlah kali pertama dia diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia dilakukan atas dasar suka sama suka. Katanya mahasiwa itu mengaku diberikan wang poket RM300 selepas diliwat. Mahasiswa tersebut yang pertama kali diliwat Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dan menginsafi perbuatan beliau dan mendalami ilmu agama hasil bantuan dari rakan rakan ilmuan agama. Kejadian liwat antara Mahasiswa ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku kerana menurut mahasiswa tersebut ada rakan rakan nya juga pernah menjadi mangsa liwat Anwar dan ianya adalah kerana suka sama suka. Mahasiswa tersebut kini dilindungi Papa Gomo dan beberapa rakan lain demi keselamatanya. Baca seterusnya di sini. Persoalannya, apakah benar video ini hanya anda sendiri yang boleh menilainya. Kami hanya memaparkan apa yang menjadi kemusykilan terbaru dikalangan rakyat Malaysia sekarang ini. Tengok dan buatlah penilaian !!].

Makin Di Tekan Semakin Ramai Masuk Islam Di USA !!

Posted: 21 Mar 2013 08:38 AM PDT

Tiada ulasan: