Pahang Daily Online |
- Panas: Solat Jumaat Di Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah Kuantan Kecoh, Imam Tersalah Baca Surah Fatihah !!
- Panas: Serang Penceroboh, Dua Komando Terbunuh !
- Panas: 'Tragedi Di Lahad Datu', 10 Terbunuh Semasa Berbalas Tembakan Dekat Kg.Tanduo Tengahari Tadi
- Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih
- Jambatan Runtuh, Keselamatan Para Pengguna Tidak Boleh Di Kompromi Dan Wajib Di Berikan Keutamaan !
Posted: 01 Mar 2013 06:42 AM PST KUANTAN, 1 Mac - Orang ramai yang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini petang tadi kecoh apabila dimaklumkan solat mereka tidak sah akibat kesilapan imam yang tertinggal satu ayat ketika membaca surah Al-Fatihah. Walau pun solat semula diadakan selepas Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman memberi penerangan ringkas ketika itu, namun ramai yang kecewa kerana Mufti tidak terus memaklumkan agar Solat Jumaat dibuat semula gara-gara kesilapan imam terbabit. "Imam tak baca satu ayat daripad alfatihah. . Tiada siapa yg tegur. lepas salam imam baca astaghfirullah beberapa kali dengan kuat kemudian senyap dengan lama. makmum di belakang ingat dah selesai doa maka pakat keluar masjid. tiba-tiba imam bangun takbir solat kembali dengan suara kuat baca al fatihah. ada empat lima saf yg ikut imam, makmum lain ada yg dah makan cendol kat luar masjid. selepas salam ada suara bercakap melalui mikropon memberitahu solat jumaat dibuat sekali lagi kerana imam terlupa satu ayat daripada fatihah. diia bagi tahu zaman nabi pun ada nabi terlupa rakaat bila selepas salam sahabat bagitahu tak cukup rakaat dan nabi terus bangun tambah bilangan rakaat yg tak cukup. suara itu juga bagi tahu jika makmum dah yakin solat jumaat yg mula-mula sudah sah tidak apa lah. begitulah ceriteranya. sumber kawan saya yg solat jumaat di sana. apa pun isu ini kecoh la jugak. kawan saya tu kata sepatutnya imam bagi tahu melalui pembesar suara minta semua solat semula. baru tak kecoh.. patut mufti umum solat semula semua baru tak kecoh. orang bulehterima nak buat macam mana terlupa", kata kenyataan seorang jemaah masjid berkenaan. Sementara itu, seorang lagi jemaah Mohd Radzi Jusoh berkata sebenarnya imam pun tak perasan dan semasa beristighfar barulah imam-iman lain yang berada disaf belakang beliau menegur. "Dia orang cakap-cakap kejap.. Imam pun bangun dan sembahyang lagi satu rakaat.. selepas selesai.. Dato' Mufti Pahang la yg membuat penerangan tersebut.. berdasar penerangan tersebut membuatkan saya yang kurang ilmu ini merasa was-was kerana zaman nabi tu, rukun solatnya cukup, cuma terkurang rakaat.. ini pula rukunnya dah terkurang yg pada pendapat saya membatalkan solat.. sepatutnya solat kembali.", katanya. Difahamkan, inilah kejadian pertama kali berlaku di masjid tersebut. |
Panas: Serang Penceroboh, Dua Komando Terbunuh ! Posted: 01 Mar 2013 12:31 AM PST Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa. Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Difahamkan, dua anggota komando yang terkorban itu dikenali sebagai Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 (G/17984 Skuad 2.2006) . Kenderaan anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di kampung Tanduo di sini, Jumaat. Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan pencerobohan , ketika sedang berkawal satu daripada pos di kampung itu |
Panas: 'Tragedi Di Lahad Datu', 10 Terbunuh Semasa Berbalas Tembakan Dekat Kg.Tanduo Tengahari Tadi Posted: 01 Mar 2013 12:12 AM PST Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram (foto), termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut. Sementara itu, Bernama melaporkan Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung. Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir. Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis. Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan diterbangkan ke Hospital Lahad Datu. Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini. Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan. Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan. Difahamkan pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin. Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing. Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka. Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu. Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu. Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka. Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air. Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu. Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang tidak berkenaan. Bernama |
Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih Posted: 28 Feb 2013 11:05 AM PST [Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang. Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih. "Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro. "Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya. Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan. Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya. Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan. Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM. "Dia masih lagi dj radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan yang diterima. "Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu," kata jurucakapnya]. |
Jambatan Runtuh, Keselamatan Para Pengguna Tidak Boleh Di Kompromi Dan Wajib Di Berikan Keutamaan ! Posted: 28 Feb 2013 09:47 AM PST PUTRAJAYA, 1 Mac - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di persimpangan bertingkat di Selangor Science Park 2, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya, runtuh di sini, semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden melibatkan jambatan yang masih ditutup untuk kegunaan awam itu, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul kepada Bernama. Sementara itu, jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas. Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata beliau sebelum ini mengambil keputusan menutup jambatan yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 2012 itu dan laluan di bawahnya atas faktor keselamatan. Sambil berkata jambatan itu dibina oleh PKNS, Shaziman menegaskan: "Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan." Katanya, beliau melawat jambatan itu pada 7 Disember 2012 selepas dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia terdapat pergerakan pada satu daripada tiang jambatan di Persimpangan Bertingkat Science Park 2 yang menjadi laluan ke Putrajaya dan Cyberjaya. "Saya telah diberi taklimat mengenai keadaan jambatan dan saya membuat keputusan menutup jambatan itu dan laluan di bawahnya kepada lalu lintas sepenuhnya atas faktor keselamatan," katanya. Berikutan penutupan jambatan dan laluan itu kepada lalu lintas mulai 7 Disember tahun lepas, satu lencongan jalan diwujudkan di KM P2.4 iaitu di persimpangan bertingkat antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya bagi membolehkan kerja pemeriksaan dijalankan pihak bertanggungjawab. Shaziman berkata beliau turut menandatangani satu warta mengenai penutupan jalan terlibat sehingga 31 Dis 2013, tertakluk kepada tarikh siap sebenar kerja membaiki jambatan itu. "Berikutan kejadian hari ini, pihak berkenaan sedang mengambil tindakan sewajarnya," jelas beliau. Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad berkata jambatan tersebut tidak pernah diserahkan kepada syarikat itu untuk diselenggara. "Jambatan itu telah dibina oleh PKNS dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga kini," katanya dalam kenyataan semalam. [Ramai yang mengatakan runtuhnya jambatan ini bermakna peluang untuk pakatan rakyat meruntuhkan BN di Putrajaya semakin cerah. namun, harus diingat bahawa jambatan ini diseliankan oleh PKNS yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna, laluan untuk Pakatan Rakyat merampas Putrajaya kini semakin sukar sebenarnya, walau pun mereka menghitung berdasarkan sokongan rakyat di atas padang. Maka itu mereka tidak perlu terlalu mendabik dada dan "over confident" akan menang PRU-13 ini hanya berdasarkan statistik semata-mata. Harus diingat Anwar juga pernah melaungkan akan merampas Putrajaya dalam insiden "16 September" dulu. Namun, lihat apa yang terjadi?. Akhirnya omongan itu hanya tinggal akngan-angan yang mungkin cukup sukar untuk menjadi kenyataan. Kini, sekali lagi rakyat disajikan dengan cerita yang sama iaitu mahu rampas Putrajaya dan peluang menang semakin cerah. Apakah mereka pernah terfikir yang BN juga punyai cara untuk mempertahankan Putrajaya. Maknanya mempertahankan itu pasti lebih kuta kerjanya dari mahu mengambil alih kuasa. Aapun, segalanya kini ditangan rakyat untuk menentukannya. PRU-13 ini bakal menjadi pilihan raya bersejarah]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan