Jumaat, 22 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Wakaka...Kempen 21 hari membazir, kata SPR

Posted: 21 Mar 2013 11:00 PM PDT


Kempen lama-lama membazirkan wang, tenaga dan masa konon... kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Woit pakcik... wang, bukan lu punya wang... tenaga, bukan hang punya tenaga... masa, bukan kamu punya masa... Habis nape pulak pakcik yang sibuk sangat??

Lima tahun sekali rakyat nak ber-'RAYA' meraikan demokrasi, di samping memilih-milih calon mereka, biarlah bagi masa yang secukupnyer bagi rakyat bersuai kenal. Bukan senang oi... nak hidup selama 5 tahun dengan seseorang calon... jadi bior kenal hati budi mereka, baru paus hati. Nak cari kuli biar berbaloi..

Ater... tuan kamu udah tak berduit ke untuk berkempen lama-lama bagi me-RAYA-kan demokrasi?? 

Ater mana nak ada duitnyer, mengkalor habis diperait untuk macam... 1Malaysianyer. Tabor duit sana sini untuk pikat rakyat agar sukakan demer. Merambu sana sini berkempen atas nama tugas rasmi.  Pakcik ingat rakyat bodoh dan buta?? 

Demer tu... guna duit rakyat untuk berkempen tapi putar belit kononnyer atas tugas rasmi. Cer pakcik bukak mata sikit... Salah tu, tau tak. Nak kempen kalau.... kena gunaler duit parti bukan duit rakyat. Tapi nak buat macam mana... pihak pakcik dah rela menjadi lembu pencacai demer, so buat-buat ler tak nampak.

Untuk berkempen, demer guna TB rakyat... tapi pakcik tutup mata. Demer guna harta rakyat.. pakcik butakan mata... Demer guna duit rakyat... pakcik buat nehen jer. Ater semuanyer guna hak dan duit rakyat, camne pakcik tak kata bazirkan duit. Udahlah duit tak mandang, hutang pulak banyak. Jadi untuk jimat kos agar duit rakyat tak dibazirkan dan tak terus bankrap agaknyer, pakcik suggest kempen RAYA kami, dipendekkan. Haa.. banyak cantik??

Yang pakai duit rakyat bukan kami pakcik... tapi demer. Sepatutnya, pakcik bertegaslah suruh demer pakai duit parti demer. Demer nak bazirkan banyak mana sekali pon, lantak demer ler. Tak payah pakcik nak sibuk-sibuk peningkan kepala.

Oleh sebab demer kerajaan... advantage pada demer untuk guna segala bagai mak nenek yang menjadi milik rakyat untuk kepentingan mereka, walapun ia salah. Tapi jangan ler deny hak pembangkang untuk berkempen bagi mendapat sokongan para pengundi. Tak adil namanyer tu, Berat sebelah... Dalam kubor nanti Allah SWT tanya, nak jawab apa pakcik?? Pakcik tak takut mati ke?? 

Pakcik akan mati jugak pakcik. Itu janji Allah... yang hidup akan mati. Tobatler pakcik... Balik ler ke pangkal jalan. Cukup-cukup ler jadi barua UMNO/BN.

SPR yang pacik kendalikan tu... rakyat lihat sudah lunyai teruk integritinyer.... kredibilitinyer... macam juga dengan PDRM... dan SPRM. Tak boleh pakai dah. Teruk sangat dah. Sakit mata dan sakit memandangnyer.

Sebab tu... Pakatan Rakyat perlu berkempen kuat dengan masa yang secukupnyer untuk mengajak rakyat bersama-sama mereka membuat perubahan agar kerja-kerja membaik pulih dapat dijalankan bagi meng-upgrade-kan semula integriti dan kredibilti institusi-institusi yang dah rebeh tu... ke tahap yang sepatutnye.

Pakatan Rakyat mahu menegakkan keadilan.. yakni meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. SPR sepatutnya badan yang bebas dari sebarang pengaruh politik dan mesti bersikap adil lagi saksama dalam melaksanakan tanggung jawannyer. But... sedih sesangat apabila melihat SPR hari ini. Hmmm.. hanya jadi lembu tunggangan jer kepada tuan politik yang zalim dan khianat kepada rakyat.

Enough is enough... Ini kali, come what may... rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat akan all out berusaha untuk menumbangkan UMNO/BN yang dijilat oleh SPR dan in shaa Allah akan berada di Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Jam tu... Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar pun... kita akan cari. Hahahaha... jangan naik jet lari bersama para pemimpin UMNO/BN sudah. Kah kah kah kah....

Ini kalilah... Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis

Posted: 21 Mar 2013 08:00 PM PDT


Dah pencen baru nak bersuara??

Ha ah... terpaksa. Masa pegang jawatan, mereka ni tak boleh nak bersuara, walau pun dalam hati membara dan menyampah giler tapi apa nak kata... Mereka hanya, "Saya yang menurut perintah" 

Walau pun sesuatu arahan itu buruk dan keji tetapi mereka terpaksa akur dan turuti. Mereka hanya makan gaji...   sedangkan komitmen peribadi tinggi. Mau tak mau.... terpaksa kekal dalam perkhidmatan... demi mencari rezeki bagi menampung segala komitmen. Tebalkanlah muka kena hina dan keji... Pekakkanlah telinga kena maki dan hamun. Tiba masanya... baru bersuara.

Inilah yang berlaku hari ini. Setelah mereka bersara atau tidak pegang jawatan lagi, barulah pihak ini berani bersuara dan menyertai dan bersama kita menentang pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

Seorang demi seorang menyertai kita dan kini ramai yang sudah bersama-sama kita bagi membantu Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan durjana UMNO/BN. Alhamdulillah...

Ya.... kerajaan perosak ini wajib kita tumbangkan bagi membuka ruang dan peluang Pakatan Raktan membaik pulih institusi-institusi yang telah lunyai kredibiliti serta integriti mereka.

Walaupun pasti ada orang yang kata... why now setelah tak pegang jawatan??

Lantakler... pedulikan  hapa orang nak kata. It's better late than never... tak gitu??

Bekas SB: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.
"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'
Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.-MKini

Babi giler punya impian Vs Giler babi punyer himpunan

Posted: 21 Mar 2013 06:54 PM PDT


Najib Razak memasang impian untuk merampas semula Kelantan setelah dua dekad Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS. Ini bermakna Najib menyambung mimpi mereka yang terdahulu daripadanya bermula dengan Mahathir.

Namun demikian, hingga kini mimpi hanya tinggal mimpi. Rakyat Kelantan masih istiqamah bersama kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Pelbagai usaha mereka buat... pelbagai fitnah mereka taburkan, pelbagai rasuah mereka cuba suapkan, namun... kebijaksanaa rakyat Kelantan berhadapan dengan taktik dan strategi politik puak-puak syaitan yang kenali ini... aku respek giler. Rakyat Kelantan tetap bersama PAS. 

Salut untuk rakyat Kelantan. Wa caya lu orang!!

Hahahaha.... Kelantan tetap utuh dalam tangan PAS di bawah kepinpinan ulamak yang kita sayangi. Now... Najib and the gang, bertambah kuat tekad mereka untuk merampas Kelantan kerana anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada Kelantan. Ya... sebenarnyer sebuah negeri yang kaya tapi kekakayaan tersebut telah dirampas oleh Najib. Hampeh...!!

Kini...  rakyat Kelantan bangkit bersama-sama para pemimpin mereka, menuntut hak mereka yang sekian lama telah dinafikan oleh UMNO/BN. Ini... salah satu sebab, mengapa kita sebagai rakyat Malaysia yang lain mesti bersatu hati dan bersatu tekad men-nyahkan UMNO.BN dari Putrajaya, agar keadilan bagi semua rakyat di Malaysia dapat diberikan.

Sebab itu... di mana-mana Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan oleh Pakatan Rakyat, meronyut-ronyut rakyat bersama-sama kita. Macam ulat taik wa cakap lu... Tak caya?? 

Gambar di atas yang gua cilok dari blog member gua, hanya mukadimah jek. Nak tengok lagi pergi ke blog dia di sini. Gempak... happening.... gilerr babi beb.

Tiada ulasan: