BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 25 Mar 2013 07:30 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin Hindraf dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, kata NGO hari ini. Penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganeson berkata pertemuan sejam dengan Najib di Putrajaya hari ini adalah berfaedah, tetapi enggan mendedahkan butir-butir perbincangan itu. "Apa yang penting ialah kita telah mewujudkan satu saluran komunikasi," kata Ganesan selepas pertemuan tersebut di Putrajaya. Katanya, ia akan diikuti dengan lebih banyak lagi perbincangan kerana isu itu "terlalu kompleks" untuk diselesaikan delam pertemuan sejam itu. "Apa yang telah kita persetujui ialah untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ganesan tanpa menyatakan tarikh pertemuan seterusnya. Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (kiri), yang turut hadir, sedang mengadakan mogok lapar di sebuah kuil di Rawang, untuk mendesak supaya rangka tindakan Hindraf dipersetujui oleh sama ada BN atau Pakatan Rakyat |
WAWANCARA BERSAMA ANWAR IBRAHIM Posted: 25 Mar 2013 05:03 AM PDT Satu stesen radio baru, Radio Free Malaysia (FRM) akan memulakan siaran sulung mereka pada malam ini dengan menyiarkan wawancara dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. RFM, yang diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS), mula bersiaran pada jam 9 malam ini di frekuensi MW 1,359kHz. PKR dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen radio itu merancang untuk bersiaran bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu. "Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998," kenyataan PKR dipetik. Stesen radio berkenaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar itu. Stesen radio BFM, yang meliputi kawasan siaran Lembah Klang, sebelum ini mewawancara Anwar tetapi menyiarkan wawancara tersebut, awal bulan ini, kerana bimbang tidak dibenarkan kerajaan. Wawancara itu hanya disiarkan melalui laman webnya. |
Posted: 25 Mar 2013 12:30 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. "Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013," ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar. Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas. Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April. Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'. Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013. |
Posted: 24 Mar 2013 07:41 PM PDT Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Bukit Aman, Datuk Aishah Mohammad berkata pihaknya telah ke Jabatan Polis New York untuk belajar mengenai pengurusan anggota polis dan penggunaan peralatan dan senjata di bandarayaitu bagi dijadikan penanda aras bagi PDRM mencapai status kelas dunia |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan