Jumaat, 8 Mac 2013

.

.


Kawasan Keselamatan Khas Pula Di Sabah?

Posted: 07 Mar 2013 03:45 AM PST

TANGGAPAN PETANG                                                                                                      

Najib Razak: Tubuh kawasan khas.
Tujuan kunjungan Najib Razak ke kawasan sedang bergolak di Lahad Datu Sabah hari ini di samping meninjau keadaan di sana ia juga untuk mengumumkan sesuatu yang penting dan mengejutkan serta boleh diterjemahkan dengan berbagai tujuan di sebaliknya.

Hari ini Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah? Perwujudan kawasan itu kononnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.

Kawasan yang termasuk didalam kawasan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Dengan perwujudan kawasan keselamatan khas ini membolehkan kerajaan menempatkan beberapa 'kabin' sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.

Perwujudan kawasan seprerti ini katanya pernah diwujudkan pada tahun 1972, menubuhkan Rajang Area Security Commad (RASCOM) iaitu pasukan kawalan keselamatan di Rajang Sarawak dan pasukan ini berjaya menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.

Kawasan terlibat dengan zone khas.
Kawasan-kawasan terlibat di Rajang itu ialah, Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit. Perwujudan kawasan keselamatan itu dibuat pada zaman Tun Razak Hussein. Jadi apakah hari ini bila Najib mengumumkan perkara sama ia mengambil ilham daripada bapaknya?

Kalau ia ikhlas untuk tujuan keselamatan dan keamanan kita mengucapkan syabas kepada kerajaan yang mengambil berat kepada keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Namun begitu pengumuman Najib hari ini mengejutkan kerana ia kontras dengan laporan sebelum ini yang membayangkan pihak pasukan keselamatan kita berjaya mengawal keadaan dan menyekat penceroboh.

Menerusi sidang media yang diadakan dari masa ke semasa pasukan keselamatan kita optimis keadaan di Lahad Datu dan sekitar kembali pulih seperti sedia kala. Malahan menteri pertahanan Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak membuat spekulasi keadaan di Lahad Datu itu.

Manakala media massa pula sering membuat lintas langsung melaporkan keadaan di kawasan bergolak tenang dan orang ramai menjalani kehidupan seperti biasa. Visual odio yang dihantarkan untuk disaksika oleh orang ramai menyakinkan bahawa keadaan di Lahad Datu dapat dikawal.

Tetapi bila tiba-tiba Najib mengumumkan pembentukan zone keselamatan khas itu ia menjadi tanda tanya dan persoalan.

Yang mana satu kita hendak percaya? Apakah kenyataan oleh pasukan keselamatan kita ataupun Najib Razak?

Disebabkan ramai tidak tahu status dan bagaimana keadaan di Lahad Datu sebenarnya, menyebabkan kita tidak boleh membuat penilaian apakah perwujudan ala-ala RASCOM itu perlu atau pun tidak di Sabah? Sebab itulah rakyat seluruhnya mahu ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam memberi maklumat mengenai perkembangan di Lahad Datu itu.

Jadi bila tiba-tiba kerajaan bersetuju menubuhkan kawasan keselamatan istimewa ia menjadi tanda tanda. Apakah perwujudan kawasan keselamatan khas itu bukan bermotifkan politik? Inilah persoalan yang mungkin timbul. Kerajaan dan Najib sendiri perlu menjawab dengan tuntas dan memberi penjelasan berhubung keperluan mewujudkan zone keselamatan khas ini.

Dalam konteks fikiran umum hari ini apa-apa yang dibuat oleh Najib ia tidak dapat lari dari ada hubung kait dengan pilihan raya. Apa lagi kejadian di Lahad Datu itu sudah ditafsirkan sebagai satu stretegi politik?Kerana apa kerana saat ini kita berada di tubir berpilihan raya.

Jangan sesekali mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk meraih keuntungan politik. Kita semua bersetuju soal keselamatan tidak boleh dijadikan isu politik atau pun pihak kerajaan ingin mengutik hasil politik daripadanya. Ia adalah jijik dan perbuatan itu mengajar rakyat supaya tidak lagi mempercayai parti memerintah (UBN).

Bagi pendapat saya sebelum kerajaan memutuskan untuk mewujudkan kawasan keselamatan demikian elok kalau kerajaan menerima pandangan atau cadangan pihak pembangkang agar memanggil sidang khas parlimen untuk membincang apa yang berlaku di Sabah itu. Dengan ada sidang khas atau pun kertas putih ia memberi pencerahan kepada rakyat, dan rakyat juga tidak kebingungan dengan apa yang berlaku itu seterusnya tidak wujudlah prejudis.

Anihnya kenapa kerajaan enggan menerima cadangan pembangkang itu? Apakah semua cadangan dari pembangkang berbau tahi? Sekali lagi dinyatakan apa-apa saja perkembangan atau yang berhubung dengan negara tidak boleh dipendamkan atau pun diselesaikan dalam gelap.

Menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan rakyat, kepentingan awam samalah tindakan cuba merelaikan jala atau pukat yang kusut di dalam gelap. Makin direlaikan ia menjadi makin kusuk dan busuk. Najib harus berani dan gentlemen? [wm.kl.7:24 pm 07/03/13]

Tiada ulasan: