Pahang Daily Online |
- Saiful Pula Dakwa Bapa Di Perguna Pihak Tertentu !
- Panas: Bapa Saiful Dedah Kes Liwat Konspirasi Najib!
- Panas: Lagi Video Serangan Berdarah Di Bukit Katil !
- Video: Kereta Anwar Di Serang Samseng Di Melaka !!
- Panas: Utusan Putar Belit Mangsa Cedera Bukit Katil
- Panas: Video Politik Ganas Samseng Melaka Tersebar
- KPN Sahkan Jumlah Kematian 'Op Daulat' 52 Orang !!
Saiful Pula Dakwa Bapa Di Perguna Pihak Tertentu ! Posted: 08 Mar 2013 01:06 AM PST [Selepas bapanya mendakwa anaknya, Mohd Saiful Bukhari Azlan digunakan oleh pihak tertentu untuk merancang konspirasi jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba petang ini anak beliau pula mendakwa bapanya, Azlan Md Lazim telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membuat pengakuan tersebut pagi tadi. Berdasarkan maklumat, Saiful antara lain berkata, "Berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna." Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak." "Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau. Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh. Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat]. |
Panas: Bapa Saiful Dedah Kes Liwat Konspirasi Najib! Posted: 07 Mar 2013 10:59 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Mac - Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut. Azlan Mohd Lazim (foto), 60, dalam satu sidang media tertutup hari ini, juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut. "Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan. "Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau. Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati. Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. Gambar yang pernah mencetuskan kontroversi antara Saiful dan Khairil [Apa yang pasti, pendedahan oleh bapa Saiful ini pasti akan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang mati-mati percaya dengan kes ini. Malah, biar pun diputuskan oleh mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah namun masih ramai dikalangan mereka yang masih mengganggap Anwar sudah bersalah. Justeru, pendedahan panas oleh bapa Saiful ini mungkin memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekallkan kuasanya di Putrajaya. Siri pendedahan ini pasti akan berpanjangan dan banyak lagi isu panas akan terbongkar selepas ini agaknya. Soalnya sekarang, apakah Saiful merestui pendedahan yang dibuat oleh bapanya itu?. Pasti insiden ini akan lebih mencemaskan dan pasti memeningkan kepala pihak-pihak yang mahu sangat Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat ini. Apapun, hanya rakyat yang bijak pandai sahaja yang percaya semua ini adalah satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan karier politik seseorang. Jika benar Anwar tidak liwat Siaful dan Azizan, makanya apa motif Mahathir Mohamad memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 2 September 2008 dulu?. Kini, pasti ia akan lebih panas dan sensasi !]. |
Panas: Lagi Video Serangan Berdarah Di Bukit Katil ! Posted: 07 Mar 2013 07:54 PM PST |
Video: Kereta Anwar Di Serang Samseng Di Melaka !! Posted: 07 Mar 2013 05:58 PM PST |
Panas: Utusan Putar Belit Mangsa Cedera Bukit Katil Posted: 07 Mar 2013 10:43 AM PST Ramai pihak, terutamanya mereka yang hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil Melaka kecewa dengan laporan "putar belit" yang dibuat oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia kononnya "Anggota Polis Cedera Di Baling Objek Keras Dalam Ceramah Pembangkang". Artikel berkenaan dimuat naik ke laman rasmi akhbar terbabit lewat malam tadi. Walau pun artikel berkenaan dipercayai telah dikeluarkan selepas itu, mungkin kerana melihat keratan diatas tersebar di laman-laman media sosial maka ia dikeluarkan secara tiba-tiba. Namun, apa yang pasti edisi cetak mungkin menyiarkan atau pun tidak artikel berkenaan. Walau pun sudah dikeluarkan namun ramai yang kecewa melihat kerenah wartawan Utusan Malaysia ini yang tidak jemu menyebarkan dakyah untuk berbohong kepada rakyat. Menurut sumber, dalam kejadian malam tadi sebenarnya dua orang penyokong pembangkang yang telah cedera akibat dibaling objek keras yang dipercayai batu. Kepala salah soerang daripada mangsa berdarah teruk akibat serangan penceroboh yang dikatakan membawa bendera Barisan Nasional ke program terbabit. Tidak diketahui dari manakah mereka itu, namun kemungkinan besar merupakan samseng upahan yang cuba untuk menganggu program anjuran pembangkang di kawasan Parlimen Bukit Katil itu. Sila lihat bukti dibawah:- [Dalam kejadian malam tadi, turut menjadi mangsa ialah bas yang membawa Anwar ke lokasi terbabit. Cermin pecah akibat dibaling dengan batu oleh pihak yang berkenaan. Berdasarkan video yang dipaparkan dibawah ini, kelihatan jelas anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menghalang pihak yang berkenaan menceroboh lokasi program Jelajah Merdeka Rakyat itu. Persoalannya, kenapa mereka semua itu perlu menceroboh dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini?. Apa perlunya mengganggu ceramah pembangkang sedagkan kerajaan mempunyai segalanya untuk berceramah kepada rakyat termasuk media elektronik dan sebagainya. Tindakan menganggu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima di ketika rakyat Malaysia disarankan menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Jika inilah keadaannya, apa akan terjadi jika UMNO BN tewas dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang?. Belum apa-apa sudah mengganas, maka ia mengesahkan lagi kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO termasuk pihak SPR sendiri kononnya pembangkang akan cetuskan huru hara jika kalah pada PRU-13 ini nanti. Sekarang sudah terbukti, pihak manakah yang cintakan keganasan itu sebenarnya]. |
Panas: Video Politik Ganas Samseng Melaka Tersebar Posted: 07 Mar 2013 09:49 AM PST |
KPN Sahkan Jumlah Kematian 'Op Daulat' 52 Orang !! Posted: 07 Mar 2013 09:48 AM PST LAHAD DATU, 8 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Ops Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang. Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan semalam (Khamis). Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini. Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Negeri Sabah. Beberapa penduduk kampung melihat mayat pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan hendap di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna pada hari Sabtu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dipercayai terlibat dengan Op Daulat semalam [Walau apa pun yang terjadi, seluruh rakyat Malaysia sebenarnya mengharapkan episod pencerobohan ini dapat berakhir dengan segera. Syabas dah tahniah kepada anggota keselamatan negara yang bertungkus lumus berjuang menentang musuh. Biarpun berbagai spekulasi yang ditimbulkan oleh semua pihak namun apa yang kita harus faham ialah penceroboh itu datang ke Sabah untuk menuntut hak mereka yang sudah tidak tewrmaktub lagi. Kini, rakyat menunggu sampai bilakah insiden ini akan berakhir. Tambahan pula pilihanraya umum ke-13 yang kelihatan semakin hampir menjelang tiba tidak lama lagi. Semua pihak berharap agar negeri Sabah tidak disiytiharkan darurat jika keadaan bertambah parah nanti. Ia kerana kerusi parlimen di Sabah bakal menentukan siapakah yang akan menguasai Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sebenarnya. Justeru, berbagai persepsi negatif yang ditimbulkan agar rakyat dapat berfikir tentang insiden ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan